KOMITED dengan objektif membantu usahawan Melayu Selangor, Kelab Usahawan Selangor (Kusel) akan melancarkan 50 buah trak makanan (food truck) yang dimiliki usahawannya dalam masa terdekat.
Presidennya, Datuk Zaini Taha berkata, pelancaran tersebut dijangka diadakan selepas umat Islam menyambut kedatangan Ramadan kali ini.
“Projek trak makanan ini telah pun bermula dengan 20 buah trak sudah disiapkan dan sedia untuk diberi kepada usahawan yang terpilih, manakala bakinya dalam peringkat akhir untuk disiapkan.
“Selepas 50 buah trak makanan ini dilancarkan, kami akan menambah lagi 50 buah trak makanan di bawah Kusel secara berperingkat dengan sasaran 300 buah trak makanan diberikan kepada usahawan untuk tahun ini,” katanya ketika di temui di Shah Alam.
Menurut Zaini, sebuah trak makanan berharga RM62,000 dan dilengkapi sepenuhnya dengan peralatan seperti singki, dapur dan rak untuk memudahkan usahawan memulakan perniagaan.
“Dari segi pemilihan usahawan yang layak untuk memohon trak makanan dari Kusel, kami memberi keutamaan kepada peniaga yang kedai atau gerainya dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Selain itu, peniaga yang berniaga di tepi jalan kemudian barang diangkut PBT serta peniaga yang sudah lama berniaga membuka payung dan gerai yang kelihatan daif turut diberi keutamaan,” katanya.
Zaini juga berkata, adalah menjadi tanggungjawab Kusel membantu golongan tersebut dengan menaik taraf usahawan gerai atau pondok kepada usahawan yang memiliki trak makanan.
“Ini kerana, apabila usahawan Melayu mempunyai trak makanan ia akan kelihatan lebih sistematik, bersih dan tersusun selari dengan konsep Islam yang mengutamakan kebersihan,” katanya.
Zaini juga turut berkongsi beberapa usaha lain yang dilakukan oleh Kusel dengan sokongan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dalam membantu usahawan Melayu Selangor.
“Untuk pengetahuan setiap Rabu, bermula jam dua hingga enam petang Kusel mengadakan klinik usahawan dalam membantu usahawan Selangor mendapat pembiayaan dan khidmat bimbingan dari agensi terbabit.
“Program ini disokong sepenuhnya oleh Datuk Seri Noh Omar yang membenarkan kami menggunakan bangunan Umno Selangor sebagai tempat menjalankan klinik usahawan,” katanya.
Zaini juga mempelawa semua usahawan Melayu seluruh Selangor untuk datang ke klinik usahawan anjuran Kusel tanpa memikirkan ideologi politik.
“Saya ingin menegaskan bahawa di Kusel kami tidak mengamalkan ideologi politik, mana-mana usahawan tidak kira parti akan kami terima asalkan mereka Melayu dan Islam,” katanya.

0 Komentar untuk " Kusel bakal lancar trak makanan "