Emas boleh imbangi kejatuhan ringgit - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Emas boleh imbangi kejatuhan ringgit

EMAS boleh berperanan sebagai pegimbang kepada kejatuhan ringgit dan menyediakan lindungan nilai yang kukuh untuk mengimbangi kelas aset lain, kata Public Gold Group.

Dalam satu kenyataan hari ini, pembekal logam berharga itu berkata adalah

amat penting untuk mendidik pelabur sedia ada dan yang berminat akan kepentingan emas fizikal sebagai kaedah pelaburan kekayaan dan perlindungan.

Sehubungan itu, Public Gold Group dengan kerjasama POS ArRahnu dan Koperasi Dagang Emas, akan menganjurkan Seminar Tahunan Public Gold di TH Hotel, Kelana jaya dekat sini, pada 27 Februari ini.

Antara penceramah ialah penulis buku 'best-selling' "Essentials of Finance

Management" Prof Dr Hassanuddeen Abd Aziz, Ketua Ekonomi IQI Holdings Shan Saeed dan Pengasas/Pengerusi Eksekutif Public Gold Group Datuk Wira Louis Ng.

Seminar yang dibuka kepada umum dengan bayaran pendaftaran RM39 seorang itu akan membincangkan topik seperti kepentingan pengurusan kekayaan dan emas sebagai potensi kekayaan sebenar. - Bernama

0 Komentar untuk " Emas boleh imbangi kejatuhan ringgit "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ