DALAM mengorak langkah semakin laju meniti pembangunan ke arah menjadi negara maju, Malaysia memerlukan pemangkin yang berupaya memacu kepesatan dan perkembangan beberapa elemen penting, khususnya dalam menguasai perdagangan serantau serta mengukuhkan hubungan diplomatik. Menetapkan sasaran pada tahun 2020, penjajaran aspirasi itu disokong menerusi pelaksanaan Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 8 Februari 1982. Susulan lawatan rasmi Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, ke Malaysia pada 25 Julai 2013, Dasar Pandang Ke Timur memasuki fasa baharu apabila Datuk Seri Najib Razak menggariskan penekanan terhadap enam bidang utama meliputi kepentingan pembangunan teknologi canggih dan kebajikan warga emas.
Ibarat gendang dipalu bersambut tari, gagasan itu pantas disahut institusi pengajian tinggi di Malaysia menerusi program mobiliti dan pertukaran pelajar dengan pelbagai universiti terkemuka di Jepun dan Korea Selatan. Sejak tahun 2011, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menerajui penyelidikan dalam beberapa bidang sains hayat seperti pertanian, penternakan, ekologi manusia, veterinar dan perhutanan, giat memperluaskan jaringan kerjasama dengan universiti di Jepun termasuk Institut Teknologi Kyushu (KYUTECH).
Gabungan kepakaran bidang kejuruteraan di KYUTECH dan sains hayat dari UPM membuka lembaran baharu pelbagai teknologi pertanian, selain penerapan budaya kerja yang digarap dari Negara Matahari Terbit, seiring matlamat gagasan Dasar Pandang Ke Timur. Memasuki siri ketiga, program mobiliti pelajar Kolej 13 UPM di KYUTECH terus melakar kecemerlangan dalam membentuk sahsiah pelajar mengikut acuan masyarakat Jepun, selain melebarkan skop penyelidikan beberapa fakulti yang berkaitan ke peringkat antarabangsa.
Pengisian program sepanjang 17 hari di KYUTECH yang terletak di daerah Fukuoka, bermula 1 September lalu memberi pelbagai pendedahan kepada 21 pelajar dan tiga pegawai UPM. Peluang itu dimanfaatkan sebaiknya untuk membongkar 'resipi kejayaan' masyarakat Jepun dalam menghasilkan teknologi canggih serta pembangunan mapan tanpa menjejaskan alam sekitar. Menelusuri era revolusi perindustrian di Kitakyushu, Fukuoka, lawatan ke Muzium Alam Sekitar di bandar berkenaan yang dibangunkan enam tahun lalu, mengubah tanggapan pelajar mengenai inti pati penjagaan alam sekitar dan bagaimana untuk menyemai kesedaran mengenainya dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Krisis pencemaran alam sekitar
Menerima jolokan sebagai 'Bandar Besi', Kitakyushu berdepan krisis pencemaran alam sekitar ketika era revolusi perindustrian pada tahun 1960, sehingga kawasan Teluk Dokai yang menjadi mata pencarian nelayan bertukar hitam akibat dipenuhi sisa kumbahan dan toksik dari kilang. Udara Kitakyushu ketika itu tercemar teruk dan mengandungi pelbagai partikel halus yang dialirkan menerusi corong kilang, manakala langit di sekitar kawasan berkenaan berubah warna bagaikan pelangi berikutan biasan cahaya matahari. Selama 11 tahun, penduduk Kitakyushu hidup bergelumang dengan asap tebal dan pencemaran air yang kritikal sehingga ramai kanak-kanak yang berulang-alik ke sekolah ketika itu mengalami simptom sesak pernafasan, selain radang paru-paru dan masalah kulit. Kesabaran penduduk Kitakyushu memuncak apabila sekumpulan wanita tampil membantah tindakan pengurusan kilang dan kawasan perlombongan yang mengetepikan kepentingan penjagaan alam sekitar demi meraih keuntungan, selain melaksana pembangunan tidak terkawal.
Bagaimanapun, matlamat untuk mengubah persekitaran bandar Kitakyushu oleh golongan ibu yang ketika itu diketuai Mouri Akiko, dilaksanakan secara diplomasi kerana suami mereka masih membanting tulang dengan bekerja di kawasan perlombongan dan kilang pemprosesan bijih besi. Setahun kemudian, perit jerih Akiko bersama penyokongnya membuahkan hasil apabila semua kilang yang beroperasi di Kitakyushu bersetuju menandatangani Perjanjian Menangani Pencemaran pada 1971, selain mematuhi garis panduan operasi perlombongan dan pemprosesan bijih besi tanpa menjejaskan alam sekitar.
Rentetan daripada sejarah yang dilakar Akiko, Kitakyushu kini dikenali sebagai peneraju bandar mesra alam sekitar dan menjadi pembekal utama penghasilan rel kereta api di seluruh Jepun yang menjangkau 80 peratus. Pengalaman peserta program mobiliti ketika mengunjungi Muzium Alam Sekitar Kitakyushu amat berharga, malah seharusnya meluaskan skop penyelidikan kumpulan penuntut UPM yang mencakupi kesinambungan antara pemuliharaan alam sekitar menerusi pembangunan mapan.
Lahirkan ramai pakar penyelidik
Menerusi Dasar Pandang Ke Timur, UPM sebagai hab yang melahirkan ramai pakar penyelidik dalam bidang pertanian, perhutanan dan penternakan, berupaya mengadaptasikan haluan pembangunan digunakan masyarakat Jepun untuk manfaat di Malaysia, khususnya menggunakan kelebihan teknologi bagi mengurangkan impak terhadap alam sekitar. Program mobiliti memerlukan peserta mencari titik proses asimilasi dengan masyarakat Jepun, terutama dalam menepati masa dan komited ketika melaksanakan tanggungjawab tanpa mengira skop pekerjaan.
Aspek itu dengan sendiri berupaya membentuk sahsiah generasi pelapis yang unggul, selaras matlamat digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Meskipun masa di perantauan terlalu singkat untuk peserta program mempelajari pelbagai perkara, simbiosis atau sentimen saling kebergantungan yang ditempa menerusi kerjasama antara KYUTECH dan UPM harus dilihat sebagai pelaburan jangka panjang yang memanfaatkan. Selain itu, ia juga berupaya memacu kualiti pendidikan, sekali gus melonjak kedudukan kedua-dua universiti dalam penarafan antarabangsa QS.
Berbaki empat tahun sebelum impian Wawasan 2020 terzahir sebagai realiti, Malaysia tinggal selangkah cuma dalam mengerah segala kudrat, membabitkan pelbagai pihak termasuk institusi pengajian tinggi selaku 'kilang' yang menghasilkan generasi pelapis. Dasar Pandang Ke Timur yang dibangunkan bersulam tekad, usaha dan perit jerih selama 33 tahun bakal menjadi antara penentu gahnya Malaysia untuk muncul sebagai negara maju tanpa mengetepikan khazanah alam kurniaan Ilahi.
Di sebalik tuntutan kemodenan, rantaian keakraban persahabatan antara manusia dan alam sekitar jangan sesekali diputuskan. Seharusnya kita berterima kasih kepada ingatan Ebiet G Ade dalam lagu Berita Kepada Kawan:
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/83188

0 Komentar untuk " Mengadaptasi haluan pembangunan masyarakat Jepun "