MIZOU Holdings Sdn Bhd (Mizou Holdings) pada awalnya merupakan syarikat yang membekalkan perisian komputer dan teknologi maklumat (IT).
Namun siapa sangka, Mizou Holdings pada hari ini dikenali sebagai pengedar traktor serbaguna untuk pengangkutan perladangan menerusi jenama Mizou.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shamsuri Abdul Majid berkata, ketika Mizou Holdings ditubuhkan pada 2001, syarikat itu hanya menjalankan perniagaan secara perdagangan.
“Namun, untuk jangka masa panjang, kami merasakan tidak boleh pergi jauh dalam perniagaan perdagangan ini.
“Tambahan pula, saya tiada pengalaman dalam bidang IT kerana kemahiran saya lebih cenderung kepada mesin berat dan alat ganti perladangan memandangkan saya pernah bekerja di sebuah syarikat traktor sebelum ini,” katanya.
Selepas lima tahun menjual perisian komputer dan IT, akhirnya, Shamsuri dan isterinya, Hartini Hassan mengambil keputusan menceburkan diri dalam bidang jentera untuk perladangan memandangkan tidak ramai pembekal dalam bidang ini terutamanya syarikat Bumiputera.
“Saya menggunakan pengalaman dalam bidang traktor sebelum ini dan kami ambil masa tiga tahun bermula 2005 untuk berfikir dan mengenalpasti jentera yang diperlukan dalam bidang pertanian dan perladangan.
“Kami mahu kecilkan lagi skop jentera yang ingin dikeluarkan bagi memastikan ia benar-benar memberi penyelesaian kepada pelanggan,” katanya.
Bermula dari situ, Shamsuri dan isterinya mencari peralatan yang sesuai seperti enjin sangkut dari pelbagai negara untuk membangunkan traktor mereka.
Pada 2008, Mizou Holdings mula menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan traktor serbaguna yang pertama.
“Kami ambil risiko menjalankan R&D yang belum pasti akan berjaya atau tidak. R&D ini menelan sejumlah kos besar untuk menghasilkan jentera perladangan,” katanya.
Beluga traktor pertama
Sepanjang tempoh produk itu disiapkan, pasangan suami isteri itu hanya bergantung kepada penjualan enjin sangkut sahaja sebagai pendapatan kepada syarikat.
Akhirnya, traktor pertama keluaran Mizou Holdings, Beluga berjaya dikeluarkan pada 2011.
Beluga merupakan traktor bagi melakukan aktiviti selepas tuaian buah tandan segar (BTS) di ladang terutamanya untuk kawasan tanah gambut.
Idea dan reka bentuk Beluga itu adalah ilhamnya dan isteri, Hartini, namun ia dibuat di Korea Selatan menerusi jalinan kerjasama.
Disebabkan jenama Mizou masih kurang dikenali pada ketika itu, Mizou Holdings bekerjasama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
“Kami menggunakan platform MPOB untuk memperkenalkan traktor serbaguna jenama Mizou kepada pemain dalam industri perladangan sawit di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta Indonesia,” katanya.
Promosi ke seluruh Malaysia
Bukan mudah untuk memperkenalkan produk baharu di pasaran, apatah lagi melibatkan harga traktor yang mahal.
Shamsuri dan Hartini mengakui perkara itu, namun mereka tetap giat untuk mempromosikan traktor serbaguna itu dengan mengadakan demonstrasi cara penggunaan jentera itu kepada syarikat berkaitan perladangan di seluruh negara dan Indonesia.
Setiap kali promosi dijalankan, traktor itu akan dibawa bersama dan mereka terpaksa membelanjakan RM1,500 untuk kos pengangkutan sehala.
“Kalau pergi dan balik, kos pengangkutan mengangkut traktor itu mencecah RM3,000.
“Pada peringkat awal perniagaan, banyak kali juga kami hanya pulang dengan tangan kosong tanpa tempahan pelanggan kerana mereka masih tidak percaya dengan syarikat baru seperti kami,” katanya.
Adakalanya, kerana kekangan bajet, mereka sanggup balik pada hari sama selepas mempromosikan Beluga.
Bukan itu sahaja, mereka juga terpaksa berhadapan pelbagai persepsi segelintir peladang terutamanya mereka yang sudah biasa mengangkat hasil ladang secara konvensional. Mereka-mereka ini agak sukar menerima produk inovasi seperti Beluga.
Ini kerana, ia memerlukan bajet yang tinggi untuk memiliki traktor tersebut, berbanding bergerak secara tradisional.
“Selain itu, terdapat segelintir orang kita yang menyimpan persepsi orang Melayu tidak pandai berniaga. Perkara inilah yang kami cuba tepis.
“Ada juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang kurang yakin membeli traktor daripada kami,” katanya.
Hartini mengakui, mereka pernah tawar hati dan mahu menutup perniagaan kerana tidak tahan untuk melalui semua itu.
Tambahan pula, mereka tidak menerima bimbingan daripada mana-mana syarikat yang pernah mengusahakan perniagaan traktor perladangan memandangkan tiada usahawan Bumiputera yang menceburi perniagaan itu pada masa tersebut.
“Namun, disebabkan saya dengan suami berdua menjalankan perniagaan ini bersama-sama, kami jadi semakin kuat untuk hadapi cabaran mendatang.
“Mungkin kalau saya seorang diri menjalankan bisnes ini, saya sudah putus asa,” katanya.
Selain Beluga, Mizou Holdings turut mengedarkan traktor Rhyno pada 2012 dan terbaharu, Jaguar X800 serta Lion X1000 yang dilancarkan Oktober 2015.
Selepas lapan tahun dalam bidang ini, kini Shamsuri dan Hartini boleh menarik nafas lega apabila traktor serbaguna Mizou diterima baik pemain dalam industri perladangan.
Malah, sehingga kini, produk itu terjual lebih 100 unit di pasaran Malaysia dan Indonesia.
Bermula dengan rumah kedai
Pada awal perniagaan traktor serbaguna, Shamasuri dan Hartini hanya mampu menyewa sebuah rumah kedai di Seksyen 7, Shah Alam.
“Apabila traktor sampai dari Korea, kami akan letakkan ia di luar kedai kerana tiada tempat khusus untuk meletakkan jentera ini.
“Pada waktu itu, kami kerap di saman pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana letak produk di luar,” katanya.
Namun, kini, syarikat itu juga sudah menyewa pejabat di Bukit Jelutong, Shah Alam, sejak 2011 dan mempunyai dua ejen di Sabah dan Sarawak bagi mengendalikan penyelenggaraan traktor.
Mahu ada kilang sendiri
Tidak lama lagi, Mizou Holdings bakal menambah ejen baharu di Indonesia bagi menguruskan pasaran traktor di negara itu memandangkan syarikat itu kini dalam proses memuktamadkan ejennya.
“Kami perlukan ejen tempatan Indonesia di negara itu kerana perbezaan budaya. Sebelum ini, kami uruskan sendiri di sana, tetapi prosesnya agak sukar kerana perbezaan ini.
“Indonesia merupakan negara yang sangat penting buat kami kerana potensi pasarannya yang tiga kali ganda lebih besar daripada Malaysia,” katanya.
Pada masa akan datang, Shamsuri berhasrat untuk mempunyai kilang pengeluaran traktor sendiri di Malaysia.
“Kini, kami dalam proses untuk meningkatkan jualan kami dan mengukuhkan jenama Mizou di pasaran bagi mencapai hasrat ini,” katanya.

0 Komentar untuk " Dari IT kepada pengedar traktor "