Duduk lama bawa risiko penyakit - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Duduk lama bawa risiko penyakit

"SAKITNYA belakang aku. Dah lebih seminggu sakit ni tak hilang-hilang. Berurut pun masih sakit," kata Suhana sambil tangannya menekan di bahagian belakang pinggang.

"Aku pun sejak duduk di pejabat, rasa bertambah berat badan. Baru-baru ini, aku buat pemeriksaan kesihatan di klinik. Baru aku sedar ada kolesterol dan gula dalam badan tinggi," ujar Nora berkongsi masalah kesihatan dengan temannya.

Kebanyakan golongan pekerja mengeluh apabila mengalami penyakit tanpa mereka sedar untuk jangka panjang. Ada yang beranggapan penyakit tersebut dikaitkan dengan faktor keturunan dan usia yang semakin meningkat.

Pepatah yang menyebut mencegah lebih baik daripada mengubati, sudah sekian lama didendangkan daripada generasi kepada generasi sebagai saranan pentingnya menjaga kesihatan. Namun nasihat tersebut mungkin tenggelam ditelan arus kemodenan di negara ini.

Persepsi mengatakan "aku sihat" menyebabkan ramai mengambil mudah terhadap gaya hidup mereka.Apatah lagi mereka yang bekerja di pejabat yang berhawa dingin. Cukup masa, keluar rehat untuk makan dan kembali duduk di meja tanpa banyak aktiviti.

Keadaan fizikal yang tidak aktif ini juga berlaku di semua peringkat dan bidang pekerjaan seperti pemandu, pengawal keselamatan, penjaga tiket parkir sehinggalah mereka berjawatan tinggi di syarikat.

Tahukah anda risiko di sebalik duduk lama di tempat kerja? Dalam isu WOW kali ini mengupas tajuk "Duduk lama bawa penyakit". Pakar Perubatan Keluarga, Ketua Pusat Pemeriksaan Kesihatan, Hospital Beacon, Dr Raja Ahmad Shaharul Raja Abdul Malek berkongsi maklumat mengenai kesan buruk akibat duduk terlalu lama di tempat kerja dari segi kesihatan.

Isu ini turut mengetengahkan syarikat antarabangsa, Google yang boleh dijadikan contoh bagi menyediakan tempat terbaik untuk pekerja. Ikuti perkongsiannya dengan Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof.

0 Komentar untuk " Duduk lama bawa risiko penyakit "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ