*SEPERTI yang telah diramalkan sejak awal, debat terbuka antara Tony Pua dengan Arul Kanda Kandasamy akhirnya dibatalkan.
Walaupun ‘satu Malaya’ gah sehari dua mengenai pertemuan antara Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB itu, orang ramai tahu semua itu hanyalah acah-acah.
Mula-mula semua yang terlibat memang berkobar-kobar, macam tidak ada benda lain yang perlu diutamakan. Pagi, petang, siang, malam saling cabar-mencabar, macam gimik perlawanan tinju ‘heavyweight’ Muhammad Ali dengan lawannya.
Tetapi kemudian semuanya dibatalkan. Maka yang panas dan meluap-luap pun menjadi sejuk dan lembab. Betul-betul macam tahi ayam, hanya hangat beberapa saat sebaik keluar dari lubang kecil bahagian belakang ayam.
*ADA pun antara yang paling bersemangat mengenai debat yang akan membincangkan skandal mega 1MDB itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Awal-awal lagi beliau dengan bangga dan penuh semangat mengatakan: “RTM boleh siarkan debat ini secara langsung.” Malah, beliau telah menetapkan Jumaat – semalam – sebagai hari bersejarah penyiaran debat tersebut.
Katanya, seperti yang dilaporkan media, kesediaan menyiarkan debat itu secara langsung membuktikan sikap keterbukaan kementerian berkenaan.
Tetapi, tiba-tiba sahaja menteri berkenaan memberitahu stesen TV milik kerajaan itu membatalkan penyiaran debat berkenaan. Satu lagi tahi ayam!
*SEMUA yang hangat dan mendidih menjadi dingin dan beku apabila Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluarkan perintah:
Pua perlu menarik diri daripada menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) jika ingin mengambil bahagian dalam sebarang debat terbuka mengenai 1MDB.
Baik Pua mahu pun Arul, sebagai saksi utama siasatan PAC, dilarang mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB, sehingga siasatan selesai.
Pua tidak bersedia menarik diri dari PAC, dan mencadangkan Rafizi Ramli menggantikan tempat beliau berdepan dengan Arul.
Arul pula menegaskan tidak bersedia berdebat dengan sesiapa mengenai isu ini sebagai menghormati keputusan Pandikar. Menteri RTM pula memberitahu tidak akan menyiarkan perdebatan antara Arul dengan mana-mana individu selain Pua.
Maka dengan keputusan Pandikar, tahi ayam yang hangat sekejap itu telah bertukar menjadi episod sandiwara – ala-ala Maharaja Lawak – yang menghiburkan rakyat di tengah-tengah desakan hidup berikutan GST dan kenaikan harga barang...
*MAKA untuk meneruskan tahi ayam, ada yang mencadangkan debat dengan Arul mengenai skandal terbesar negara itu perlu diadakan, iaitu menggantikan Pua dengan YB Pandan Rafizi Ramli.
Tetapi ramai yang berpendapat – dan saya bersetuju – kita jangan membuang masa menunggu hingga meleleh air liur untuk melihat debat tersebut. Anggaplah debat itu tidak akan wujud.
Hatta sekiranya debat itu betul-betul terjadi pun, percayalah ia tidak akan menyelesaikan masalah. Macam mana bernas pun penjelasan Arul, pasti masih ada pihak yang menghujah, masih ramai tidak puas hati.
Tidak perlu adakan debat. Apa yang perlu ialah siasatan rapi dan betul-betul telus – tanpa gangguan mana-mana pihak – bukan siasatan separuh masak seperti sebelum ini. Hanya siasatan berwibawa akan memuaskan semua pihak.
*PERIHAL siasatan 1MDB, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatannya terhadap bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, tetap diteruskan.
Pengarah Siasatan agensi bebas itu Datuk Azam Baki berkata siasatan berhubung dakwaan berlaku kebocoran maklumat adalah perkara berbeza dan tidak boleh dijadikan penghalang.
“Sesungguhnya siasatan SPRM tidak boleh diganggu atau ditangguhkan atas alasan perlu menunggu sehingga siasatan yang berkaitan dengan kebocoran maklumat yang dilaporkan sebelum ini selesai terlebih dahulu,” katanya.
Zaki berkata, SPRM hanya bertindak mengikut lunas undang-undang dan tidak mahu ada sebarang gangguan yang boleh melewat dan menjejaskan siasatannya.
Syabas kepada SPRM, mudah-mudahan tidak menjadi seperti tahi ayam.
*AKHIR kalam, orang ramai menyokong langkah kerajaan meningkatkan cukai eksais ke atas produk tembakau lebih 40 peratus. Tetapi perokok tegar berasa terkesan – dan tertekan – dengan tindakan kerajaan itu.
Seperti yang diumumkan syarikat pengeluar rokok, mulai Khamis harga sekotak rokok naik menjadi RM17. Harga itu sama dengan empat pinggan nasi lemak, dua pinggan nasi kandar lauk kari kepala ikan termasuk teh tarik.
Tentu ramai yang akan beralih kepada vape. Maka, walaupun harga rokok naik, asap tidak juga turun malah akan terus naik mengotorkan udara kita!

0 Komentar untuk " Gah? Semua hanya tahi ayam "