SAYA kecewa apabila kereta yang saya sayang, walaupun kecil dan murah, dicalarkan beberapa hari lalu. Manusia berfikiran singkat seperti itu masih ada rupanya. Apa salah saya kereta saya perlu dicalarkan?
Kalaupun ia diletak di tempat tidak sepatutnya, apakah tidak memadai selitkan sahaja di bawah pengelap cermin nota “Jangan letak di sini”?
Mencalarkan kereta tidak untungkan pelakunya pun. Suka atau tidak, terimalah hakikat dalam kalangan kita memang ada jenis manusia gila, bebal, pembuli dan panas baran yang bertindak menyusah dan merugikan orang lain, penting diri dan tidak berperikemanusiaan.
Tetapi, sebaik sahaja membaca kisah pelajar tingkatan satu, Siti Nuraisyah Sahrin, saya beristighfar. Saya terus teringat peribahasa Cina: “Anda fikir anda malang kerana tidak berkasut, sehinggalah anda melihat orang tidak berkaki”.
Bayangkan, saya cuma perlu belanja seratus atau dua ratus ringgit untuk cat semula bahagian yang dicalarkan, sedangkan murid yang berusia 13 tahun itu hilang kedua belah kaki hingga ke lutut sekelip mata kerana digilis lori pada 18 Januari lalu.
Sebanyak mana wang dikumpulkan dan apa sahaja dilakukan tidak mampu kembalikan kaki asli yang dikurniakan ALLAH itu untuk selama-lamanya.
Sejak kemalangan itu, ceritanya tersebar luas. Ia menarik simpati dan menggerakkan beberapa pihak memberi sumbangan.
Kemudahan dirancang untuknya di sekolah, dan diberi kaki palsu. Walaupun masih muda, saya percaya Siti Nuraisyah tentu sudah menyimpan cita-cita.
Mungkin dia ingin jadi guru, doktor, ahli perniagaan, saintis atau menteri.
Marilah kita doakan dia terus mampu mengejar dan mencapai cita-citanya itu, walaupun keadaannya tidak sama selepas kemalangan di Sabak Bernam, Selangor, itu.
Banyak cabaran yang perlu diharunginya. Kita sendiri boleh bayangkan bagaimana perasaan dan nasib masa depan kita jika kita dalam keadaan itu.
Kisah ini mengingatkan saya kepada kisah pilu Yue Yue, kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang mati seminggu selepas digilis dua lori lima, di tepi sebuah pasar di Foshan, Guangdong, selatan China, pada 13 Oktober, 2011.
Dia menjadi mangsa langgar lari. Rakaman CCTV menunjukkan 18 orang yang lalu-lalang di situ ketika dia berlumuran darah dan meraung kesakitan selepas dua kenderaan menggilis kaki dan pinggangnya, tidak peduli untuk selamatkannya.
Akhirnya, selepas 10 minit, seorang perempuan pengangkat sampah, meletak Yue Yue yang sudah terkulai seperti anak patung, di tepi jalan. Saya kaitkan kisah ini kerana ia menunjukkan betapa ada sahaja dalam kalangan masyarakat, biar di mana pun, tidak berhati perut. Kes kanak-kanak malang itu mencetuskan kemarahan masyarakat di seluruh dunia.
Dalam kes Siti Nuraisyah, alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada yang cepat membantu. Kita boleh terima kejadian itu sebagai takdir, tetapi ia mungkin berlaku akibat kecuaian.
Pembaca budiman pun sedar, dalam beberapa minggu ini sahaja sudah banyak kemalangan yang meragut empat, lima, enam atau tujuh nyawa, sekali gus di jalan raya kita.
Saya tetap percaya kemalangan berlaku biasanya kerana kenderaan dipandu laju, cuai dan sikap tidak pedulikan keselamatan orang lain.
Saya, seperti ramai lagi, sudah memandu selama 45 tahun. Pengalaman mengajar saya kalau kita pandu perlahan dan berhemah, kemalangan boleh dielakkan.
Ramai sudah hilang suami, isteri, anak, ibu, bapa, sanak-saudara, sahabat handai dan orang yang disayangi dalam kemalangan yang sepatutnya boleh dielakkan.
Kepada pelesit jalan raya, kita ingatkan, sudah-sudahlah. Hentikanlah tabiat yang membahayakan diri sendiri dan orang lain. Apa rasa kalau anak atau orang yang anda sayang hilang kaki, tangan, bahkan nyawa dalam kemalangan yang sepatutnya boleh dielakkan.
Pihak berkuasa memperkenalkan pelbagai langkah untuk kurangkan kadar kemalangan. Baru-baru ini peraturan dibuat untuk kurangkan kadar kelajuan kenderaan di jalan raya, untuk musim perayaan.
Tetapi percayalah, buatlah apa sahaja, ia tidak akan berkesan selagi penguatkuasaan tidak ditingkatkan.
Sebahagian pengguna jalan raya kita degil, biadab, penting diri dan tidak hiraukan keselamatan orang lain.
Tidak hairanlah Malaysia merupakan antara negara yang mencatat kes kemalangan jalan raya tertinggi di dunia dengan purata kematian 19 orang sehari atau 7,000 setahun.

0 Komentar untuk " Hentikan tabiat buruk apabila di jalan raya "