SALAH satu cara menilai tahap kesantunan seseorang adalah dengan melihat cara komunikasi yang diamalkan. Menyedari hakikat inilah, ibu bapa yang bertanggungjawab begitu mengambil berat tentang cara anak-anak mereka berkomunikasi agar tidak terpesong daripada budaya bangsa.
Di sekolah pula, aspek kesantunan komunikasi turut dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sungguhpun begitu, sesetengah anggota masyarakat di kawasan tertentu, di negeri Terengganu dan Kelantan khususnya sudah biasa dengan penggunaan kata-kata tertentu, seperti dalam ayat yang berikut.
(i) “Jenab tu beranok dah ke?” tanya Timah.
“Beranok dah, anak jantan,” balas Zainun.
(ii) “Mat Nong mati sakit apa?” soal Salleh.
“Baham di lori, pecah ppala,” jawab Zaki.
“Nak tanam pukul berapa?” Salleh ingin tahu.
Penggunaan kata “beranok”, “jantan”, “baham di lori”, dan “tanam” seperti dalam dialog di atas dianggap biasa oleh sesetengah orang. Disebabkan kebiasaan, golongan ini beranggapan bahawa komunikasi yang sedemikian tiada apa-apa yang kurang.
Walaupun demikian, sebagai bangsa yang sinonim dengan kesantunan, beberapa diksi yang agak kasar itu wajar ditukarkan seperti yang berikut.
(i.a) “Jenab dah bersalin?” tanya Timah.
“Alhamdulillah, dah selamat, dapat anak lelaki,” balas Zainun.
(ii.b) “Mat Nong meninggal sakit apa?” soal Salleh.
“Katanya, dilanggar lori,” jawab Zaki.
“Pukul berapa nak dikebumikan?” Salleh ingin tahu.
Kita tidak harus lupa bahawa dalam budaya Melayu terdapat bahasa biasa, bahasa halus dan bahasa kasar, khususnya untuk memperkatakan perkara tertentu, seperti dalam contoh yang berikut:
Kini, kebanyakan generasi muda kurang menyedari kewujudan tiga kategori perkataan atau rangkai kata seperti di atas. Oleh sebab itu, tidak hairanlah apabila 30 orang pelajar tingkatan empat yang diminta memberikan maksud “ke sungai kecil”, tiada seorang pun yang dapat menjawabnya dengan betul.
Keadaan lebih membimbangkan apabila pemilihan kata yang kasar menjadi keutamaan dalam kalangan mereka. Sekadar contoh, telitilah ayat-ayat yang menjadi kelaziman dalam kalangan pelajar.
(iii) “Heh bodo, mu ajar aku jawab soalan Matematik ni, bodo,” kata seorang pelajar kepada rakannya.
(iv) “Natang mu, gi bando dak ajak aku,” kata Rahim kepada Zaki.
Perkataan “bodo” dalam contoh ayat di atas ialah variasi perkataan bakunya “bodoh”, iaitu kata adjektif. Namun begitu, berdasarkan penggunaannya dalam ayat (iii) di atas, “bodo” tidak berfungsi sebagai kata adjektif tetapi lebih kepada kata ganti nama diri orang kedua, iaitu awak atau kamu. Ayat di atas boleh dibakukan seperti yang berikut:
(iii.a) “Awak tolong ajar saya jawab soalan Matematik ni,” kata seorang pelajar kepada rakannya.
Dalam ayat (iv), “natang” bermaksud “binatang” yang tergolong dalam kata nama. Namun begitu, dalam ayat tersebut, “natang” lebih kepada pernyataan untuk menggambarkan kekesalan Rahim kepada Zaki disebabkan Zaki tidak mengajaknya ke bandar. Ayat yang seharusnya seperti yang berikut.
(iv.a) “Mengapa kamu tak ajak aku ke bandar?” kata Rahim kepada Zaki.
Banyak lagi kata yang kasar, kesat, dan kadangkala berbaur lucah yang digunakan oleh kelompok tertentu. Bagi kelompok tersebut, penggunaan kata yang sedemikian antara lainnya untuk menunjukkan eratnya hubungan dalam kalangan mereka.
Namun begitu, jika dibiasakan, dikhuatiri kata-kata tertentu akan terbawa-bawa dalam situasi yang kurang sesuai, misalnya apabila berkomunikasi dengan orang yang lebih tua.
Rumusannya, meskipun komunikasi kita difahami dan diterima oleh kelompok tertentu, jangan kita lupa bahawa kita tidak terkecuali daripada berkomunikasi dengan pelbagai pihak lain yang mungkin mendukung budaya yang berlainan.
Oleh itu, kebijaksanaan kita memilih diksi berdasarkan situasi adalah penting kerana komunikasi yang disenangi merupakan asas keharmonian generasi.
Ruangan ini dikelolakan oleh DBP Wilayah Timur

0 Komentar untuk " Diksi berdasarkan situasi "