Perkahwinan seharusnya menjanjikan ketenangan, kasih sayang dan belas ihsan sesama manusia. Sebuah perkahwinan itu tambah lebih bermakna dengan kehadiran anak yang pastinya menceriakan kehidupan berkeluarga sekali gus menjadi pemangkin ikatan kasih sayang ibu bapa dan anak. Anak bukan sahaja penyeri dan simbol kasih sayang suami isteri, bahkan aset bernilai untuk kehidupan mendatang (negeri akhirat).
Mendepani kehidupan penuh pancaroba, anak harus dibekalkan dengan didikan sempurna. Selain didikan daripada ibu bapa, aspek material juga perlu diberi penekanan serius kerana anak bergantung harap pada ibu bapa. Kelengkapan asas kehidupan, keperluan persekolahan dan perubatan perlu dititikberatkan selain kefahaman berkaitan agama dengan meyakini Islam sebagai satu cara hidup sempurna. Apabila sempurna keperluan spiritual dan material, lengkaplah tanggungjawab ibu bapa memenuhi nafkah digariskan Islam.
Indahnya Islam
Andai berlaku perpisahan atau perceraian, nafkah anak tidak boleh diabaikan. Abu Zahrah, dalam Al Ahwal al Syaksiyyah menyatakan, kanak-kanak mempunyai tiga hak utama iaitu hak dipelihara, hak ke atas dirinya yang tertanggung ke atas walinya dan hak untuk memiliki harta.
Seksyen 72 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan, "Adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya dengan mengadakan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah berdasarkan kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya."
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Tempatkanlah isteri-isteri yang menjalani edahnya itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka di tempat tinggal mereka. Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya." (Surah al-Talaq, ayat 6)
Nafkah anak adalah hak yang dijamin dalam Islam dan boleh dituntut jika tidak dilaksanakan. Bukan itu sahaja, Islam mengharuskan isteri mengambil harta suami sekadarnya untuk memenuhi keperluan diri dan anak.
Daripada 'Aisyah, "Hindun binti 'Utbah berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan seorang lelaki yang kedekut. Dia tidak memberi kepada saya belanja yang cukup untuk saya dan anak saya kecuali jika saya mengambil sendiri tanpa pengetahuannya. Rasulullah menjawab: Ambillah olehmu daripada harta sekadar yang mencukupi keperluanmu dan anakmu dengan cara yang baik." Ibn al Humam dalam Fath al Qadir menyatakan, tanggungjawab memberikan nafkah kepada anak adalah tidak bersyarat dan bersifat mutlak. Ini bermakna, tidak boleh tidak, nafkah anak wajib dilaksanakan tanpa sebarang unsur pengecualian. Timbul persoalan, apakah akan berlaku jika bapa tidak mampu memberi nafkah kepada anak.
Di sinilah kita dapat menyingkap hikmah pensyariatan pembahagian harta pusaka dalam sistem faraid yang mana lelaki memperoleh dua bahagian daripada perempuan. Indahnya Islam, nafkah anak tidak diabaikan sebegitu sahaja, tanggungjawab memberi nafkah anak akan berpindah kepada datuknya, saudara atau kerabat mengikut susunan dalam hukum faraid. Satu perkara yang masyarakat hari ini terlepas pandang ataupun cuai ialah tidak membuat tuntutan nafkah anak selepas perceraian.
Apabila tiada tuntutan nafkah anak, maka tiadalah tuntutan nafkah sementara dan tuntutan tunggakan nafkah anak. Nafkah anak hari ini terdiri daripada nafkah tetap anak (secara bulanan), nafkah persekolahan anak dan nafkah perayaan (dua pasang baju raya). Namun, masih belum terlambat bagi isteri untuk memfailkan tuntutan nafkah anak kerana tiada tarikh tamat tempoh ditetapkan untuk sesuatu tuntutan walaupun perceraian berlaku 20 tahun lalu.
Tuntutan nafkah tertunggak boleh difailkan jika wujud perintah nafkah anak dari mahkamah selepas perceraian. Bagaimanapun, jika tiada tuntutan nafkah anak difailkan di mahkamah, anak dianggap masih berkemampuan dan berkeupayaan untuk menyara dan menampung perbelanjaan seharian walaupun dalam jagaan pihak lain.
Lebih prihatin
Contohnya, sepasang suami isteri bercerai pada Januari 2003. Selepas memahami proses tuntutan nafkah anak, isteri memfailkan tuntutan nafkah anak pada Jun 2015. Nafkah anak antara Januari 2003 hingga Jun 2015 tidak boleh dituntut sebagai nafkah tertunggak. Melainkan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah selepas Jun 2015 berkuat kuasa.
Lihatlah betapa ruginya anak telah terabai dengan tidak mendapat nafkah oleh bapa sendiri disebabkan kecuaian daripada ibu. Justeru itu, pihak isteri disarankan untuk memfailkan tuntutan nafkah anak sejurus sahaja sahnya perceraian. Isteri perlu lebih prihatin dengan hak anak kerana jika tidak dituntut, ia akan terabai begitu sahaja.
Perintah nafkah anak adalah luput atau tamat apabila anak mencapai umur 18 tahun, namun atas permohonan anak itu atau pihak lain mahkamah boleh melanjutkan perintah nafkah anak itu. Berkaitan nafkah sementara, berpandukan Seksyen 70 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, mahkamah boleh memerintahkan suami membayar nafkah sementara kepada anak sehingga permohonan nafkah anak secara tetap difailkan ke mahkamah dan diputuskan.
Oleh itu, permohonan boleh dilakukan untuk mendapatkan hak nafkah sementara dalam tempoh menunggu perbicaraan bagi kes nafkah anak sehingga perintah nafkah anak diputuskan oleh mahkamah. Walaupun begitu, permohonan perintah nafkah sementara hendaklah didahulukan dengan permohonan nafkah anak kekal di Mahkamah Rendah Syariah dan selanjutnya permohonan nafkah anak sementara difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah memandangkan nafkah anak sementara ini permohonan perintah berbentuk interim order (perintah sementara).
Pada masa sama, bapa perlu prihatin tanggungjawab menunaikan nafkah pada anak dan isteri serta keluarga. Rasulullah SAW bersabda: "Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah (fi sabilillah), satu dinar lagi yang engkau belanjakan pada memerdekakan seorang hamba abdi, satu dinar lagi yang engkau sedekahkan kepada seorang miskin dan satu dinar lagi engkau belanjakan kepada keluargamu, (maka) yang lebih besar pahalanya adalah engkau belanjakan kepada keluargamu." (Riwayat Muslim)
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/98187

0 Komentar untuk " Peguam Muslim Menulis: Kecuaian punca hak anak terabai "