RESTORAN A&W (Malaysia) Sdn Bhd (A&W) akan terus mengukuhkan kedudukan restoran makanan segera itu di seluruh Malaysia dengan menambah pembukaan restoran baharu secara agresif walaupun berdepan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.
Pengerusinya, Datuk Jamelah Abu Bakar berkata, dua restoran baharu akan dibuka di Batu Pahat, Johor pada 4 Disember ini dan kawasan rehat dan rawat (R&R) Seremban arah selatan, Negeri Sembilan pada 15 Disember.
“Pembukaan dua restoran itu memudahkan pelanggan mendapatkan produk yang kami tawarkan. Selaras dengan perkembangan semasa dan perancangan masa depan, A&W juga akan menawarkan menu arah gaya hidup sihat,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.
Sebelum itu, Jamelah merasmikan pelancaran A&W Mobiles Apps yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jamelah berkata, peningkatan kadar mata wang, kewujudan pesaing lama dan baharu, perang harga antara pesaing merupakan cabaran dan memberikan impak kepada pencapaian utama A&W yang kini sudah 52 tahun.
Mengulas mengenai pelancaran aplikasi itu, Jamelah berkata, A&W menjadi syarikat makanan segera pertama menggunakan aplikasi interaktif sosial selaras dengan misi untuk menarik perhatian gen Y dan Z.
“Aplikasi mobile ini akan ditingkatkan ciri-ciri sealiran dengan perkembangan semasa bagi memenuhi kehendak pengguna,” katanya.
Beliau berkata, tawaran makanan atau revolusi menu menjadi tonggak kejayaan syarikat itu.
“Minuman RB, coney ayam dan daging, wafel dan curly fries merupakan gabungan makanan yang sinonim serta tawaran 'Limited Time Offer' membantu jualan kami selama ini.
“Menjelang Januari 2016, Limited Time Offer adalah golden burger bersama jagung manis dan salad segar dengan dill dressing,” katanya.

0 Komentar untuk " A&W luas pasaran "