EJEN dropship merupakan penyumbang besar kepada penglibatan lebih ramai di dalam perniagaan atas talian (online) di negara ini.
Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia (Puim), Mohd Azrul Mohd Nor berkata, salah satu permulaan yang baik untuk memulakan perniagaan online sendiri adalah dengan menjadi dropship terlebih dahulu.
"Ini kerana risiko menjadi ejen dropship adalah rendah untuk berhadapan dengan kerugian sekiranya perniagaan itu tidak berjaya.
"Dari situ, mereka boleh memastikan bahawa perniagaan yang mereka ingin ceburi itu boleh berjaya atau tidak," katanya.
Selain itu, menurutnya, individu yang mahu menjadi ejen dropship juga boleh belajar tentang pengurusan perniagaan seperti pengurusan akaun, rantaian bekalan dan pemasaran.
Secara kesimpulannya, menjadi ejen dropship mendedahkan individu kepada dunia perniagaan sebelum berkecimpung di dalam perniagaan sebenar atas talian.
Mengulas lanjut berhubung dropship, Mohd Azrul berkata, dropship sememangnya menyumbang jumlah yang besar kepada pendapatan syarikat dengan adanya sistem pemasaran yang baik.
"Dropship menyebabkan akses kepada rangkaian yang luas menerusi Facebook, Instagram dan laman website seperti mudah.com dan alibaba.com.
"Ia sekali gus memberikan pemasaran yang luas kepada syarikat atau jenama," katanya.
Namun, katanya, ada juga syarikat yang tidak memerlukan ejen dropship kerana mereka mempunyai kakitangan yang banyak di dalam memasarkan produk mereka sendiri.
Menurutnya, kebanyakan perniagaan konsep dropship banyak digunakan bagi jualan produk pakaian dan elektronik.

0 Komentar untuk " Bisnes tanpa modal "