BARU-baru ini saya terbaca di sebuah media portal tentang penjualan bir di pawagam. Pengendali pawagam iaitu GSC telah membuat penjelasan bahawa bir yang dijual di pawagam mereka hanyalah untuk orang dewasa dan bukan Islam sahaja. Saya mengalu-alukan penjelasan ini yang mana dikatakan bir akan hanya dijual kepada orang dewasa dan bukan Islam.
Isu ini dibangkitkan apabila aduan dibuat oleh Persatuan Hindu Pulau Pinang (PHA) tentang penjualan bir di pawagam tersebut boleh menggalakkan tabiat meminum minuman keras dalam kalangan pengunjung dan mereka di bawah umur.
Ironinya setahu saya tiada persatuan Islam yang diketahui membantah dasar baharu pawagam ini kerana mungkin ia untuk jualan orang bukan Islam sahaja. Ketiadaan bantahan daripada kalangan orang Islam tidak menjadikan ia suatu yang dibenarkan kerana dasar dan teras negara masih kekal Islam sebagai tunjangnya seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Namun, saya ingin fokuskan di sini hanya dengan mengulas beberapa persoalan lain, khususnya dari sudut undang-undang dan pelaksanaan terutama dalam kalangan orang Islam. Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan:
Seksyen 19. Minuman yang memabukkan.
(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Akta ini hanya terpakai kepada orang Islam sahaja. Ia tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang ke atas orang bukan Islam.
Berdasarkan Seksyen 19 di atas bukan sahaja meminum arak dijadikan kesalahan dalam kalangan orang Islam tetapi juga orang yang membuat, menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan sekiranya mereka beragama Islam adalah juga suatu kesalahan.
Jadi persoalannya bukan sahaja jualan kepada siapa tetapi juga siapa orang yang membuat, menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan juga perlulah diteliti.
Malah Seksyen 35 Akta yang sama pula memperuntukkan menjadi suatu kesalahan jika seseorang Islam menggalakkan maksiat.
Seksyen 35. Menggalakkan maksiat.Mana-mana orang yang menganjurkan, mendorong atau menggalakkan orang lain untuk melakukan apa-apa maksiat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Persoalan lain timbul dalam kalangan umat Islam ialah penjualan arak ini akan menjurus kepada perlakuan maksiat yang lain seperti berzina dan sebagainya. Oleh itu implikasi penjualan arak di pawagam ini adalah besar dan tidak terhad kepada meminumnya dan mabuk sahaja.
Dari sudut pelaksanaan juga bagaimana pula dapat dipastikan jualan bir tersebut hanya kepada orang dewasa dan bukan Islam. Tidak dinyatakan secara tuntas apakah mekanisme yang digunakan untuk mengelakkan jualan kepada orang di bawah umur dan orang Islam. Penjelasan ini amat penting bagi mengelakkan kekeliruan dan kesilapan jualan kepada orang yang tidak sepatutnya membelinya.
Apatah lagi jualan yang dilakukan di pawagam ini pula akan dinikmati di dalam bilik yang tertutup dan gelap. Bagaimana pula dapat dipastikan jika orang yang sah membelinya tidak memberikan kepada orang bawah umur dan orang Islam. Bagaimana pemantauan yang dilakukan oleh pihak pawagam ataupun adakah dilakukan pemantauan oleh pihak kerajaan tempatan atau pihak berkuasa agama?
Terlalu banyak persoalan yang timbul akibat jualan bir ini. Pada pandangan saya adalah lebih baik mengekalkan tiada jualan arak di pawagam-pawagam. Ikutilah teladan pihak Penerbangan Malaysia umpamanya yang telah menghentikan menghidang minuman arak dalam pesawatnya yang terbang tidak melebihi tiga jam. Walaupun tidak secara seratus peratus bebas arak tetapi ia merupakan langkah permulaan yang baik.
Berbalik kepada persoalan jualan bir di pawagam ini saya menyarankan pihak berkuasa tempatan mengkaji semula kebenaran jualan arak di pawagam tersebut kerana implikasi negatifnya lebih banyak dari kebaikannya. Pihak pawagam tidak seharusnya menjadikan variasi kalangan yang mengunjungi pawagam mereka sebagai tiket untuk menyajikan arak di pawagam. Sudah banyak tempat yang dibenarkan penjualan arak cukuplah bilangannya dan jangan ditambah lagi.
* Datuk Zainul Rijal Abu Bakar Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia

0 Komentar untuk " Kaji semula jualan bir di pawagam "