WALAUPUN saya tidak setuju dengan falsafah liberal demokrasi DAP, keganasan yang berlaku kepada pemimpin-pemimpin DAP beberapa hari yang lalu adalah haram. Lim Kit Siang berkata, “Ia sangat memalukan kerana berlaku pada bulan Ramadan.”
Keganasan seperti ini bukan sekadar haram dilakukan pada bulan Ramadan, ia juga haram dilakukan pada bulan-bulan yang lain. Saya sengaja menggunakan perkataan “haram” di sini kerana saya ingin mengislahkan mindset haram.
Semasa kejadian keganasan ini berlaku, dakwaan tentang satu imej yang nampak seperti babi dalam ucapan Aidilfitri di papan iklan digital di sekitar ibu kota menjadi viral di sosial media. DBKL telah menolak dakwaan ini. Sebenarnya ia adalah imej beruang!
Sebelum ini, baju Melayu yang nampak seperti tanda salib dan satu jenis senaman yang nampak seperti pergerakan mengikut tanda salib juga menjadi viral di sosial media. Maka, dikatakan haram beli baju Melayu dan buat senaman tersebut! Apa-apa sahaja yang nampak seolah-olah ia tanda salib dan babi adalah Haram! Haram! Haram!
Seorang rakan saya berkata, “Saya tak hairan satu hari nanti, simpang empat dan huruf ‘t’ juga diharamkan kerana menyerupai tanda salib. Sebahagian umat Islam tidak melihat diri mereka sebagai umat terbaik yang diutuskan ‘lin-naas’ (untuk manusia) tetapi mereka lebih condong untuk melihat hukum haram dalam skop makanan dan pakaian.
Mereka ini begitu sensitif untuk mengharamkan apa-apa sahaja yang nampak seperti babi atau tanda salib, tetapi mereka tidak pula nampak mencederakan mereka yang bukan Muslim itu haram. Mungkin bagi mereka, mana-mana golongan yang dilihat sebagai “kafir harbi” wajib dhapuskan. Tetapi adakah ini cara Islam?
Bila umat Muslim melihat diri mereka sebagai umat terbaik yang di utuskan ‘lin-naas’ (untuk manusia), maka bagaimana Shari’ah mengajar kita untuk berkhidmat ‘lin-naas’ (untuk manusia) supaya kita menjadi contoh umat terbaik?
Syariah mengajar kita untuk melihat Nabi SAW sebagai rahmat dunia, rahmat untuk masyarakat multikultural. Islam bukan agama monokultural. Ia adalah agama yang berjaya pada mulanya menyatukan semua qabilah-qabilah Arab yang bermusuhan, dan kemudian menyatukan dunia timur dan barat. Islam bukan sekadar satu agama. Ia adalah pencetus ketamadunan.
Bagaimana pula silibus pengajian Islam kita mampu melatih mindset kita supaya melihat Nabi SAW sebagai rahmat kepada dunia yang bersifat multikultural? Bagaimana ia mampu mengubah fobia haram kita yang sempit supaya umat tidak tenggelam dalam perkara-perkara yang memandulkan keupayaan umat kita?
Syariah tidak buta. Syariah tidak kata ini halal dan ini haram, tetapi pada masa yang sama merosakkan maslahat manusia. Syari’ah ada objektif-objektif yang perlu di capai umpama satu syarikat gergasi yang hebat yang mempunyai visi dan misi yang jelas. Apakah visi dan misi syariah?
Visi syariah ialah semua manusia mengiktiraf dirinya sebagai hamba ALLAH SWT. Untuk mencapai visi ini, syariah mempunyai maqasid (objektif-objektif) yang perlu dijaga supaya manusia tidak salah faham terhadap Islam, lalu menjauhkan diri daripada ALLAH SWT. Kalau maqasid-maqasid ini tidak dijaga dengan rapi, sudah tentu manusia akan menyalahkan Islam sebagai agama perosak kemanusiaan, bukan rahmat dunia yang bersifat multikultural.
Maka, penjagaan maqasid-maqasid ini perlu dilihat sebagai misi-misi syariah seperti berikut:
1)Misi menjaga agama
2)Misi menjaga jiwa
3)Misi menjaga akal
4)Misi menjaga harta
5)Misi menjaga nasab (keturunan)
6)Misi menjaga maruah
Bila kita faham misi-misi ini, mindset haram kita sekarang menjadi rahmat multikultural. Apa-apa yang merosakkan enam maqasid di atas atau menghalang salah satu dari enam misi-misi di atas adalah haram. Contohnya, melontar batu kepada individu tanpa sebab akan merosakkan jiwa. Maka ia adalah haram. Memberi batu kepada penganas tersebut untuk mencederakan jiwa juga haram kerana ia menghalang tercapainya maqasid menjaga jiwa.
Apabila konsep haram kita luas, maka kita tidak memerlukan liberal demokrasi untuk menjaga hak-hak kemanusiaan. Islam akan dilihat sebagai agama ketamadunan, bukan agama ‘pork-free zone’!
* Abdul Naser Tun Rahman tokoh pendakwah Perak / AJK Macma

0 Komentar untuk " Fobia haram, umat tenggelam "