Jus Ikhlas cegah penyakit kronik - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Jus Ikhlas cegah penyakit kronik

BAGI mereka yang mementingkan kualiti kesihatan, pelbagai makanan dan minuman kesihatan diambil sebagai suplemen tambahan.

Termasuk mereka yang ingin bebas daripada penyakit dalaman dan kembali sihat seperti sedia kala.

Pelbagai jenis produk kesihatan menjadi pilihan ramai terutamanya menggunakan herba tempatan sebagai bahan utama.

Biarpun harganya agak mahal dan lambakan produk kesihatan di pasaran namun sekiranya ia berkesan kepada kesihatan pasti jadi buruan.

Terkesan dengan penyakit darah tinggi ibu, pemilik syarikat, Ridz’ Herbs Trading, Ridzuan Ramli, 27, membuat keputusan untuk mengeluarkan jus kesihatan, Jus Ikhlas.

Menggunakan lima bahan utama seperti halia, cuka epal, lemon, bawang putih dan madu produknya dikatakan sangat berkesan.

Malah kesannya boleh dilihat dalam masa seminggu, penyakit dalaman beransur pulih.

“Contoh terbaik adalah testimoni ibu saya sendiri menggunakan produk ini.

“Dia kerap kali sakit dan pening namun setelah mengambil jus tiga kali sehari, ibu kini dapat menjalani kehidupan lebih selesa,” katanya.

Kebaikan jus tersebut dapat mengubati beberapa penyakit seperti kolesterol, jantung, darah tinggi, diabetes, penghadaman dan angin dalam badan.

Manakala resepsi jus tersebut diperoleh daripada tabib Cina menggunakan halia bentong untuk memulihkan sakit dalaman dan memecahkan lemak degil.

“Jus ini tidak digalakkan kepada ibu mengandung dan kanak-kanak bawah 12 tahun bagi mengelakkan daripada perkara tidak diingini.

“Tetapi, ibu berpantang sangat sesuai bagi membuang angin badan dan mengecutkan peranakan selepas bersalin,” katanya.

Ridzuan berkata jus tersebut ibarat detox yang membuang segala toksin berbahaya dalam badan secara semula jadi.

Dengan harga RM50 sebotol (350 ml), jus tersebut dapat bertahan selama 10 hari.

Malah dalam tempoh sebulan, dia dapat menjual jus tersebut sebanyak 8,000 botol setelah ia dilancarkan sejak akhir tahun lalu.

Pulih selepas tiga hari

Bagi pekerja swasta, Laili Baba, 52, yang mempunyai masalah darah tinggi dan sakit seluruh badan sehingga mengganggu aktiviti harian, Jus Ikhlas adalah jawapannya.

“Saya sering mengalami masalah kesihatan seperti migrain, sakit kepala, penghadaman tidak sempurna dan sakit dada.

"Sudah banyak ubatan moden dan tradisional dicuba tetapi tidak berhasil sehingga saya mencuba Jus Ikhlas,” katanya.

Setelah tiga hari berterusan mencuba, nyata kesihatan Laili beransur pulih seperti biasa.

Malah proses pemulihan lebih cepat berbanding rawatan lain dengan kos perubatan agak mahal.

“Setelah dua minggu mengamalkannya, saya kini bebas daripada penyakit darah tinggi manakala tekanan darah pula stabil.

“Malah segala penyakit yang pernah dialami sebelum ini turut hilang dan saya kini mengamalkan  minum jus ini secara berkala,” katanya.

Lebih cergas bekerja

Manakala Mohd Rizal Shamsuri, 40, berasal dari Klang juga mengalami pelbagai penyakit dalaman.

Katanya, pengambilan herba, hanya mampu melegakan masalah kesihatan buat sementara.

Dia sentiasa mengalami masalah di tempat kerja kerana cepat berasa letih, angin dan badan lesu.

 “Alhamdulillah, angin sudah tiada dan setiap pagi saya bangun tanpa sesak nafas lagi.

“Selain itu, saya juga mengalami masalah lenguh badan, sakit kaki, sukar berpeluh dan kencing tidak lawas,” katanya.

Selepas mengamalkan Jus Ikhlas selama tiga hari segala masalah kesihatan hilang dan akan mengesyorkan kepada ahli keluarga.

Kembali tenaga dalaman

Sementara itu, suri rumah, Laili Hamiza Mustafar, 31, sentiasa berhadapan dengan masalah gastrik teruk setelah sekian lama.

Namun selepas disyorkan oleh rakan, ternyata jus ini sangat membantu mengembalikan tenaga dalaman.

“Saya lebih segar dan badan cergas setelah mengamalkannya seminggu. Malah aktiviti harian semakin rancak, berbeza kerana banyak perkara terbantut akibat keleusan badan,” katanya.

0 Komentar untuk " Jus Ikhlas cegah penyakit kronik "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ