PENGENDALI lebuhraya di negara ini perlu memikirkan untuk menggunakan sepenuhnya pengadang konkrit dalam usaha mengelakkan lebih banyak kemalangan maut berlaku akibat penggunaan pengadang besi.
Pensyarah Keselamatan Jalan Raya Universiti Utara Malaysia, Lukman Wan Mat Daud berkata, struktur pengadang besi yang mempunyai bucu tajam berisiko menyebabkan pengguna jalan raya tertusuk besi apabila melanggarnya.
“Penggunaan pengadang konkrit lebih diyakini untuk menahan impak dan menyelamatkan pengguna jalan raya. Pihak pengendali lebuh raya perlu prihatin dan mengkaji keberkesanan pengadang konkrit jika dibandingkan dengan pengadang besi.
“Penggunaan wayar pengadang juga boleh diketengahkan tetapi tetap berisiko tertusuk pengguna jalan raya terutama apabila dilanggar dengan laju,” katanya.
Menurutnya, contoh terbaik penggunaan pengadang konkrit adalah di laluan ke Utara selepas menuruni Terowong Menora, Perak yang telah menggunakan pengadang konkrit.
“Sepatutnya apabila kawasan itu semakin curam atau merbahaya, maka pengadang konkrit itu perlu semakin tinggi.
“Di Eropah pula, saya ada terbaca mereka akan menggantikan pengadang besi yang mempunyai struktur tiada banyak bucu tajam. Ia semestinya akan memberikan keselamatan kepada pengguna jalan raya. Kerajaan dan pengendali lebuh raya perlu melihat struktur baharu yang diperkenalkan di sana,” katanya.
Beliau berkata, lebuh raya baharu Jakarta ke Bandung sejauh 150 kilometer juga telah menggunakan pengadang konkrit sepenuhnya.
“Lebuh raya ini hanya menggunakan pengadang besi di pembahagi jalan sekitar 20 kilometer pinggir kota Jakarta dan Kota Bandung. Laluan seterusnya menggunakan pengadang konkrit setinggi pengadang konkrit di Malaysia. Anggaran saya ketinggiannya hingga pemegang pembuka pintu kereta.
“Manakala di beberapa laluan lurus di pertengahan lebuh raya ini menggunakan pengadang konkrit yang setinggi bumbung Toyota Unser,” katanya.
Menurutnya, secara logik, kenderaan yang masih berada di pinggir kota tidak dapat memandu dengan kelajuan tinggi kerana kesesakan.
“Tetapi apabila berada di atas lebuh raya terutama di laluan lurus, kenderaan ini mungkin dipandu laju dan kecenderungan untuk terbabas dan kemalangan adalah tinggi. Mungkin disebabkan ini mengapa pengadang konkrit ini dibina ketinggiannya hingga mencapai bumbung Toyota Unser,” katanya.

0 Komentar untuk " Pengadang konkrit lebih selamat berbanding besi "