Firman Allah SWT yang bermaksud: "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 256) Ibnu Jaril Al-Tabari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, katanya ayat 256 ini diturunkan berhubung satu peristiwa membabitkan seorang lelaki daripada Ansar, suku Bani Salim, Al-Husayn yang mempunyai dua orang anak lelaki beragama Nasrani, sedangkan dia beragama Islam. Pada suatu hari, Al-Husayn datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya: "Bolehkah saya paksakan dua anak saya itu supaya memeluk Islam kerana mereka tidak sukakan Islam dan mahu kekal beragama Nasrani?"
Lalu Allah SWT menurunkan ayat di atas. Masyarakat Islam ditegakkan di atas asas kebebasan, kedamaian dan kesejahteraan sejagat. Seluruh ajarannya adalah satu sistem hidup yang syumul, menjamin kedamaian serta melindungi keselamatan nyawa, darah dan harta benda warga masyarakatnya.
Tiada paksaan dengan kekerasan
Isu akidah yang dibawa Islam ialah bagi mendapat penerangan dan pemahaman, bukannya memaksa atau menekan dengan kekerasan bagi seseorang untuk menerimanya. Agama ini datang untuk berbicara dengan segala daya pemikiran manusia, perasaannya yang terharu serta fitrahnya yang tenang. Islam memberi kebebasan memilih akidah serta menjamin kebebasan sepenuhnya menerusi nas yang putus dan qat'iy seolah-olah kebebasan diberi itu tidak boleh dicabar atau diceroboh oleh sesiapa, biarpun dia seorang nabi atau pemimpin yang berkaliber.
Ayat ini cukup untuk dijadikan dasar bagi menolak tuduhan pihak musuh Islam dan segelintir umat Islam yang menyatakan Islam ditegakkan dengan mata pedang. Selain itu, menurut mereka Islam ini sebenarnya ditawarkan kepada manusia secara kekerasan. Sesiapa yang mahu menerima akan selamat tetapi siapa yang menolak, maka pedanglah sebagai hakimnya. Namun, sejarah menjadi saksi yang jujur betapa dustanya tuduhan yang dibuat itu. Pernahkah Nabi SAW menggunakan pedang untuk memaksa seseorang menganut Islam?
Bahkan, baginda menunaikan sembahyang secara sembunyi-sembunyi pada masa permulaan dakwah, sementara kaum musyrik pula sering menganiaya umat Islam dengan pelbagai cara dan seksaan. Pada masa sama, kaum musyrik tidak menghadapi apa-apa kesulitan untuk menganiaya orang Islam yang lemah. Keadaan itu akhirnya memaksa Nabi SAW dan sahabatnya berhijrah. Adakah pernah ketika berada di Madinah semasa kejayaan Islam, terjadi tindakan paksaan beragama?
Padahal ayat itu turun pada saat Islam mulai mengecapi kejayaannya dan mengenai peperangan umat Islam dengan orang Yahudi Bani Al-Nadir yang berlaku pada tahun keempat hijrah. Ia sama sekali bukan usaha paksaan beragama. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati dengan kedegilan orang yang ingkar itu). (Janganlah engkau bersedih hati dengan kedegilan orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang yang beriman." (Surah Yunus, ayat 99).
Islam tersebar dengan hujah, hikmah
Sebenarnya Islam tersebar di seluruh dunia dengan hujah serta dakwah secara lisan serta hikmah, sama ada di negara Arab pada awalnya atau negara bukan Arab pada zaman pertengahan dan akhir. Cukai jizyah yang dikutip daripada bukan Islam tidak boleh dijadikan alasan sebagai menindas kerana umat Islam juga membayarnya atas nama zakat. Selain itu, jizyah dikutip daripada rakyat bukan Islam bagi menampung perbelanjaan menjaga keselamatan nyawa dan harta benda mereka di bawah naungan kerajaan Islam yang memerintah.
Perkataan al-Rusyd ertinya hidayah, jalan kebenaran atau bimbingan. Kata lawannya ialah al-Ghay iaitu penyelewengan, kesesatan dan jauh daripada kebenaran. Apabila fitrah seseorang itu suci, fikirannya dapat berfikir dengan baik pada dalil kebesaran Allah SWT, maka hidayah pasti ditemuinya dan itulah iman kepada Allah SWT serta kufur kepada taghut. Perkataan taghut diambil daripada kata dasarnya tagha ertinya melampaui batas, melimpah dan melampaui sempadan.
Tolak taghut
Taghut di sini boleh diertikan dengan berhala, syaitan, tukang nujum, ahli sihir, orang bersikap melampaui batas, sesuatu yang dipuja selain Allah SWT dan jalan membawa kepada kesesatan. As-Syahid Sayyid Qutb berpendapat, termasuk dalam pengertian taghut ialah sistem hidup, kefahaman, pemikiran, peraturan atau peradaban yang tidak diambil daripada Allah SWT. Oleh itu, sesiapa yang kufur atau menolak segala rupa bentuk taghut, maka ia telah berpegang teguh dengan ikatan tali keimanan kukuh.
Umat Islam menjadikan ayat ini sebagai prinsip agama dan politik yang sangat tinggi. Oleh itu, mereka tidak membenarkan paksaan beragama kepada sesiapa pun dan tidak membenarkan seseorang memaksa orang Islam keluar daripada agamanya. Prinsip itu dapat dipegang dengan baik jika kita mempunyai kekuatan untuk membela Islam dan umatnya daripada serangan musuh. Allah SWT memerintahkan kita berdakwah secara bijaksana dengan nasihat yang baik dan membantah musuh dengan cara lebih baik, selain menjamin kebebasan berdakwah dan menutup segala pintu fitnah yang cuba dilemparkan. Penulis ialah Perunding Motivasi Islam Fitrah Power Resources
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/115151

0 Komentar untuk " Hikmah al-Quran: Islam tidak benarkan paksaan dalam beragama "