KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia perlu menyediakan manfaat fleksibel yang bersesuaian dengan kehendak pekerja bagi mengekalkan mereka, kata sebuah syarikat peneraju global dalam pembrokeran insurans dan nasihat risiko. Langkah itu perlu dilaksanakan susulan kemajuan dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) baru-baru ini, kata Joan Collar, Pengarah Urusan Employee Health and Benefits Leader Asia at Marsh (Singapore) Pte Ltd.
Oleh itu, katanya syarikat Malaysia perlu menimbang jenis pelan yang mahu dilaksanakan selain lebih inovatif dalam mengekalkan pekerja masing-masing. "Sudah pasti TPPA akan membuka banyak peluang, namun ia turut membawa cabaran memandangkan pekerja Malaysia mampu beroperasi di mana-mana sahaja, dan berdasarkan kualiti yang mereka miliki, menjadikan mereka sangat menarik kepada pasaran lain.
"Oleh itu, firma Malaysia tidak sahaja bersaing sesama mereka, bahkan bersaing dengan pasaran di luar negara. Mereka mesti menimbang untuk menyediakann lebih banyak peluang menarik kepada pekerja masing-masing untuk kepentingan jangka panjang syarikat," katanya di sini. Collar brekata, pekerja sesebuah syarikat terdiri daripada pelbagai kumpulan yang memerlukan manfaat yang fleksibel, sesuai dengan kehendak mereka, seperti mereka yang tidak memerlukan insurans komprehensif kumpulan boleh memilih pelbagai manfaat lain seperti pergigian, optik, cuti, keanggotaan gim, subsidi percutian dan insurans.
"Dalam jangka pendek, syarikat mungkin menjimatkan kos, namun dalam jangka panjang, pekerja mungkin menganggap sumbangan mereka tidak dihargai dan manfaat tidak memenuhi kehendak mereka, yang memungkinkan mereka mencari peluang baharu. "Dalam tinjauan yang lakukan tahun lalu, kami dapati kebanyakan pekerja merasakan apabila syarikat menyediakan manfaat berasaskan pilihan, mereka merasakan lebih dihargai dan akan kekal berkhidmat dengan syarikat," katanya.
Namun, Collar yang sudah berkhidmat dalam industri kesihatan dan manfaat pekerja selama lebih 20 tahun, berkata majikan tidak melaksanakan pelan fleksibel ini kerana bimbangkan peningkatan kos, malah ramai yang merasakan andai manfaat itu disediakan, mereka tidak boleh menarik balik kemudahan berkenaan. "Tanggapan salah ini masih wujud, kami masih perlu membantui organisasi ini memahami pentingnya menyediakan pilihan tersebut," katanya.
Mengenai trend semasa di Malaysia, Collar berkata syarikat Malaysia masih paternalis berbanding negara jirannya yang menjaga manfaat pekerja masing-masing dan bersedia mencuba perkara baharu. Beliau berkata, pada tahun 90-an, Malaysia adalah antara pasaran pertama yang mengguna pakai konsep organisasi pengurusan kesihatan. "Malah, Singapura, Thailand atau Indonesia tidak mengguna pakainya ketika itu.
Syarikat Malaysia juga adalah yang pertama mengurus penjagaan kesihatan," katanya dan menambah Malaysia juga antara negara pertama menggunakan kad penjagaan kesihatan inovatif tanpa tunai pada lewat 90-an. Collar berkata, syarikat yang hebat adalah syarikat yang melindungi pekerja masing-masing, menghargai sumbangan mereka dan membuatkan mereka merasa lebih selamat dan terjamin. - BERNAMA
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/89184

0 Komentar untuk " Syarikat Malaysia perlu sedia manfaat fleksibel kekalkan pekerja "