ENAM hari berturut-turut api menjulang membakar kota Rom. Kota yang menjadi kemegahan empayar selama berabad hangus dalam tragedi maha dahsyat pada tahun 64 Masihi. Semua orang kebingungan.
Mereka menuduh Kaisar Nero yang mengarahkan pembakaran dengan tujuan membesarkan lagi istana hingga ke tapak kota. Sebagai tindak balas, sang maharaja memerintahkan mereka yang menuduhnya ditangkap dan dilempar ke kandang serigala.
Sebilangan lagi disalib dan dibakar hidup-hidup. Nero menyasarkan golongan agama - pendeta dan penganut Kristian - yang menentang pemerintahannya.
Sedar dirinya jadi buruan, Petrus - seorang pendeta Kristian - cuba menyelinap keluar dari kota Rom. Di pertengahan jalan, dia bertemu Jesus yang ketika itu berlari berlawanan arah dengannya. Petrus bertanya kepada Jesus: "Quo vadis Domine? (Hendak ke mana 'tuhan'?"
Dijawab oleh Jesus, mahu masuk kota Rom untuk menyelamatkan penganutnya daripada kekejaman Nero. Mendengar itu, Petrus malu sendiri, lalu berpatah balik ke Rom di mana dia akhirnya mati dan disalib dengan kepala ke bawah.
Petrus dikatakan meminta untuk diperlakukan sedemikian - disalib dengan kepalanya ke bawah - kerana berasa dirinya begitu hina lantaran cuba melarikan diri daripada kekejaman Nero dengan membiarkan pengikutnya jadi mangsa.
Ketika api marak membakar kota Rom, Nero sebagaimana yang diriwayatkan oleh Stephen Dando-Collins dalam 'Nero’s Killing Machine: The True Story of Rome’s Remarkable 14th Legion' dikatakan berada di luar kota untuk berhibur.
Hanya setelah kebakaran reda, barulah dia kembali dan mengatur bantuan kepada rakyatnya. Ini menunjukkan gelagat hipokrasi seseorang pemerintah yang kejam - sebelah tangan menyuap rakyatnya dengan makanan manakala sebelah lagi menzalimi mereka untuk kepentingan diri - bukan perkara baharu dalam kamus pemerintahan dunia.
Kota Rom kemudian dibina semula. Istana Nero yang dikenali sebagai 'Golden House' turut ditambah luas menempati sebahagian besar ruang ibu kota yang musnah, dihiasi dengan taman dan bangunan yang indah tiada bandingnya.
Nero memang mahu membesarkan istananya. Apabila kehendaknya dibantah, dia menjadikan mereka yang menentang sebagai kambing hitam pada masa yang sama cuba mengambil hati yang lain dengan kepura-puraan usaha membantu mereka.
Nero, kaisar Rom antara tahun 54 hingga 68 Masihi adalah contoh pemerintah paling kejam dalam sejarah dunia. Hingga hari ini, dia dibenci oleh penganut Kristian kerana dianggap tokoh anti Christ yang pertama.
Ketika kemuncak kekejamannya, dua pendeta, Petrus dan Paulus yang bertaraf nabi bagi penganut Kristian dibunuh.
Empayar Rom atau Imperium Romanorum adalah kuasa paling kuat pernah ada dalam sejarah dunia. Pada zaman kegemilangannya, keluasan Rom menjangka 5,900, 000 kilometer persegi. Kaisarnya yang paling terkenal ialah Julius. Tetapi yang tidak kurang terkenal - disebabkan kekejamannya - ialah Nero.
Nero adalah kaisar terakhir dinasti Julian - Claudian yang diasaskan Julius setelah melakukan kudeta terhadap pemerintahan Republik pada tahun 27 Sebelum Masihi.
Lahirnya Nero adalah daripada kezaliman, seluruh hidupnya juga diselubungi kezaliman. Dia lahir daripada hubungan terlarang Kaisar Claudius dengan Agrippa, seorang wanita tamak kuasa.
Agrippa menuntut Claudius beri jaminan akan menaikkan Nero ke takhta setelah kemangkatannya walhal Claudius mempunyai beberapa isteri rasmi yang lain, juga pewaris takhta yang lebih layak.
Marah tuntutannya tidak dipedulikan, Agrippa meracun sang kaisar hingga mati. Dia kemudian menaikkan Nero ke tampuk kuasa ketika anaknya baru sahaja berusia 16 tahun untuk menjadi kaisar termuda dalam sejarah Rom.
Semasa memerintah, Nero bagaimanapun tidak mesra dengan ibunya. Suatu hari, dia memperdaya ibunya menaiki sampan yang dibocorkan. Apabila sampan itu karam, Agrippa cuba berenang ke pantai namun dia tidak sedar, di pantai sudah ada orang yang menunggu untuk membunuhnya atas perintah anaknya sendiri.
Akhirnya pada tahun 68 Masihi, kerajaan Nero dijatuhkan sekali gus mengakhiri kuasa dinasti Julian - Claudian selama 95 tahun. Nero sendiri akhirnya mati bunuh diri pada usia 30 tahun.
Mengikut legenda 'Nero Redivivus' Nero kononnya akan kembali pada suatu masa dan mendapat tampuk kekuasaan di Timur. Bagi orang Kristian, kod 666 yang dianggap sebagai kod binatang atau number of the beast, juga dikaitkan dengan Nero.
Ini kerana dalam bahasa Hebrew, nilai angka bagi huruf yang mengeja nama Kaisar Nero - NRWN QSR - adalah 666. Maka 666 juga dianggap simbol atau nombor syaitan.

0 Komentar untuk " Kekejaman Nero "