"Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin, dan tidak mulia orang yang engkau memusuhinya." Saban pagi doa qunut ini dibaca memberi penghayatan keindahan belas kasih yang Maha Kuasa dalam menentukan segala.
Sesungguhnya mulia dan hinanya seseorang hamba terletak pada reda Penciptanya. Jerebu di balik jendela lumrahnya menggusarkan jiwa, namun jerebu dosa terlalu jarang meresah rasa. Itu antara perkongsian Ustaz Mohd Meeftah Anuar menerusi Islam Itu Indah, Rabu lalu di IKIMfm.
Kata bijak pandai, dosa apabila sudah terlalu banyak, maka orang tidak perasan. Dosa diumpamakan seperti bau busuk apabila terlalu banyak dilakukan, ia akan lali dan tidak terasa kewujudan dosa itu. Ustaz menggambarkan situasi insan yang harinya bergelumang sampah.
Lali bau busuk, jerebu
Mereka sudah lali dengan bau busuk yang menusuk hidung sehingga tidak memberi sebarang kesan terhadap aktiviti harian berbanding individu yang tidak berada dalam situasi pekerjaan seumpama itu. Mereka akan menutup hidung melintasi kawasan pembuangan kerana bau busuknya.
Begitu juga bagi individu yang terbiasa tinggal atau bekerja dalam suasana berdebu, pasti jerebu tidak memberi implikasi teruk, tetapi yang alah dengan debu, kehadiran jerebu memberi kesan kepada tahap kesihatannya.
Mereka yang terbiasa melakukan dosa, serasa tiada perkara yang perlu dikhuatirkan, ia ibarat menghalau lalat yang hinggap di hidung. Berbeza hamba yang peka bahana dosa dilakukan, akan gentar dan bimbang dosa itu merosakkan amalan baiknya seperti gunung yang akan menghempap bahu.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Jika kamu menjauhkan dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)." (Surah an-Nisaa', ayat 31)
Itu tawaran daripada Allah SWT bagi hamba-Nya yang mampu mencegah diri daripada melakukan dosa. Allah SWT memberi jaminan penghapusan dosa yang lalu dan dimasukkan ke tempat mulia iaitu syurga. Tawaran hebat untuk semua tanpa mengira keperibadian dan sejarah silamnya.
Syaratnya, tidak melanggar sempadan yang telah Allah SWT tentukan. Setiap kisah tercatat dalam al-Quran hendaklah dihayati supaya kita melakukan perkara disukai serta menjauhi perbuatan dimurkai-Nya.
Dosa biasa membawa kepada kefakiran. Contohnya, penzina, pengamal rasuah, riba dan peminum arak berasa tidak cukup dengan apa yang ada dan takut kepada kemiskinan walau hidup dilimpahi kemewahan. Mereka fakir dari sudut ketenangan hati dan ketenteraman fikiran.
Punya harta untuk membeli makanan yang lazat tetapi tidak mampu menikmatinya kerana berpenyakit. Miliki harta yang banyak untuk membahagiakan keluarga, tetapi asbab dosa akhirnya membawa kepada perpecahan keluarga.
Tanpa disedari, kemungkaran yang dilakukan secara berleluasa akan mengakibatkan bencana dan malapetaka tidak berpenghujung. Jika menyedarinya pula, adakah bersedia untuk melakukan pembetulan demi menyelamatkan diri, masyarakat dan dunia daripada terkena musibah yang tidak terjangka?
Sudah menjadi kebiasaan, tatkala berlaku malapetaka, musibah dan bencana alam, ia dipandang dari sudut fizikal kejadian sahaja. Masyarakat sudah lali dengan suasana sehingga tidak menerobos maksud tersirat atas setiap kejadian. Jarang melihat setiap fenomena sebagai teguran daripada Allah SWT. Manusia alpa bahawa bencana akibat dosa itu boleh tiba tanpa mengira masa. Umpama kaum 'Ad yang ditimpa bencana ketika sedang berarak menuju syurga ciptaan raja mereka.
Bala terhadap kaum 'Ad, Sadom
Sehinggakan Rasulullah SAW dan sahabat menundukkan muka, takut untuk memandang langit serta melangkah pantas kala melalui lokasi kejadian. Sedangkan Rasulullah SAW dan sahabat berada jauh dari zaman Allah SWT menurunkan bala kepada kaum 'Ad dan kaum Sadom itu.
Baginda faham dan mengambil ibrah daripada peristiwa yang Allah SWT terangkan dalam firman yang bermaksud: "Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang yang terdahulu dari mereka? Orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang itu juga telah didatangi oleh rasulnya dengan membawa keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Sesudah dibinasakan di dunia maka akibat orang yang melakukan kejahatan itu ialah seburuk-buruk azab (di akhirat kelak), disebabkan mereka mendustakan ayat keterangan Allah dan sentiasa mempersendakannya." (Surah ar-Ruum, ayat 9-10)
Justeru, jadikanlah setiap musibah dan bencana yang berlaku sebagai suatu peringatan daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Jerebu, jika diteliti dari sudut ilmu alamnya ia akibat daripada pembakaran terbuka yang besar sehingga menyebabkan berlakunya jerebu.
Tetapi, jika di lihat daripada mata hati seperti firman-Nya yang bermaksud: "Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau (asap tebal) yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat)." (Surah ad-Dukhaan, ayat 10) Penulis ialah Penyampai dan Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/84077

0 Komentar untuk " Manusia lali diselimuti dosa, tetapi alah berdepan jerebu bina sikap, akhlak terpuji "