PROTECH Nutrition Sdn Bhd (Protech Nutrition), berjaya menjual 2,400 kotak jus pelangsing Caboless, keluarannya sejak dilancarkan pertengahan Februari lalu.
Pengurus Pemasarannya, Norazurah Tongpang berkata, sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan di luar sana dilihat mampu membantu syarikat tersebut mencapai sasaran jualan mereka.
"Kami menyasarkan jualan Caboless kira-kira RM250,000 setiap bulan bermula tahun depan berbanding RM60,000 sebulan masa kini.
"Saya yakin syarikat mampu mencapai sasaran tersebut memandangkan kelebihan Caboless sebagai jus minuman pelangsing pertama menggunakan kacang ginjal putih sebagai ramuan utama di negara ini," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Norazurah, Caboless merupakan jus minuman kesihatan yang membantu individu mengurangkan berat badan tanpa menahan selera makan melalui penggunaan ekstrak semula jadi iaitu kacang ginjal putih yang berperanan menyerap kanji dalam setiap makanan yang diambil.
"Protech Nutrition juga sedang giat meningkatkan aktiviti promosi Caboless melalui media elektronik, cetak dan sosial sepanjang tahun ini.
"Kami menjangkakan ia akan membantu usaha syarikat dalam mencapai sasaran jualan 3,000 kotak sebulan bermula pada tahun depan," katanya.
Norazah berkata, syarikatnya juga turut merancang untuk meluaskan rangkaian pengedarannya pada tahun ini terutamanya menambah bilangan pemborong dan stokis di seluruh negara.
“Buat masa ini, kami mempunyai 15 stokis dam lima pemborong seluruh negara dalam memasarkan Caboless. Kami juga menyasarkan 50 stokis dan pemborong bakal dilantik menjelang hujung tahun ini.
"Protech Nutrition juga mengalu-alukan penyertaan daripada orang ramai yang berminat menjadi stokis dan pemborong dengan pulangan keuntungan 40 peratus,” katanya.
Norazah memberitahu, buat masa ini, syarikatnya lebih memberi tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan Caboless dalam pasaran tempatan sebelum menerokai pasaran Timur Tengah, tahun depan.

0 Komentar untuk " 2,400 kotak Caboless berjaya dijual "