MAJLIS Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengharumkan nama negara apabila diberi dua pengiktirafan antarabangsa baru-baru ini. Pada 22 Mac, ia menerima Anugerah Smart City Innovation Application 2016 di Taipei World Centre dan pada 4 April, menerima Anugerah The Green Era Award 2015 di Persidangan Green Economy Forum 2016 di Jerman.
Penilaian Smart City Innovation Application berdasarkan inisiatif hijau yang dilaksanakan ke arah melestarikan bandar hijau. Manakala The Green Era Award berdasarkan kepuasan pelanggan, kepimpinan, pendidikan berterusan dan perdagangan.
Kita bangga apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) kita menerima pengiktirafan antarabangsa. Lebih penting lagi, kita mengharapkan agar semua PBT kita akan menyediakan perkhidmatan yang lebih bermutu. Di sinilah letaknya dua persoalan penting tentang PBT, iaitu, pilihan raya dan reformasinya.
Kita pernah mengadakan pilihan raya PBT sejak 1950-an sehingga ia digantung pada 1965. Sejak lama, ramai, termasuk saya, mendesak ia diadakan semula. Penghujahan dan manfaat ia diadakan-semula mengatasi alasan-alasan untuk tidak mengadakannya.
Mutakhir ini, Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor berusaha mengisi kekosongan itu. Pulau Pinang ingin mengadakannya, tetapi Akta Kerajaan Tempatan tidak mengizinkannya. Selangor melantik perwakilan CSO sebagai Ahli Majlis PBT.
Namun, sekalipun pilihan raya PBT dapat diadakan, reformasi PBT tetap perlu dilaksanakan. Reformasi PBT tidak bermakna sekiranya dilaksanakan sekadar dengan transformasi yang beransur-ansur. Ia mesti komprehensif dan radikal. Asasnya mestilah partisipasi rakyat dalam membuat keputusan – “Pemberdayaan Rakyat”.
Ini merujuk kerangka pembangunan rakyat akar umbi secara bersepadu, inklusif, berimbang dan dinamik, berlandaskan nilai, dan dibangunkan sendiri.
Matlamatnya ialah meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat akar umbi. Ia akan memberi makna kepada maksud pembangunan komuniti tempatan; mengisi kewujudan PBT sebagai peringkat ketiga dalam pentadbiran awam; dan meningkatkan partisipasi rakyat dalam PBT.
Keseluruhan proses ini meliputi banyak perkara. Tetapi, ia boleh dimulakan dengan lima langkah strategik:
Menubuhkan “Majlis Musyawarah Rakyat” (MMR) iaitu parlimen akar umbi yang dianggotai semua pemegang taruh tempatan (politik/awam, perniagaan dan masyarakat sivil). Ia meluaskan penglibatan semua dalam pembuatan keputusan, iaitu menggunakan pendekatan participatory democracy.
Peranan MMR ialah: memberi cadangan bagi meningkatkan dasar, program, strategi dan aktiviti pembangunan tempatan; menganjurkan aktiviti-aktiviti; dan menilai pelaksanaan dan keberkesanannya.
Menganjurkan “Aktiviti-aktiviti Pemberdayaan Rakyat” yang dicetus, dilaksana dan dinilai sendiri oleh rakyat akar umbi dan digerakkan dengan semangat kekeluargaan, kejiranan, kesukarelaan dan kesedaran sivik.
Melaksanakan “Reformasi Institusi PBT”, iaitu meningkatkan urus tadbir PBT secara menyeluruh, antaranya, menggunakan pendekatan perundingan dengan semua pemegang taruh, pegawai dan kakitangan yang profesional, sistem yang terkini, budaya kerja cemerlang dan teknologi pengurusan yang canggih. Objektifnya ialah meningkatkan profesionalisme dan mutu perkhidmatan; perbelanjaan berhemah; dan basmi pembaziran, ketirisan dan rasuah.
Mengadakan “Dialog Belanjawan” (participatory budgeting) iaitu memberdayakan rakyat untuk menentukan sebahagian daripada Belanjawan PBT dan kerajaan negeri untuk PBT dicadang, dibelanja dan dinilai oleh mereka. Ia dapat meningkatkan ketelusan, dampak dan kemapanan belanjawan ke atas program-program pembangunan tempatan.
“Penarafan Global” sebagai langkah penilaian. Ini lebih baik daripada sekadar penarafan sesama kita. Dua anugerah diraih MPSJ adalah antara contohnya. Tetapi, sebaik-baiknya kita menarafnya dengan inisiatif antarabangsa tertinggi dan komprehensif, contoh, di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Namun, janganlah ulangi kelemahan kita ketika menyertai Local Agenda21 PBB dahulu. Kini, peluang terbaik dengan sertai Sustainable Development Goals 2030 (SDG 20130).
#Datuk Saifuddin Abdullah ialah Ketua Setiausaha Pakatan Harapan dan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Beliau aktif di Twitter: @saifuddinabd.

0 Komentar untuk " Reformasi pihak berkuasa tempatan "