D’menC Fabric Wangi: Keluaran baharu AFY Haniff - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

D’menC Fabric Wangi: Keluaran baharu AFY Haniff

SYARIKAT AFY Haniff Bena dan Bekal giat usaha mempromosikan produk D’menC Fabric Wangi keluaran terbaharu mereka yang mula berada di pasaran tempatan sejak awal tahun lalu.

Pengurus Operasinya, Amirul Firdaus Yunus berkata, langkah itu termasuk memperkenalkan produk yang mempunyai empat aroma memukau sebaris dengan produk keluaran lain, sekali gus dikenali ramai seperti produk Serai Wangi AFY Haniff yang berada di pasaran sejak lapan tahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya yakin produk dihasilkan melalui aroma Lemon Tree, Strawberry, Lavender dan Vanilla mampu menembusi beberapa lagi pasaran tempatan seperti pasar raya besar, sekali gus mampu mencapai peningkatan 20 peratus daripada hasil penjualan pada tahun lalu.

Menurutnya, produk yang sesuai digunakan di pelbagai jenis fabrik mudah meresap ke dalam fabrik dan menghasilkan wangian segar dan nyaman selain memberi keceriaan kepada pengguna dengan menawarkan harga berpatutan.

“Sebelum ini kita mengeluarkan produk Serai Wangi AFY Haniff yang mana lebih berfungsi menghalau serangga dengan cara semula jadi. Produk ini telah berjaya berada di lebih 900 pasar raya seluruh negara termasuk Brunei.

“Selain terus mempertingkatkan jualan, kita juga akan akan memberi fokus utama kepada usaha mempergiatkan promosi produk D’menC Fabric Wangi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabat syarikat mereka di Telok Mas, Melaka.

Patuhi piawaian, selamat

Amirul Firdaus berkata, selain memastikan produk itu dihasilkan mengikut piawaian keberkesanan dan selamat digunakan dengan menekankan konsep cara semula jadi, mereka juga menyasarkan peningkatan sebanyak 50 peratus penjualan semua produk yang telah berada di pasaran seperti Serai Wangi Sprayer, Pelita Serai Wangi, AFY Haniff Serai Wangi Anti Tikus dan Anti Lipas, serta D’menC Air Freshener.

Tahun lalu, katanya, syarikat turut mengeluarkan sebanyak 6,000 kartun produk Serai Wangi AFY Haniff yang telah berada di Pasaraya Mydin, Aeon Big, Family Store dan lain-lain dengan jumlah keseluruhan sepanjang tahun lalu kira-kira 80,000 kartun produk terbabit.

“Melihat kepada positif penerimaan pengguna, kita boleh mencapai sasaran pada tahun ini biarpun beberapa produk yang kita keluarkan menggunakan model wanita yang menutup aurat.

“Ini menunjukkan pengguna lebih mementingkan kualiti produk dan kita juga sentiasa berusaha menghasilkan produk bermutu bagi memberi kepelbagaian penggunaan kepada pengguna dalam kehidupan seharian mereka,” katanya.

Usaha bantu graduan

Jelasnya, selain dalam perancangan menambahkan lagi lokasi kaunter khidmat pelanggan yang telah dibuka di Sabah, Sarawak dan Brunei, mereka juga dalam usaha membantu graduan lepasan universiti yang menganggur untuk menjadi sebahagian ahli keluarga mereka termasuk dengan menimba pengalaman  sebagai pembekal.

“Kita sedia memberi tunjuk ajar kepada mereka yang berminat. Sebelum ini juga kita beroperasi sendiri tanpa menggunakan khidmat ejan. "Alhamdulillah, produk kita mampu bersaing dengan produk lain di pasaran tempatan,” katanya.

0 Komentar untuk " D’menC Fabric Wangi: Keluaran baharu AFY Haniff "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ