MALAYSIA begitu kaya dengan pelbagai khazanah alam yang nilainya sangat tinggi terutamanya untuk kesihatan badan.
Industri herba mempunyai potensi besar untuk menjana ekonomi negara sekaligus menjadikan Malaysia mampu bersaing dengan negara luar sebagai pengeluar produk herba.
Menerusi portal rasmi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), industri itu dikenalpasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi negara.
Inisiatif tersebut merupakan projek permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pertanian dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP). Bagi menyelaras dan memantau keberkesanan pelaksanaan EPP1 High Value Herbal Products, Subkumpulan Herba ditubuhkan di bawah MOA.
Pada masa sama, syarikat-syarikat terlibat dalam industri herba dipelawa turut serta melaksanakan inisiatif NKEA Pertanian bagi Subsektor Herba.
Menurut sumber, terdapat 215,000 jenis tumbuh-tumbuhan di negara ini. Daripada jumlah itu, 3,000 tumbuhan sesuai untuk perubatan. Namun, hanya 50 hingga 100 tumbuhan antaranya tongkat ali, misai kucing dan pegaga yang digunakan untuk dijadikan pelbagai produk.
Produk tempatan terima permintaan tinggi
Syarikat penganjuran pameran Herbal Asia yang akan diadakan kali ke-9 di negara ini, Gitex Global Exhibition Services memperkenalkan pelbagai herba tempatan ke mata dunia.
Pameran yang akan berlangsung pada 1 hingga 3 Oktober depan menyasarkan RM5 juta kutipan hasil jualan produk herba.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Safinah Yaakob berkata pameran tersebut disertai seramai 400 pempamer dalam dan luar negara bagi memperkenalkan produk masing-masing.
Pameran yang bertempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Matrade (MECC) itu bakal menarik seramai 10,000 pengunjung sepanjang program itu berlangsung.
“Herba tempatan seperti roselle, tongkat ali, misai kucing, kacip fatimah dan sebagainya mendapat permintaan tinggi daripada negara Timur Tengah.
“Bahkan produk-produk herba tempatan turut menerima maklum balas positif lantaran khasiat yang terkandung dalam herba ini,” katanya.
Menurutnya, kegunaan herba tersebut bukan sahaja digunakan untuk industri makanan dan minuman sahaja seperti kebiasaannya.
Namun, dia berkata herba turut digunakan dalam industri pelancongan, perhotelan, kecantikan, kesihatan dan banyak lagi.
Katanya, jika dahulu herba lebih dikenali sebagai ulam-ulaman seperti pegaga, mengkudu, pucuk gajus dan jering.
“Kini herba sebegini banyak dikomersialkan sebagai produk kesihatan dan kecantikan kerana punyai khasiat tinggi,” katanya.
Safinah berharap, dengan adanya pameran ini, permintaan dan eksport herba meningkat, sekaligus bantu pertumbuhan ekonomi negara.
Fama bantu usahawan herba
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) antara pihak yang bertanggungjawab dalam pemantauan berkaitan herba di negara ini.
Selaku pihak berwajib, mereka memainkan peranan penting dalam memastikan usahawan atau individu yang terlibat dengan industri herba mendapat bimbingan betul.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Fama, Sharifah Hashim berkata, usahawan di bawah bimbingan Fama yang terlibat dengan pengeluaran produk berasaskan herba seramai 350 orang.
“Terdapat banyak produk yang dikeluarkan usahawan tempatan berdasarkan permintaan dan kehendak pasaran sekarang.
“Antara herba popular seperti buah tunjuk langit, pegaga, durian belanda, mas cotek, misai kucing dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata, antara kategori produk herba yang menjadi pilihan usahawan adalah makanan dan minuman seperti makanan tambahan, produk kesihatan dan bahan perisa melibatkan 128 usahawan.
“Manakala seramai 137 usahawan terlibat dengan ubatan tradisional seperti minyak kelapa dara, tongkat Ali dan janggut Adam.
“Bagi kategori penjagaan diri pula, hanya 80 usahawan terlibat dalam produk seperti syampu, sabun, penjagaan kulit serta lima usahawan terlibat dengan produk wangian,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata pelbagai program dianjurkan Fama dalam membantu usahawan industri herba.
Sharifah berkata, pihaknya mengadakan pameran perdagangan dengan membiayai sebahagian kos penyertaan.
“Kami juga mempromosi produk usahawan di karnival dengan pelbagai penganjuran.
“Usaha lain adalah nasihati keperluan maklumat pelabelan supaya menambah baik reka bentuk pembungkusan,” katanya.
Rawatan alternatif
Buah tunjuk langit sangat dikenali di kalangan orang kampung untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.
Walaupun rasanya sangat pahit apabila dikunyah begitu sahaja, namun khasiat buah tersebut begitu tinggi terutamanya penyakit darah tinggi dan gout.
Dengan teknologi terkini dan kajian para saintis antarabangsa, pelbagai kelebihan berjaya ditemui daripada buah ini.
Sekaligus, ia menjadikan salah satu produk alternatif dalam bidang kesihatan dan mampu dikomersialkan di pasaran luar.
Salah satu syarikat yang menjadikan buah itu sebagai formulasi dalam produk kesihatan mereka adalah Tyzo Sdn Bhd yang di asaskan dua anak muda, Dr Mohd Faizal Wahidil dan Tuah Zorqarnain (Tyzo) Idris beberapa tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Faizal berkata, produk tersebut diusahakan bermula apabila salah seorang ahli keluarga mengidap penyakit kencing manis.
“Pada mulanya, mereka menggunakan buah ini sebagai salah satu rawatan alternatif untuk mengubati penyakit itu.
“Selepas beberapa lama mengamalkan memakan buah ini, perubahan drastik dapat dilihat apabila bacaan gula dalam darah menurun,” katanya.
Dari situ, idea tersebut timbul untuk mengkomersialkan buah tunjuk langit ke pasaran tempatan dalam bentuk minuman dan kapsul.
Ternyata, idea tersebut membawa satu anjakan kepada mereka berdua apabila produk mereka menerima sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat.
“Walaupun di awal penubuhan syarikat ini, produk kami kurang dikenali dan pernah ditipu oleh syarikat pembungkusan, namun kami tidak mengalah.
“Selepas menerima bimbingan daripada Technology Park Malaysia (TPM) Corporation Sdn Bhd yang berada di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, produk kami semakin dikenali ramai,” katanya.
Menurut Mohd Faizal, dengan kecanggihan teknologi terkini, khasiat yang terkandung dalam buat tersebut dapat dikekalkan meskipun ia diolah dalam bentuk serbuk minuman dan kapsul ubat.
“Apa yang kami tonjolkan dalam produk ini adalah berbeza daripada ekstrak atau pati kerana mengekalkan keaslian buah tunjuk langit.
“Istimewanya, pengguna dapat menikmati khasiat ini dalam tiga perisa seperti coklat, kopi dan teh,” katanya.
Katanya, penghasilan tiga perasa berbeza adalah mengikut kesukaan masing-masing kerana bukan semua menggemari satu perasa sahaja.
Buah anti kanser
Sementara itu, pengasas Annona Coffee, Fadzlaini Ibrahim,32, pula menggunakan durian belanda sebagai bahan utama untuk produknya.
Bukan sahaja menggunakan buah durian sebagai serbuk kopi, puri, kapsul dan minuman, Fadzlaini turut menggunakan daun buah tersebut sebagai teh.
Menurutnya, buah yang dahulunya hanya dimakan kerana isinya manis kini dikomersialkan sebagai anti kanser.
Katanya, ramai yang tidak mengetahui bahawa daun dan buah durian belanda mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional mahupun moden.
“Penglibatan dalam industri herba ini adalah secara tidak langsung setelah bekerja bersama program TV, Agrotek.
“Dari sana, saya melihat potensi herba yang tidak ramai ketahui seperti daun dan buah durian belanda,” katanya.
Menurutnya, khasiat yang terdapat dalam kedua elemen tersebut tidak perlu disangkal lagi kerana ianya semakin mendapat perhatian ramai.
“Bezanya, saya mengeksperimenkan sendiri buah ini menjadi bentuk berbeza seperti minuman, kapsul dan puri.
“Bahkan saya tidak mencampurkan bahan lain bagi meningkatkan kuantiti namun mengurangkan kualiti produk,” katanya.
Demi menjaga kualiti dan khasiat produknya, dia sangat menitik beratkan mutu agar tidak memberikan kesan negatif kepada pengguna, sebaliknya membantu memulihkan semula kesihatan mereka.
“Saya sendiri mencuba produk ini sebelum ia dipasarkan, nyata ia berkesan terutamanya bagi saya yang ingin menguruskan badan.
“Produk ini membantu mencuci sistem pencernaan agar tiada penghalang atau benda asing berada dalam usus manusia,” katanya.

0 Komentar untuk " Potensi produk herba tempatan "