Kenapa tak perlu tunggu lagi 2 tahun beli rumah? - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Kenapa tak perlu tunggu lagi 2 tahun beli rumah?

MACAM-MACAM pendapat, macam-macam komen. Bila bercakap tentang prospek beli rumah, memang tak pernah habis. Ada 'Pakar Ekonomi' yang kata tunggu dua tahun, sementara mereka yang biasa terlibat dalam urusan jual-beli rumah pula kata bila-bila masa pun sesuai beli rumah kerana harga susah nak jatuh.

Abang Ohsem, macam lelaki average lain faham macam mana peritnya rasa bila mula merancang untuk beli rumah. Sudahlah harga melambung tinggi, majoriti yang berharga RM300,000 ke bawah pula terletak nun jauh di ceruk macam di Puncak Alam dan Tasik Puteri, Rawang-antara contoh lokasi yang cuma ada satu-dua jalan keluar masuk hingga menyebabkan 'jem melekat' waktu nak keluar dan balik dari kerja.

Ramai yang setuju dan ramai juga yang kurang setuju dengan cadangan Profesor Dr Hoo Kee Ping, Penganalisis Politik & Ekonomi yang cadangkan anak-anak muda beli rumah 2 tahun lagi masa harga rumah jatuh. Jangan beli sekarang, mahal dan banyak rumah tak laku, katanya. Masalahnya, benarkah rumah-rumah yang dibina sekarang tak laku? Mana buktinya?

Untuk lelaki yang dah berkahwin dan ada anak, keutamaan kita pastinya menyediakan rumah yang baik untuk kita tinggal bersama keluarga. Persoalannya sekarang untuk lelaki yang belum ada rumah, nak beli sekarang atau tunggu dua tahun?

Berikut adalah petikan komen daripada beberapa pakar perunding hartanah tentang isu 'beli rumah atau tunggu 2 tahun' ini. Baca, hadamkan dan fikir kenapa anda tak perlu tunggu 2 tahun lagi untuk beli rumah:

- Harga hartanah kategori mass-market di Malaysia susah nak jatuh. Kalau anda refer kepada carta harga hartanah yang saya lampirkan, nilai hartanah naik SETIAP TAHUN semenjak tahun 2000.

- Purata umur populasi Malaysia sekarang adalah kurang dari 30 tahun. Cuba tengok kawan-kawan yang berumur 30 tahun, mereka sudah ada hartanah atau masih menyewa? Bila majoriti penduduk Malaysia bawah 30 dan belum ada hartanah, anda rasa harga hartanah kategori mass market akan jatuh tak?

- Sentimen pelaburan 2015 memang teruk, dan jumlah mereka yang beli hartanah dijangkakan akan lebih rendah berbanding tahun 2013 dan 2014. Bila ramai tak beli, inilah peluang untuk kita beli sebab penjual akan jadi lebih mesra-pembeli dan memberikan lebih banyak diskaun.

* Dipetik dari Facebook Faizul Ridzuan, Perunding hartanah yang sudah membeli lebih 40 hartanah dan baru berusia 34 tahun. Ketika berumur 30 tahun, dia sudah memperoleh 23 hartanah. Penulis buku best-seller 'WTF 23 Properties by 30.'

Sementara itu, seorang lagi Perunding hartanah Azizul Azli Ahmad dalam petikan di account FB berkata:

- Saranan ini bukan baru, tahun 2007-2008 saya pernah dengar saranan yang sama di media. Semua orang kelam-kabut share merata dunia. Kita sambut baik 'saranan' ini dan akhirnya nilai hartanah terus kekal naik.

- Ada dua pasaran yang boleh dibeli. iaitu SEKUNDER atau bahasa kampungnya rumah terpakai dan hartanah lelong. Pasaran ini sering dipandang sepi golongan muda. Tak cantik katanya. Sedangkan pasaran sekunder mula terjual banyak di bawah harga pasaran tahun ini dan kadang-kala harga ditentukan pembeli bila penjual terdesak.

- Beli hartanah bukan soal waktu, ia soal kita bersedia atau tidak. Jika kita bersedia untuk bayar komitmen pembiayaan rumah, silakan beli sahaja. Jangan mula membeli rumah yang mahal, saya seringkali sarankan anak muda beli berdasarkan median gaji, bukannya rumah yang kita suka.

* Azizul Azli Ahmad merupakan pensyarah UiTM dan penulis buku 'Mudahnya Beli Rumah.'

##Rencana ini dipetik dari laman web http://www.ohsem.la

0 Komentar untuk " Kenapa tak perlu tunggu lagi 2 tahun beli rumah? "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ