Pencemaran udara akibat jerebu adalah topik hangat ketika ini. Perlu diakui orang ramai amat tidak menggemari keadaan ini yang menimbulkan risiko pelbagai masalah kesihatan selain memaksa sekolah ditutup. Pelbagai teori dan saranan dilontar mengenai penyelesaiannya.
Wartawan BH Ahad, Mohd Azis Ngah dan Mohd Zin Ali mendapatkan komen pakar jerebu, Prof Mastura Mahmud yang juga pensyarah bidang meteorologi di Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang pernah menulis artikel mengenai jerebu rentas sempadan sejak kebakaran biojisim pada tahun 1997 ketika peristiwa El Nino dan menulis buku bertajuk 'Pencemaran Rentas Sempadan: Penjejakan Melalui Deria Jarak Jauh' yang diterbitkan oleh Penerbit UKM pada tahun 2014 dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahaya, mengenai permasalahan ini.
S: Masalah jerebu berlaku hampir setiap tahun sejak jerebu teruk pada akhir tahun 1990-an. Ia berpunca daripada masalah pembakaran terbuka dan lokasi hampir sama. Komen Prof mengenai senario ini serta kesannya kepada negara serantau.
Prof Mastura: Pembakaran terbuka di Asia Tenggara adalah kaedah yang biasa digunakan untuk melupuskan sisa tanaman, mengawal serangga di samping menyediakan ladang pertanian untuk penanaman seterusnya. Penggunaan api untuk menghapuskan sisa tanaman adalah mudah, murah dan ia lazimnya dilakukan oleh petani peralihan skala kecil serta pekebun kecil. Konsesi perladangan menguntungkan telah menyebabkan berlaku peralihan kepada perladangan kelapa sawit dan perladangan industri kayu yang meningkatkan pembakaran terbuka terutama di kawasan yang mempunyai biojisim kering.
Satu daripada masalah tambahan adalah kewujudan kawasan gambut. Daripada 188 juta hektar tanah di Indonesia, 20.9 juta hektar atau 11 peratus terdiri daripada tanah gambut. Kebakaran di tanah gambut ini akan mengeluarkan asap tebal dan agak sukar dipadam kerana api di bawah permukaan. Tahun ini agak istimewa kerana kawasan kita, di barat pinggir lautan Pasifik sedang mengalami fenomena El Nino yang menyebabkan keadaan kering daripada normal. Dalam keadaan ini, kekurangan hujan dan kelengasan dalam tanah serta keadaan tumbuhan yang kering akan menyebabkan lebih mudah berlaku kebakaran.
Walaupun Indonesia sedang berusaha memadamkan api, tetapi kekurangan bekalan air serta kawasan yang luas menyukarkan usaha ini. Berdasarkan laporan Harian Kompas, aktiviti water bombing tidak dapat dimaksimumkan kerana kekurangan air. Pembakaran biojisim ini juga akan menghasilkan gas rumah hijau yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi perubahan iklim di rantau ini.
S: Berdasarkan cuaca dan perubahan angin semasa, adakah jerebu ini akan kekal untuk jangka masa lebih lama atau akan pulih?
J: Keadaan jerebu disebabkan angin aras permukaan ketika Monsun Barat Daya yang bertiup ke arah Semenanjung Malaysia dari Sumatera serta dari Kalimantan Barat dan selatan ke Sarawak. Masalah jerebu ini dijangka akan berakhir pada hujung musim peralihan iaitu pada pertengahan ke akhir bulan Oktober ini.
Berdasarkan tiupan angin seperti yang disiarkan di laman sesawang ASEAN Specialised Meteorological Centre pada 27 September lalu iaitu sehari sebelum pengisytiharan penutupan sekolah (Selangor, Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Sarawak), tiupan angin dari arah barat daya pada aras 25,000 kaki menunjukkan asap tebal daridapa kebakaran biojisim yang berlaku di Selatan Sumatera dibawa ke tengah dan selatan Semenanjung. Sementara asap dari Kalimantan Selatan dan Kalimantan Barat telah mempengaruhi penglihatan serta kualiti udara di Sarawak. Keadaan sebegini akan selagi kebakaran masih berlaku.
S: Ramai yang agak keliru mengenai kadar bacaan indeks pencemaran udara (IPU) jika dibandingkan dengan kadar jarak penglihatan. Adakah jarak ketampakan ini tidak boleh digambarkan dengan bacaan IPU, ataupun ia berkaitan dengan faktor lain?
J: Jarak penglihatan dan indeks IPU adalah berbeza. IPU diukur daripada pencerapan beberapa parameter seperti gas karbon monoksida, ozon, sulfur dioksida, nitrogen oksida serta zarah terampai PM10. Dalam keadaan jerebu yang disebabkan oleh kebakaran biojisim, PM10 adalah penyumbang utama kepada nilai IPU yang tinggi. Bacaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah nilai purata yang dicerap untuk sesuatu masa. Faktor angin kadangkala mempengaruhi nilai bacaan. Pada pendapat saya IPU yang diusahakan oleh JAS adalah pengukuran kualiti udara yang boleh dipercayai kerana pencerapan di setiap stesen mengikut piawaian yang ditetapkan.
S: Malaysia masih mengguna pakai kaedah ukuran berdasarkan 10 mikrometer atau PM10 sedangkan di Singapura dan Indonesia sudah menggunakan ukuran bacaan 2.5 mikrometer atau PM2.5. Jika laporan menunjukkan IPU 150, ia bermakna bacaan sebenarnya ialah IPU 300. Bukankah itu satu keadaan yang membimbangkan kerana membahayakan kesihatan.
J: Maklumat mengenai penggunaan zarah terampai PM10 ini sudah diterangkan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Hamim Samuri dan Ketua Pengarah JAS Datuk Halimah Hassan. Pada pendapat saya, IPU yang digunakan oleh JAS menunjukkan petanda betapa kekeruhan udara semasa, dan JAS adalah telus serta terbuka dalam menyiarkan maklumat kualiti udara di laman sesawang mereka. Kita perlu memahami bahawa IPU dikeluarkan adalah bacaan purata yang dicerap dalam masa 24 jam. Pihak Singapura pula sejak 2014 baru menggunakan bacaan PM2.5 dalam pengukuran PSI. Manakala pihak BMKG Indonesia pula memaparkan nilai PM10 dalam laman sesawang mereka, yang menunjukkan nilai PM10 di Palangkaraya, di Kalimantan Tengah sebanyak 1165 mikrogram permeter padu pada jam 10 pagi, 1 Oktober lalu.
S: Adakah kaedah pembenihan awam mampu mengurangkan kadar jerebu ataupun ia juga banyak bergantung kepada kadar tiupan angin.
J: Pembenihan awan adalah langkah sementara dengan hujan yang terhasil membersihkan keadaan setempat buat sementara waktu. Asap yang berterusan dari kawasan terbakar yang dibawa oleh angin monsun akan mengembalikan keadaan berjerebu, melainkan sumber kebakaran itu dipadam. Kajian penyelidik UKM menunjukkan bahawa asap daripada kebakaran contohnya di Jambi, Sumatera boleh sampai ke barat Semenanjung Malaysia dalam tempoh 24 ke 36 jam bergantung kepada kelajuan angin pada waktu itu.
S: Bagaimana dengan hujan hasil pembenihan awam, adakah ia menghasilkan hujan asid yang boleh membahayakan kesihatan?
J: Jika dikaji daripada segi sains, pembakaran biojisim akan menghasilkan pelbagai gas selain penghasilan habuk, asap dan abu. Contohnya, sebahagian gas adalah seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan hidrokarbon. Nitrik oksida, serta asid formic dan asid asetik yang terhasil daripada pembakaran akan menghasilkan hujan asid. Bagaimanapun, hujan asid ini juga dialami di bandar sepanjang tahun akibat daripada pencemaran udara terutama daripada kenderaan bermotor dan industri yang dikaitkan dengan kehidupan moden.
S: Perbandingan dengan negara lain seperti Australia yang kerap mengalami kebakaran terbuka atau kebakaran hutan.
J: Purata hujan di Australia dianggarkan 530 milimeter (mm), iaitu jauh lebih rendah daripada Malaysia (2,600 mm setahun) atau Indonesia (2,700 mm setahun). Dalam keadaan El Nino, Australia juga mengalami keadaan kering terutama pada musim panas yang menyebabkan kerap terjadinya kebakaran terbuka terhadap pokok renek. Antara cara yang baik untuk menangani jerebu adalah tidak melakukan pembakaran seperti amalan zero burning atau pembakaran sifar. Jika tidak dapat dielakkan, jangan lakukan pembakaran yang meluas pada sesuatu masa atau melakukan pembakaran pada waktu malam kerana lazimnya angin adalah lebih lemah dan ini akan menyebabkan kejadian pewasapan di mana asap tidak boleh disebarkan dengan baik.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/86597

0 Komentar untuk " Henti pembakaran terbuka elak jerebu setiap tahun "