1. GEMAR MAKAN & MINUM – Sesiapa yang kekenyangan akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana terdorong untuk tidur dan berehat.
2. BANYAK BERKATA-KATA (YANG SIA-SIA) – Bencana lisan merangkumi mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar.
3. MARAH – Berpunca daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Ia juga didorong oleh pengaruh syaitan.
4. HASAD, DENGKI & IRI HATI – Lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain.
5. KASIH PADA HARTA – Tiada salah memiliki kemewahan tetapi jika bersikap bakhil, tamak dan membazir itulah yang dibenci oleh islam.
6. TAKBUR – Antara sebab takbur ialah keturunan (tinggi), kekuasaan, kecantikan, kekayaan, kepandaian, pengaruh dan kuat beribadat (menunjuk-nunjuk).
7. RIAK – Sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik semata-mata ingin pujian, pangkat dan kedudukan.
8. UJUB – Sifat bangga diri dengan keistimewaan yang ada pada diri seperti kecantikan, kepandaian, kekayaan dan lain-lain.
9. KASIH AKAN DUNIA – Hati yang sentiasa berpaut pada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati.
0 Komentar untuk " SIFAT MAZMUMAH (TERCELA) "