KOREA Selatan menawarkan destinasi baharu yang bakal menjadi pengalaman melancong yang tidak dapat dilupakan oleh pelancong Malaysia, kata Pertubuhan Pelancongan Korea (KTO), Park Chul Yhun.
Beliau berkata destinasi baharu dan acara yang ditawarkan termasuk Perkampungan Budaya Gamcheon, di Busan, Festival Bunga Api Busan (dari 23 hingga 24 Oktober 2015) dan Festival Filem Antarabangsa Busan(dari 1 hingga 10 Oktober 2015) yang akan membuatkan pelancong teruja.
"Selain daripada itu, kami juga menawarkan program pandu-sendiri Pulau Jeju untuk pelancong melihat banyak kampung-kampung di sekitar pulau itu," katanya semasa sidang akhbar bersama Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) serta KTO, di sini hari ini.
Turut hadir, Presiden Matta Hamzah Rahmat dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Phua Tai Neng.
Park berkata 270,000 pelancong Malaysia dijangka melawat Korea Selatan tahun ini berbanding 244,520 tahun lepas.
Beliau berkata pelancong beragama Islam boleh menikmati makanan Korea tanpa ragu kerana terdapat beberapa restoran Muslim di sekitar Pulau Jeju yang menyajikan makanan laut.
KTO akan menyertai Matta Fair yang akan datang dari 4 hingga 6 September ini di Pusat Dagangan Dunia Putra dengan 24 gerai beserta persembahan yang menarik dan menyediakan peluang kepada rakyat Malaysia untuk bertemu bintang Korea Selatan yang popular, katanya.
Sementara itu, Hamzah berkata warga Malaysia yang terpaksa ke luar negara terutamanya dalam keadaan ringgit yang lemah perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk wang yang mencukupi.- Bernama

0 Komentar untuk " Korea Selatan tawar destinasi baharu "