INDUSTRI perabot antara sektor terpenting negara dalam membantu pertumbuhan ekonomi.
Salah satu syarikat tempatan yang berjaya dalam industri ini, Rimbun Teknologi Sdn Bhd (Rimbun Teknologi) kini mempunyai kilang sendiri dalam penghasilan perabot berdasarkan tempahan dan permintaan pelanggan.
Bermula dengan Sihat Sentosa Enterprise yang ditubuhkan pada 2003, ia memfokuskan kepada kerja pembinaan kontraktor (Kelas G1) pelbagai projek dengan syarikat swasta dan kerajaan.
Pengarah Urusannya, Azizah Selamat beralih arah lantas menukar strategi syarikat dengan melibatkan diri dalam pembuatan kraf tangan berdasarkan inovasi dan teknologi baharu.
“Walaupun agak lama dengan syarikat pembinaan itu, hampir 10 tahun, namun kami ingin mencuba satu perkara baharu mengikut arus teknologi.
“Rakan saya mengesyorkan kami terlibat dengan perniagaan dengan produk unik dan segar,” katanya.
Dibantu ketua teknologi syarikat, Azizah memulakan misi baharu pada 2013 dengan nama syarikat dinaiktarafkan dengan modal RM150, 000.
Jika sebelum ini Azizah pernah terlibat dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), ternyata pembaharuan dilakukan itu mampu merubah masa depan syarikatnya.
Dari kedai kecil di Cahaya Alam, syarikat itu melebarkan perniagaan dengan menyewa sebuah kilang untuk memenuhi tempahan pelanggan di Kota Kemuning. Selepas itu, Azizah berjinak-jinak dengan pelbagai kelab dan persatuan peniaga termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Biz Club yang banyak membantu syarikatnya.
Sejak itulah, dia mula menerima tawaran untuk menyertai pameran sehingga ke peringkat antarabangsa.
“Berpeluang untuk pameran di kompleks PKNS, kemudian saya ditawarkan menyertai pameran antarabangsa di Guangzhou, China ditaja PKNS,” katanya.
Rekaan ditiru syarikat pesaing
Berdepan cabaran merupakan asam garam dalam perniagaan.
Begitu juga Azizah dalam meniti dunia perniagaan kerana berhadapan dengan karenah pelanggan.
“Biasalah jika kita terlibat dengan bidang perniagaan berdasarkan tempahan pelanggan.
“Ada sahaja yang berlaku, namun kami tetap positif untuk memenuhi kehendak pelanggan,” katanya.
Malah, terdapat rekaan perabotnya ditiru pesaing.
Walaupun pelbagai halangan melanda mereka tetap positif dan cuba melakukan sebaiknya.
Tidak boleh lari daripada peniruan, mereka juga berhadapan persaingan harga kompetitif dan kreativiti unik.
“Apa yang membezakan antara perabot Rimbun Teknologi dengan syarikat lain adalah kami mencipta kelainan dalam setiap produk.
“Malah setiap permintaan atau rekaan pelanggan kami penuhi dan menyiapkan dalam tempoh dipersetujui,” katanya.
Perkenal teknologi baharu
Menyedari sesuatu yang unik merupakan lambang warisan dan harus kekal, Rimbun Teknologi tampil dengan pembuatan ukiran kayu berasaskan inovasi terkini. Azizah berkata, inovasi baharu dibangun dengan menggunakan asas utama ukiran iaitu kayu digantikan dengan cecair kimia bersama gentian kaca untuk industri perkapalan dan automotif.
Bagi Azizah, teknik itu bukan sahaja jimat masa bahkan dapat menghasilkan banyak ukiran dalam tempoh singkat.
Azizah berkata, produk syarikatnya dihasilkan berdasarkan kreativiti dan cita rasa pelanggan. Kebanyakan pelanggannya pula daripada mereka yang terlibat dalam industri makanan.

0 Komentar untuk " Sedia bersaing dan inovatif "