SYARIKAT Ana Edar Sdn Bhd melancarkan produk baharu Gojes by Qaseh Gold, sesuai untuk mereka yang mengambil berat kesihatan dan kecantikan dalaman.
Pengarah Urusannya, Hasniza Hassan berkata, produk baharu menggunakan ekstrak bunga sakura dan astaxanthin merupakan bahan botani eksklusif.
“Gojes membawa maksud cantik dan menawan, ia juga merupakan misi kami supaya pelanggan kami sentiasa kelihatan menawan dengan pengambilan produk ini.
“Selain dua bahan asas itu, produk ini mengandungi pelbagai bahan seperti kurma, delima, madu ceri, argan dan garam bukit," katanya ketika pelancaran produk itu, baru-baru ini.
Hasniza berkata, pihaknya mementingkan formulasi bahan yang berlandaskan sunnah dan syariah Islam dalam setiap produknya.
Katanya, Gojes sesuai diamalkan kepada mereka yang mengalami masalah kulit kerana ia mampu menganjalkan dan menyerikan kulit wajah pengguna.
"Setiap insan mengimpikan wajah yang berseri dan kulit sihat agar dapat beri keyakinan dalam kehidupan mereka.
"Namun sekiranya mereka tersalah pilih produk, masalah kulit yang dihadapi mungkin bertambah teruk," katanya.
Sementara itu, Pengurus Pemasaran Negeri Selangor, Zalina Zulkapli berjaya menjual 2,121 kotak Gojes selepas ia dilancarkan.
Katanya, melihatkan perkembangan tersebut dia percaya dapat melipat ganda jumlah jualan sepanjang tahun ini.
"Kami berhasrat untuk gandakan lagi jualan supaya produk tempatan seperti Qaseh Gold terus berkembang setanding dengan produk antarabangsa.
"Produk ini sesuai digunakan oleh wanita dan juga lelaki yang sangat mementingkan kesihatan dalaman dan luaran," katanya.
Selepas hampir sebulan produk tersebut dilancarkan di pasaran, dia percaya permintaan akan meningkat seperti produk-produk Qaseh Gold sebelum ini.
Katanya, walaupun jualan dijalankan secara langsung namun permintaan sentiasa ada dan ejen jualan semakin bertambah dari hari ke hari.
"Saya percaya jualan di Selangor akan mencecah puluhan ribu botol di penghujung tahun ini.
"Misi yang kami pegang adalah untuk memperkenalkan produk-produk yang berlandaskan syariah Islam ke serata dunia," katanya.
Dia berkata, harga yang ditawarkan RM140 adalah sangat berpatutan dengan khasiat yang terkandung dalam produk tersebut.
Harapannya, bukan sahaja produk Gojes mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Islam bahkan kaum-kaum lain yang terdapat di negara ini.

0 Komentar untuk " Qaseh Gold Gojes guna ekstrak bunga sakura "