MEMANG satu ketika dahulu saya berasa sedih. Tetapi apa yang pilu kini sudah menjadi lucu. Saya bercakap – untuk ke sekian kalinya di ruangan ini – mengenai bahasa Melayu @ bahasa Malaysia @ bahasa rasmi negara tercinta.
Tentu sedih sebab bahasa ibunda yang termaktub dalam Perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan sudah dipinggirkan. Bahasa utama itu sudah tidak dipedulikan orang, sudah dipijak dan dikencingkan. Hampir sahaja dibuang dalam longkang.
Lebih sedih lagi sebab yang meminggirkan bahasa Melayu adalah orang Melayu sendiri. Hatta pemimpin Melayu, YB Melayu, menteri Melayu juga yang menjadikan bahasa berkenaan sebagai bahasa kelas kedua, bahasa sengkek.
Sejak sekian lama saya membangkitkan isu mengenai menteri-menteri Melayu yang lebih megah bercakap bahasa Inggeris. Pantang peluang muncul di TV, mereka bercakap Melayu campur bahasa Inggeris, malah lebih banyak cakap Inggeris.
Kerap juga dibangkitkan perihal apa yang dipanggil golongan korporat Melayu yang dalam apa-apa majlis – rasmi dan tidak rasmi – lebih membanggakan bahasa Inggeris. Konon bahasa Melayu tidak ada nilai ekonomi, tidak komersial. Koman sepana, kata orang Perak.
Sudah berpuluh kali Sinar Harian, juga lain-lain akhbar berbahasa Melayu, menyiarkan rintihan dan keluhan, berserta gambar-gambar, mengenai iklan-iklan di Kuala Lumpur yang mengutamakan bahasa Inggeris.
Ada iklan besar dari jenama-jenama antarabangsa, dan oleh korporat multinasional tersohor menggunakan bahasa Inggeris, dan bahasa Cina, langsung tiada bahasa Melayu.
Juga saya mengeluh mengenai berleluasanya bahasa rojak di TV, terutama dalam program hiburan, realiti TV, drama Melayu cakap orang putih, juga siri lawak bodoh yang memperlekeh bahasa Melayu.
Tetapi apa yang ditulis dan dipaparkan media, nampaknya tidak sedikit pun diambil peduli oleh pihak berkuasa. Dengan segala macam berita dan gambar yang disiarkan, PBT tidak mengambil tindakan, seolah-olah berkata ‘ada aku kisah!’
Arakian, sekian banyak NGO Melayu, juga pejuang-pejuang bahasa Melayu yang lain pun hanya mampu mengeluh sambil geleng-geleng kepala; semuanya gagal menaikkan taraf bahasa Melayu.
Hatta Dewan Bahasa dan Pustaka yang sepatutnya memartabatkan – dan memperkasa – bahasa Melayu pun tidak berdaya berbuat apa-apa. Agensi itu, atas alasan-alasan tertentu, membiarkan sahaja bahasa Melayu terus diperkosa (bukan diperkasa), dan dimurtabakkan (bukan dimertabatkan).
Maka sejak akhir-akhir ini saya tidak peduli lagi sekiranya bahasa ibunda dipersenda. Tiada lagi sentimen saya terhadap bahasa Melayu. Lagi pun siapalah saya untuk memperjuangkan bahasa Melayu?
Waima sekiranya bahasa itu hendak dibuang ke dalam Sungai Klang, atau dicampakkan ke dalam loji kumbahan najis pun, lantaklah. Ada aku kisah?
Sebab itu saya berasa lucu apabila sehari dua ini ada sesetengah pihak begitu prihatin dan tiba-tiba bersemangat semula bercakap mengenai nasib bahasa Melayu. Setelah hampir 60 tahun merdeka, kita masih bercakap mengenai kedudukan dan kedaulatan bahasa Melayu. Aduhai, kelakar betul!
Mereka gelisah sebab kerajaan macam terlalu mengutamakan bahasa Inggeris. Mereka marah sebab kerajaan negeri Sarawak berani mengisytiharkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pentadbiran di bumi Kenyalang.
Maka ada yang melenting marah-marah sambil berteriak: bahawa mereka yang mengutamakan bahasa Inggeris adalah tidak patriotik. Bahasa dijadikan ukuran patriotisme. Apakah itu tidak lucu?
Kalau tanyakan saya, rasanya bahasa bukan kayu ukur kecintaan terhadap negara. Dan tentu sekali tidak salah mempelajari dan meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris, juga bahasa-bahasa lain – Jepun, Jerman, Mandarin, Tagalog, Hindustan, hatta bahasa Jawa. Lagi banyak bahasa yang kita kuasai lagi bagus.
Perihal usaha meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris, saya tidak setuju kerajaan berbelanja beratus juta RM untuk membawa masuk guru-guru bahasa Inggeris dari luar negara, termasuk dari India. Apakah tidak ada guru tempatan yang boleh mengajar bahasa tersebut?
Anak-anak kita sudah diajar bahasa Inggeris sejak darjah satu, hingga darjah enam. Bahasa Inggeris terus menjadi subjek teras sejak tingkatan satu hingga tingkatan enam. Tiga tahun di universiti pun subjek itu masih diajar.
Dari darjah satu hingga ke universiti – selama 15 tahun! – mereka diajar bahasa Inggeris. Tetapi mutu bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar kita terus menjunam. Salah cikgu? Atau, salah murid? Atau, salah sistem? Saya tidak pasti ini pilu atau lucu!

0 Komentar untuk " Apa salahnya cakap ‘omputih’? "