Sambung belajar tingkat kemahiran bidang kerjaya - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Sambung belajar tingkat kemahiran bidang kerjaya

SEORANG daripada tiga rakyat Malaysia mempunyai cita-cita untuk meningkatkan kemahiran mereka melalui kelayakan akademik yang baharu dalam tempoh lima tahun atas beberapa faktor.

Menurut kajian terbaharu Inti International University & Colleges (Inti), mengenai golongan profesional di negara ini, persaingan global yang semakin meningkat serta tekanan pekerjaan merupakan faktor utama mendorong mereka meningkatkan kelayakan profesional dan peribadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Inti, Rohit Sharma berkata, adalah penting mempercepatkan pembangunan modal insan dalam transformasi negara ke arah negara berpendapatan tinggi dan ekonomi berasaskan pengetahuan pada 2020.

“Oleh itu, kami di Inti, menjalankan kajian tersebut bagi memahami golongan profesional dengan lebih mendalam supaya dapat menyediakan dasar pembangunan yang diperlukan untuk menyokong matlamat negara.

“Kaji selidik ini lebih tertumpu kepada tingkah laku, aspirasi serta cabaran yang dihadapi golongan profesional dalam negara bagi memahami mereka,” katanya melalui satu kenyataan media.
Jeasnya, responden kajian sedar mereka perlu meningkatkan kemahiran diri dengan 60 peratus yang disoal punya hasrat melanjutkan pelajaran.

“Mereka mempunyai hasrat untuk melanjutkan pelajaran bagi mencapai prospek kenaikan pangkat lebih cerah, mendapat pekerjaan dengan gaji lebih tinggi dan juga yang diimpikan.

“Terdapat juga responden mengatakan kos melanjutkan pelajaran semakin tinggi dan tiada masa terluang kerana komitmen kepada keluarga merupakan antara halangan besar untuk menyambung pelajaran,” katanya.

0 Komentar untuk " Sambung belajar tingkat kemahiran bidang kerjaya "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ