BAGI pencinta ilmu dan kaki buku, nama Dr Jeniri Amir, 56, tidak boleh diketepikan daripada senarai penulis kegemaran. Lebih 50 buku dan 1,500 artikel beliau menjadi rujukan pelbagai peringkat usia dan bidang.
Tugas beliau sebagai Pensyarah Kanan Program Kajian Komunikasi di Fakulti Komunikasi Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), namun sering dijemput untuk membicarakan pelbagai isu politik khususnya di Sarawak dan mengajar dalam bidang penulisan untuk sektor awam dan swasta.
Berkongsi pengalaman di zaman kanak-kanak, anak kelahiran Kampung Tellian Tengah, Mukah dibesarkan dalam masyarakat beragama Kristian. Namun, beliau dan abangnya, Muradi Amir memeluk Islam pada awal 80-an.
“Kehidupan keluarga saya di kampung begitu perit. Kami bergantung hidup kepada rumbia atau sagu.
“Saya berjalan kaki sejauh lima kilometer ke sekolah menengah dengan rasa mengantuk, letih dan lapar setiap hari. Saya mengambil minimum subjek, enam mata pelajaran bagi Peperiksaan Senior Cambridge (setaraf SPM), kerana tak mahu susahkan ayah bayar lebih.
“Keperitan hidup memberi kesedaran kepada saya untuk maju. Apabila seseorang itu susah, tak ada duit, dipandang hina oleh orang lain. Kita tidak boleh menyerah kepada nasib dan keadaan. Kita perlu kuatkan semangat, berdisiplin dan berazam untuk perbaiki keadaan hidup kita. Masa depan kita, kita sendiri yang tentukan. Kita perlu rajin, ikhlas, dan bertanggungjawab," katanya.
Peluang belajar
Di tingkatan enam, 1977, Jeniri minat menulis ulasan atau komentar untuk ruangan ‘Komentar Anda’ yang disiarkan melalui RTM Kuching. Beliau dan abangnya hampir setiap minggu menulis untuk ruangan itu dan nama mereka sentiasa disebut oleh pengacaranya, Julaihi Udin.
Sejak itu, Jeniri yang jatuh cinta dalam bidang penulisan tak lagi menoleh ke belakang. Malah, minat menulis terus membara apabila beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pendidikan sejarah di Universiti Sains Malaysia (USM).
Di sana, ramai pensyarah dan tutor terkenal sebagai penulis seperti Datuk Shahnon Ahmad, Fatimah Busu, Ali Ahmad, S Othman Kelantan dan Datuk Yusof Hassan yang banyak beri dorongan.
“Hasil daripada penulisan dalam bentuk honorarium juga banyak membantu meringankan beban kewangan khususnya ketika di universiti," ujar bekas editor risalah siswa USM ini.
Jeniri menyarankan mahasiswa agar menggunakan zaman keemasan kampus untuk membina jati diri. Mereka perlu sedar tugas dan tanggungjawab dalam mencapai kecemerlangan dalam akademik, mempertajam kemahiran komunikasi dan interpersonal.
“Untuk berjaya dalam hidup dan kerjaya, seseorang itu perlu ikut peraturan. Komitmen, keikhlasan dan kesediaan dalam melaksanakan tanggungjawab adalah amat penting.
“Jangan berlagak atau ego. Berusaha untuk sumbangkan sesuatu kepada keluarga, masyarakat dan negara,” kata pasangan kepada Aishah Zaharah Ali ini.
Di dalam kelas, Jeniri menggunakan pendekatan terbuka, dengan agenda untuk mempertajam pemikiran pelajar. Mereka diajar berfikir kritis, analitis, serta berwacana dengan penuh tanggungjawab agar menjadi warga yang berguna.
Miliki 10,000 buku
Jeniri menulis, tanpa mengira masa. Baginya, ilham tidak menjadi masalah jika kita banyak membaca. Prinsip beliau ialah tiada hari tanpa membaca, tiada minggu tanpa menulis, dan tiada tahun tanpa menerbit buku.
“Kini, saya menjadi kolumnis dalam akhbar nasional yang memberi ruang untuk membincangkan pelbagai isu termasuk politik, sosial dan ekonomi. Kepuasan melontarkan buah fikiran, dan mendapat reaksi positif pembaca, memberi rangsangan yang tidak terkira.
“Komitmen, kesungguhan, dan disiplin amat penting jika seseorang mahu berjaya sebagai penulis. Seseorang itu perlu rajin membaca, menguasai ilmu, teori dan kemahiran berkaitan, dan perlu konsisten dalam penulisan.
“Laman siber membuka ruang yang seluas-luasnya kepada golongan penulis untuk berkarya dan melontarkan pandangan. Namun mereka perlu sedar bahawa tidak ada kebebasan mutlak. Pemahaman yang salah mengenai kebebasan menyebabkan ada yang menulis sesuatu yang bercanggah dengan etika penulisan dan agama, serta melanggar akta dan undang-undang berkaitan termasuk Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957.
"Penulis perlu bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Wadah tersebut perlu digunakan untuk kebaikan, dan bukan menghasut, memfitnah dan menghancurkan masyarakat dan negara," tegasnya.
Jeniri yang berkelulusan doktor falsafah dalam bidang komunikasi politik pernah menjadi guru, nazir sekolah, pengetua sekolah, Timbalan Ketua Penolong Pengarah Pelajaran Sarawak dan ketua editor akhbar.
Beliau yang suka membaca terutama buku biografi dan sejarah, kini memiliki koleksi 10,000 buku sejak di zaman universiti lagi. Bagai tiada noktah bagi minat tersebut, malah minat membeli buku sentiasa semarak.
"Menjadi kewajipan kepada saya untuk membaca lapan akhbar, termasuk yang dalam talian, setiap hari.
"Bagi saya, anda ialah apa-apa yang anda baca, meskipun ada ungkapan mengatakan anda ialah apa-apa yang anda makan," ujarnya penuh bermakna.

0 Komentar untuk " Setajam mata pena Jeniri "