Perniagaan lunchbox berpotensi untuk berkembang - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Perniagaan lunchbox berpotensi untuk berkembang

PERNIAGAAN lunchbox dilihat mempunyai potensi untuk berkembang di seluruh negara pada masa akan datang kerana sifatnya yang memudahkan orang ramai, sesuai dengan gaya hidup masyarakat yang sibuk, pada hari ini.

Pensyarah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan, Prof Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, perkhidmatan makanan lunchbox yang menyediakan penghantaran sehingga ke rumah atau pejabat menjimatkan masa orang ramai.

“Bukan sahaja tidak perlu berjalan kaki atau menaiki kenderaan, ia juga memudahkan kita tidak perlu memikirkan menu apa yang hendak dimakan. Banyak masalah dapat diatasi menerusi perkhidmatan hasil perniagaan lunchbox ini,” katanya.

Abu Sofian berkata, trend lunchbox ini sudah lama berkembang di India, namun kebanyakan mereka menggunakan mangkuk tingkat untuk membungkus makanan, berbanding penggunaan bekas makanan di Malaysia.

“Ketika ini, perkhidmatan lunchbox di negara ini kebanyakannya beroperasi di kawasan bandar besar dan ia dijangka popular di bandar-bandar kecil suatu hari nanti, seperti yang berlaku di India.

“Pada masa akan datang, dijangkakan lebih ramai pembekal akan menceburi perniagaan ini memandangkan sebuah syarikat tidak mampu untuk memenuhi permintaan pelanggan di semua kawasan,” katanya.

Menurutnya, pengusaha lunchbox perlu memenuhi piawaian pengendalian makanan yang betul, supaya perniagaan mereka bertahan lama.

“Mereka perlu menjaga kualiti makanan, menepati masa penghantaran tidak kiralah sama ada waktu hujan atau panas dan memastikan makanan tidak rosak,” katanya.

0 Komentar untuk " Perniagaan lunchbox berpotensi untuk berkembang "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ