Jangan sekat kreativiti anak - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Jangan sekat kreativiti anak

'TIDAK boleh main hujan,' atau 'tidak boleh membela kucing.' Sekiranya anda ibu, lebih banyak berkata 'tidak' untuk permintaan anak, secara tidak langsung anda sebenarnya menyekat kreativiti anak yang pada hakikatnya suka meneroka. Tanpa disedari, perkataan 'mudah' seumpama itu boleh melunturkan nilai murni dalam diri anak. Anda mungkin tidak sedar, lantaran sibuk dengan urusan keluarga dan kerjaya. Hal ini diakui dua ibu, Low Ngai Yuen dan Aliza Yasmin Yahya yang lebih banyak berkata 'tidak' terhadap permintaan anak mereka.

"Salah satu permintaan yang terpaksa saya akur semasa eksperimen ini adalah untuk membenarkan semua anak-anak saya bermain dalam hujan dengan matlamat untuk menangani masalah anak perempuan saya, Zi Yi, yang takutkan air. Ia ternyata menjadi satu pengalaman yang benar-benar menyeronokkan bagi anak-anak, termasuk saya, walaupun saya terpaksa melengkapkan mereka dengan baju hujan, melindungi mereka dengan payung dan memandikan mereka dengan air panas! Kini Zi Yi sudah tidak takut apabila terkena air pada mukanya," jelas Low. Beliau berkongsi cerita itu pada majlis Terokai Pengalaman Yang Menakjubkan Bersama Friso Gold(TM) yang diadakan di ibu negara, baru-baru ini. Yang hadir sama, Pengurus Pemasaran Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia), Wong Vai Chi dan Perunding Pediatrik, Dr Khoo Phaik Choo.


IBU bapa perlu bantu, beri peluang permata hati terokai dunia sekeliling.

Bantu terokai dunia 

Aliza Yasmin yang lebih senang dikenali sebagai Liz dan Low terbabit dalam YES Experiment, salah satu promosi dimuatkan dalam Kempen Terokai Pengalaman Yang Menakjub­­kan Bersama Friso Gold(TM). Menerusi YES Experiment, kedua-dua wanita terbabit dirakam dalam bentuk video, menunjukkan bagaimana pengalaman boleh membantu ibu dan anak untuk bersama-sama menerokai dunia dan mengeratkan lagi hubungan antara mereka. Dalam YES Experiment, mereka berdua harus bersetuju dengan permintaan munasabah daripada anak selama lima minggu berturut-turut, termasuk impian anak memelihara haiwan peliharaan.

Liz seorang jurutera dan penulis blog serta ibu kepada dua cahaya mata berusia enam dan dua tahun, mengakui terlalu mengawal anak. Anak lelaki sulungnya, Aiden Irfan Ahmad Siddiq, 6, tidak pernah dibenarkan memelihara haiwan peliharaan kerana bimbang dengan kebersihan dan kesihatannya. "Bagaimanapun, apabila saya mendapatkannya seekor arnab, beliau mengejutkan saya dengan menunjukkan dia adalah seorang anak yang bertanggungjawab. Ini membuktikan, dengan hanya berkata 'ya', beliau memberi pengalaman yang bermakna buat kami dalam memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri," katanya.


IBU bapa tidak perlu bimbang jika anak jatuh sakit sewaktu menikmati pengalaman di luar kerana ia akan mengukuhkan daya tahan mereka.

Beri galakan 

Sementara itu, Dr Khoo berkata, sekiranya terlalu kerap berkata 'tidak' kepada anak kerana halangan faktor kebersihan atau kesihatan, ia sebenarnya boleh menghalang si kecil daripada meneroka persekitaran atau mungkin terlalu bergantung kepada ibu bapa, selain menunjukkan sikap negatif. "Ibu bapa harus menggalakkan anak mereka belajar dan berkembang menerusi penemuan serta pengalaman di sekeliling dunia mereka, terutama di luar rumah. "Ibu bapa tidak perlu bimbang jika anak jatuh sakit sewaktu menikmati pengalaman di luar kerana ia akan mengukuhkan daya tahan mereka. Ini kerana 80 peratus daripada imuniti terletak pada sistem pencernaan.

"Menguatkan sistem penghadaman adalah perlindungan yang terbaik daripada jangkitan," katanya. Dr Khoo berkata, bermain boleh ditakrifkan sebagai cara kanak-kanak belajar tanpa diajar oleh orang dewasa melalui pengembaraan dan pengalaman yang membabitkan komponen fizikal, kognitif dan sosial secara spontan. "Sebaiknya, ibu bapa perlu mengambil manfaat pengalaman menyeronokkan bersama si kecil dan teknik keibubapaan secara positif dengan meluangkan masa berkualiti melakukan aktiviti bersama-sama anak," katanya.


SELAIN tidak mengandungi sukrosa, Friso Gold(TM) dilengkap dengan Frisosheild(TM).

Kebaikan nutrien semula jadi untuk si manja 

Rumusan Susu Tepung untuk Kanak-Kanak Friso Gold(TM) mampu membantu tumbesaran kanak-kanak menerusi nutrisi dan kebaikan yang terkandung di dalamnya. Ia turut memberi kebaikan untuk si manja agar membesar dengan lebih sihat dan kuat.   Susu yang diimport dari Holland itu melalui proses unik (Single Manufacturing Process). Bagi mengekalkan nutrien semula jadi, susu itu dirumus melalui pendedahan kepada haba minimal semasa pemprosesan. Hasilnya, nutrien dalam susu itu dapat dikekalkan dan mudah dihadam oleh kanak-kanak.    Selain tidak mengandungi sukrosa, Friso Gold(TM) dilengkap dengan Frisosheild(TM) iaitu kombinasi nutrien seperti Vitamin B6 dan C, Selenium, GOS, Zink dan DHA yang penting untuk ketahanan semula jadi kanak-kanak.

Jalankan kempen 

Friso Gold(TM) kini menjalankan kempen Terokai Pengalaman Yang Menakjubkan. Menerusi kempen itu, Friso Gold(TM) menyarankan beberapa idea mudah bagi membantu ibu mengukuhkan ikatan mereka bersama anak melalui pengalaman bermain di perkarangan rumah.   Antara cadangan yang boleh diaplikasikan di rumah adalah letakkan tin kosong, kotak, meja dan kerusi di halaman rumah dan gunakan sebagai alat muzik untuk mengiringi anda menyanyi bersama si manja. Anda juga boleh mengajak jiran turut serta.   Selain itu, aktiviti seronok seperti berkhemah juga boleh dilakukan bersama. Bentangkan tikar di atas rumput dan pasangkan khemah dengan menggunakan  cadar atau selimut lama di antara dua kerusi sebagai bumbung khemah. Bawa sekali kusyen dan mainan supaya anda dapat bermain serta bermesra.      Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang www.frisogold.com.my/yestoexperiences .

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/77662
0 Komentar untuk " Jangan sekat kreativiti anak "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ