HEBOH dikatakan di sosial media bahawa Ustazah Fatimah Syarha dalam rancangan Fiqh Wanita di TV3 Jumaat lalu telah mengeluarkan kenyataan bahawa bayi yang disusukan dengan susu lembu berbanding susu ibu akan mewarisi sifat lembu kerana DNA lembu akan menjadi darah daging bayi itu!
Kalau benar seorang ustazah yang berkata demikian, maka persoalannya bukan sama ada kenyataannya adalah mitos atau tidak, tetapi adakah mindset mitos seperti ini tersebar luas dalam budaya dan pendidikan agama kita?
Ahli-ahli hadis juga telah menolak hadis-hadis yang diriwayatkan oleh golongan yang bernama ‘qusas’ iaitu para tukang cerita yang mendapat upah menghiburkan orang ramai dengan cerita-cerita agama. Mungkin ada dalam kalangan ‘ustaz-ustaz’ kita sebenarnya adalah 'tukang cerita', pandai lawak jenaka dengan mitos-mitos agama. Mereka ini bukan ulama sebenarnya.
Contohnya, Mufti Perlis, Dr Maza telah pun mengkritik mitos yang tersebar luas bahawa roh Nabi SAW sering hadir pada majlis selawat sehingga ada yang siap melambai-lambai tangan kepada Nabi SAW yang kononnya muncul. Para tukang cerita ini sangat diterima oleh masyarakat umum. Ribuan akan hadir ke majlis selawat mereka.
Pada masa sama, Astro Celestial Classic juga menyiarkan filem tentang mitos Buddhisma bahawa di syurga dan neraka juga ada konspirasi rasuah. Kalau tak mampu bagi rasuah, sudah tentu akan dicampakkan ke neraka!
Pada kurun ke-16, gereja katolik telah memberi amaran bahawa semua penganut wajib beriman kepada teori geocentric iaitu bumi berada di tengah cakerawala dan mataharilah yang mengelilingi bumi. Seorang saintis yang bernama Galileo telah dihukum penjara sampai mati kerana penyelidikan sainsnya mendapati sebenarnya matahari yang berada di tengah cakerawala, bukan bumi.
Apakah impak mindset mitos ini kepada umat?
Umat akan menganggap bahawa Islam tidak menggalakkan pemikiran kritis. Silibus-silibus agama hanya sekadar ‘motivasi’ kerohanian, bukan mengasah minda supaya bersifat ilmiah dan tidak taksub kepada syeikh, parti, ideologi, mazhab, adat.
Kita lihat banyak rancangan realiti TV seperti Imam Muda, Pencetus Ummah, Da’i Millenia. Tetapi sejauh manakah rancangan-rancangan ini mendidik umat berfikir kritis terhadap isu-isu utama yang melanda negara? Atau sekadar melahirkan para tukang cerita yang hanya mampu memberi motivasi rohani dengan mitos-mitos agama?
Saya ingin melihat Imam Muda, atau PU yang dilahirkan oleh rancangan-rancangan ini berlawan hujah secara ilmiah dan kritis dengan pemikir-pemikir multikultural. Bagaimana menjadi PENCETUS ummah kalau sekadar bercerita depan penonton-penonton pasif monokultural?
Kita lihat bagaimana parti-parti politik yang dipimpin oleh umat Islam berpecah-belah. Baiah talak tiga tidak mampu satukan ahli-ahli Pas. Pemecatan tidak mampu satukan ahli-ahli Umno.
Bahkan nilai mata wang negara semakin jatuh menjunam. Apatah lagi dakwah kita!
Adakah mindset mitos mampu bukan sekadar menyelamatkan kita tetapi memperkasakan umat kita sehingga menjadi khairu ummah (umat terbaik)?
Datuk Ambiga (Bersih) mengatakan bahawa Malaysia menuju ke arah ‘failed state’. Dr Mujahid (GHB) tidak setuju dengan Ambiga. Beliau mengatakan Malaysia sedang menuju ke arah dictatorship. Saya tidak setuju dengan kedua-dua mereka!
Kerana umat Islamlah yang memegang tampuk pemerintahan selama lebih 57 tahun, saya lebih khusus merujuk kepada umat Islam, bukan negara Malaysia. Bagi saya, umat Islam sedang menuju ke arah menjadi “ummah agresif-regresif”.
Agresif kerana penyalahgunaan kuasa untuk meneruskan kuasa. Makan rasuah bukan najis mughallazah! Bahkan, fardu! Juga, semangat amuk yang bersifat rasis, bukan untuk membela kebenaran.
Regresif kerana mindset mitos makin melanda umat yang lesu sehingga umat tidak mampu membezakan antara ilmuwan agama dan tukang cerita. Parti-parti politik melalaikan umat dengan ancaman baiah talak tiga, ancaman pemecatan, ancaman bahawa Kristian-Yahudi akan menang kalau tak sokong parti kami. Kesemua ancaman ini hanya ‘melembukan’ umat kita kerana hasilnya ialah Kamu Tidak Perlu Berfikir, Biar Parti Fikir Untuk Kamu!
Kalau bukan susu lembu yang melembukan bayi, apa yang melembukannya sehingga dewasa?
* Abdul Naser Tun Rahman Ketua Biro Pendidikan, Macma

0 Komentar untuk " Bagaimana bayi 'dilembukan'? "