Petronas contoh korporat berintegriti - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Petronas contoh korporat berintegriti

SYARIKAT petrolium negara, Petronas adalah korporat contoh atau boleh diteladani kerana melaksanakan program integriti yang aktif, kata Transparency International Malaysia (TI-M).
 
Presiden TI-M, Datuk Akhbar Satar, komitmen itu terbukti telah meletakkan syarikat itu di peringkat antarabangsa, termasuk berada di tempat kelima antara 100 negara dalam Laporan Ketelusan Korporat 2013.
 
"Kami berharap kejayaan ini akan disusuli lebih banyak syarikat lain, sekaligus menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia merupakan negara yang mengutamakan integriti korporat dan tadbir urus yang baik secara serius," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
   
Dalam satu sesi pertukaran pandangan di sini, semalam, amalan tadbir urus korporat Petronas yang baik itu turut dikongsi kira-kira 100 perwakilan asing serta tempatan.
 
Sesi bertemakan Integiri dan Tadbir Urus Baik itu turut menyediakan platform untuk jalinan rangkaian serta memperolehi maklumat mengenai pendekatan baharu bagi tujuan penambahbaikan.
 
Ia bersempena mesyuarat tiga hari bermula 28 September lepas, dianjurkan TI-M bagi membincangkan Pensijilan ISO bagi Sistem Standar Pengurusan Antirasuah.
   
Sementara itu, Ketua Pegawai Integriti Petronas, Datuk Samsiah Abu Bakar berkata, syarikat itu berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada sesi yang turut disertai wakil antarabangsa.
 
"Ini merupakan satu perkembangan positif kepada usaha berterusan Petronas melaksanakan program integriti dalam syarikat," katanya. - Bernama
pet
0 Komentar untuk " Petronas contoh korporat berintegriti "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ