TANPA sebarang pendidikan formal ilmu perfileman, Pengarah Urusan dan Penerbit Katak Hijau Entertainment Sdn Bhd, Radin Erwanddy Radin Roslan nekad mengabdikan dirinya kepada industri tersebut.
Berbekalkan semangat dan positif terhadap apa sahaja dihadapi, Radin Erwanddy tidak menoleh lagi dan mahu menjadikan industri tersebut medan mendidik masyarakat.
“Saya melihat bidang ini mempunyai permintaan tinggi dari semasa ke semasa. Industri media khususnya mempunyai potensi besar sekiranya digunakan dengan sebaiknya,” katanya yang bercita-cita besar mengangkat industri perfileman negara supaya terus dihormati.
Dia yang selama ini berkecimpung dalam bidang kejuruteraan selama lebih 10 tahun, menjadikan pengalaman pengurusan perniagaan tersebut sebagai panduan menguruskan syarikat penerbitannya yang ditubuhkan setahun lalu.
“Saya meminati bidang penerbitan dan terlibat di belakang tabir sahaja kerana mahu mendalami ilmu perfileman dan pembikinan dokumentari.
"Alhamdulillah, semua dipermudahkan setelah mengikuti beberapa rakan terlibat dalam bidang ini,” katanya.
Pengalaman setahun jagung
Penglibatannya dalam bidang penerbitan masih hijau. Namun usahanya tidak pernah terhenti untuk mendalami bidang itu saban hari.
“Sahabat saya, Ahmad Fuad banyak membantu saya ketika mula-mula menceburi bidang ini. Saya diberi kepercayaan terlibat dalam pembikinan dokumentari Mastika Mencari Logika ditayangkan di Astro.
“Walaupun tempoh mempelajari mengenai dunia penerbitan dokumentari hanya seketika tetapi ia amat berharga. Usaha saya tidak terhenti di situ sahaja, saya belajar mengenai perfileman dengan mengkaji setiap filem tempatan atau antarabangsa yang saya tonton,” katanya.
Nekad membuat filem pertamanya iaitu Ada Apa Dekat Bus Stop (AADBS) dan memulakan penggambaran pada Mei tahun lalu di Parit, Perak.
Pelajaran berharga
Tidak kisah dengan kata orang sekeliling kerana yakin berbekalkan sedikit pengalaman dan bantuan rakannya yang memberikan idea, dia optimis filem AADBS akan diterbitkan.
“Dengan modal lebih RM800,000, saya menjalankan penggambaran selama 22 hari sahaja. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Saya menggunakan peralatan disewa dan kru produksi yang kebanyakannya freelance.
“Saya yakin modal sedemikian mencukupi untuk menghasilkan filem. Namun, telahan saya silap, selepas selesai penggambaran, saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya anak kepada pasangan Rosnah Abu Bakar dan Radin Roslan Radin Shuadi ini.
Bingung dengan hasil filem tersebut yang belum tentu hala tuju dan proses yang sepatutnya dia lakukan.
“Filem AADBS diperam selama sebulan. Saya tidak diberitahu mengenai bajet post promotion. Saya hanya diberitahu mengenai bajet pembikinan filem sahaja,” katanya.
Ini adalah pengajaran berharga kerana ditipu dan bekerjasama dengan mereka yang tidak telus dan menghilangkan diri selepas penggambaran.
Peluang keemasan
Tidak menyangka pengarah filem, Ikhzal Azfarel Ideris sudi memberi bantuan.
“Dia membantu saya mengenai post production dan memaklumkan apa yang perlu saya buat. Dia membantu saya satu persatu menjalani proses suntingan akhir di Imagica Lab, Pinewood, Johor.
“Syarikat ini menggunakan teknologi pemprosesan filem dari Jepun beroperasi di Johor bagi cawangan Asia Tenggara,” katanya mendapat sokongan isteri, Nor Asiken Moklis.
Beliau bersyukur filem tersebut disiapkan dan bakal ditayangkan 19 November ini.
“Bergenre komedi paranormal, filem sulung terbitan syarikat ini membariskan pelakon seperti Abam Bocey, Leez Rosli, Myo band Ok Chentaku, Tauke Jambu, dan ramai lagi,” katanya yang mempunyai dua cahaya mata.
Profil
Asal: Bota, Perak
Umur: 37
Pendidikan: Sekolah Menengah Dato’ Harun Tanjung Karang, Selangor
Sarjana Muda Kejuruteraan Awam,
Universiti Teknologi Malaysia
Hobi: Bersukan
Jawatan: Pengarah
Urusan RZQ Bina Sdn Bhd

0 Komentar untuk " Dari jurutera ke penerbit filem "