Gaya 'merakyatkan hidroponik' - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Gaya 'merakyatkan hidroponik'

KAEDAH hidroponik sudah lama dipraktikkan sejak kurun ke-16 Masihi lagi.

Kaedah tersebut diguna pakai ketika kewujudan Taman Tergantung Babylon untuk tanaman penduduk mereka.

Hidroponik merupakan kaedah menanam tumbuhan seperti sayur, bunga dan buah tanpa tanah tetapi diganti dengan larutan air.

Teknologi tersebut diperkenalkan secara komersial oleh W F Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat pada 1937.

Kaedah tersebut dinaiktaraf dan diperkemas dengan pelbagai teknik khas bersesuaian dengan tujuan pemasaran komersial.

Perkataan hidroponik dipercayai berasal daripada perkataan Greek, hidro membawa maksud air manakala ponos pula bermakna bekerja.

Kaedah ini boleh dipraktikkan di kawasan kecil dan tanah keluasan terhad seperti rumah pangsa, apartmen dan kondominium.

Bahkan bumbung bangunan juga boleh dijadikan kawasan tanaman hidroponik kerana tidak memerlukan ruang besar atau luas.

Walaupun di negara ini, teknologi sebegini telah lama diperkenalkan namun tidak ramai mempraktikkannya.

Ramai menzahirkan tanggapan teknik tersebut memerlukan kos tinggi, penelitian dan terpaksa pelajari kemahiran teknikal sukar.

KAZZ Agro Valley Sdn Bhd (Kazz) merupakan satu-satunya syarikat pembekal produk hidroponik milik Bumiputera sepenuhnya.

Sejarah pelopor hidroponik bermula sejak 25 tahun lalu dengan menjalankan kegiatan penyelidikan dan merumus formula baja hidroponik pertama di negara ini.

Syarikat ini perintis kepada satu kaedah baharu industri pertanian dengan penggunaan baja cecair terawal di Malaysia.

Sejarah Kazz bermula dalam pertanian bermula pada 1990, membangunkan teknologi hidroponik iaitu Hidroponik Domestik dan Hidrokultur.

Malah syarikat Kazz bertanggungjawab mempelopori Teknologi Baja Cecair pertama di Malaysia.

Selama 25 tahun kewujudan Kazz, kini ia berjaya membina Kazz Agro Valley di Duyong, Melaka bagi melaksanakan Projek HerbaPonik.

Terbaharu, syarikat tersebut bakal melaksanakan program'Kempen Merakyatkan Hidroponik' bagi menggalakkan penggunaan teknologi tersebut.

Pengarah Eksekutif, Nur Afiqah Ahmad berkata kempen tersebut bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna untuk menanam sayuran bersih, suci dan segar.

"Sayuran ini adalah kegunaan sendiri ditanam di kawasan sempit atau kediaman kecil seperti apartmen, kondominium, pangsa dan perumahan.

"Usaha dijalankan syarikat kami bagi memenuhi seruan kerajaan mengenai Kempen Bumi Hijau dan Pertanian Adalah Perniagaan," katanya.

Dalam masa sama, ia dapat membantu rakyat mengurangkan perbelanjaan bagi mengatasi kegawatan ekonomi dan dapat menjana pendapatan isi rumah.

Program tersebut menggunakan hidroponik iaitu kaedah dan teknologi yang diperkenalkan dalam industri pertanian moden.

"Kaedah ini terbukti keberkesanannya di samping ia mudah dijaga dan diselenggarakan.

"Dengan menggunakan cara tradisional, petani berhadapan pelbagai cabaran mengusahakan tanaman mereka," katanya.

Adanya hidroponik, projek ini bukan sahaja sebagai penggunaan sendiri bahkan mampu menjana pendapatan sampingan.

Peralatan semaian mempunyai ketahanan selama 5 tahun dan boleh diguna pakai berulang kali.

"Tenaga kerja juga dapat dikurangkan kerana ia mudah diusahakan dan hasil dapat dituai dalam tempoh singkat.

"Hasil tanaman hidroponik pula mempunyai tinggi nilainya dan berkualiti, boleh dipasarkan secara komersil," katanya.

Kurang diberi perhatian

KAEDAH hidroponik lebih senang dan menjimatkan ruang, namun ramai tidak bersetuju ia teknik penanaman praktikal.

Mantan Timbalan Ketua Pengarah 1 Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Datuk Dr Azizan Ab Rashid berkata, teknologi tersebut tidak mendapat sambutan menggalakkan.

"Teknologi ini kurang diberi perhatian setelah dilancarkan beberapa tahun dahulu. Lagipun tiada pembaharuan teknologi atau naiktaraf dilakukan ke atas sistem ini," katanya.

Melihat perkara tersebut tidak praktikal berbanding teknologi fertigasi. Teknologi fertigasi merupakan kaedah penanaman pemberian baja lengkap kepada tanaman dalam bentuk larutan.

Larutan tersebut kemudiannya disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis (dripping system).

"Lebih praktikal berbanding hidroponik, tanaman fertigasi dapat mengurangkan pembaziran dari segi pemberian baja dan air," katanya.

Dua elemen ini memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tanaman.

Kaedah fertigasi disimpan rumah perlindungan hujan, dibina dengan dinding terbuka atau berdinding lebih selamat berbanding hidroponik.

Sistem pengairan titisan dan beg poli boleh dipraktikkan dalam rumah pelindungan hujan atau terbuka.

Tanaman pula menggunakan bahan asas serkam padi yang diproses diisi ke dalam beg pelastik hitam (beg poli).

"Beg poli mampu mengawal ketirisan air dan baja kerana fenomena ini sering berlaku jika tanaman dalam tanah.

"Jenis sayur dan buah bergantung kepada konsep penanaman secara terbuka atau tertutup," katanya.

Sebagai contoh, buah 'rock melon' memerlukan ruang tertutup bagi menggelakkan serangan serangga.

Sementara itu, tanaman terbuka pula sesuai untuk cili, terung, benda dan sayur-sayuran bernilai rendah (low valued crop).

0 Komentar untuk " Gaya 'merakyatkan hidroponik' "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ