MALAYSIA cenderung memakai sistem dan teknologi lama atau yang tidak tepat di mana ia tidak memenuhi keperluan masa depan negara.
Dulu kapal selam yang dibeli pun berteknologi lama tanpa Air-Independent Propulsion (AIP), berbanding kapal selam Singapura yang lebih lengkap.
Teknologi AIP membolehkan kapal selam bertahan lama tanpa perlu selalu ke permukaan. Dalam erti kata lain, ia lebih stealth.
Kemudian pernah kita beli kereta kebal yang tidak stabil kerana meriamnya terlalu berat, dan jet perang tidak boleh digunakan di medan perang.
Sekarang ini, kita pula kemaruk dengan sistem ekonomi yang sudah lapuk. Pada suatu masa dahulu, International Monetary Fund (IMF) menggunakan Structural Adjustment Programme (SAP) untuk menghukum negara yang tidak membayar hutang. Banyak negara yang telah punah akibat hukuman SAP.
SAP berasaskan pendekatan Washington Consensus atau agenda neoliberal - sudah lama ditolak; lebih-lebih lagi selepas krisis kewangan global 2008.
Antara preskripsi Washington Consensus ialah pengurangan subsidi, cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada rakyat, tetapi cukai rendah untuk sektor korporat dan yang kaya, disiplin fiskal, penswastaan, obsesi pada FDI dan GDP, perdagangan liberal, aliran modal bebas, konsep harta yang extreme, kerajaan kecil dan deregulasi.
Antara Model Ekonomi Baru dan ETP, hampir semua preskripsi Washington Consensus sudah kita laksanakan secara sukarela dan rela hati tanpa dipaksa.
Namun ada yang belum dilaksanakan sepenuhnya. Sekarang TPP pula akan melengkapkan agenda ini.
TPP akan mengunci dasar negara dalam dua sektor. Kewangan dan hakcipta intelek (IP) – dua sektor yang sangat strategik untuk masa depan Amerika Syarikat (AS).
AS sanggup kompromi dalam beberapa hal dalam perundingan TPP tetapi tidak akan berganjak dari pendiriannya dalam hal sektor kewangan.
‘Teori konspirasi’ negara diserang kerana menggugat sistem kewangan AS seperti Iraq dan Libya hanya kerana mencadangkan penggunaan Euro atau Dinar memang boleh dipercayai.
Dengan senjata Investor-State Dispute Settlement (ISDS) yang dibincangkan dalam artikel lalu, bersamaan tribunal antarabangsa (ICSID dan UNCITRAL), semua dasar kerajaan boleh dipertikaikan. ISDS dengan klausa dalam bab pelaburan seperti FET (fair and equitable treatment), expropriation dan free flow of capital menjadikan ISDS satu alat lebih berkuasa dari kapal perang atau bom nuklear untuk mendisiplinkan mana-mana negara yang tidak patuh.
Secara halus, kedaulatan negaranegara kecil dalam TPP akan terhakis sama sekali dengan syarat-syarat TPP.
Apa tidak, jika perjanjian TPP itu menjadi penentu paling agung dalam kerangka perundangan, kehakiman dan eksekutif. Malah Perlembagaan Persekutuan akan tertakluk dan tunduk pada penetapan TPP dan perlu diubahsuai supaya tidak bercanggah dengan TPP.
Begitu juga dengan semua undangundang, dasar dan peraturan sedia ada.
Semua undang-undang dan peraturan baru apabila hendak digubal; wajib diselaraskan dengan kehendak TPP dengan menilai impaknya terhadap perjalanan pelaburan dan bisnes mengikut kaedah regulatory impact assessment (RIA).
Ini akan menjadi satu keperluan di bawah bab kepaduan pengaturan. Malah peruntukan kaedah RIA ini sudah wujud di bawah Malaysian Productivity Centre (bawah Miti).
Antara strategi utama ETP adalah untuk mempromosi pelaburan swasta. Untuk itu satu rejim insentif di hasilkan antaranya adalah liberalisasi, kaji-semula pengaturan dan prosedur pentadbiran.
Dalam kata lain liberalisation and deregulation. Masa depan AS bergantung kepada kejayaan dan kesinambungan perniagaan syarikat antarabangsa seperti Microsoft, Apple, Intel, Monsanto, Pfizer, GlaxoSmithKline, Time-Warner, Walt Disney, Goldman Sachs, Visa dan EBay.
Masa depan mereka memerlukan kerangka perundangan dan pengaturan yang mesra dan tidak mengekang.
Proses liberalisation dan deregulation yang dimulakan ETP akan diperkukuhkan TPP secara muktamad.
Kini, AS sudah tidak lagi menjadi negara utama pembuat dan pengilang (manufacturing) kerana peranan itu telah di ambil alih oleh negara seperti China dan India.
TPP adalah satu mekanisma berkesan yang boleh tembak 10 ekor burung dengan satu batu.
Alat penjajahan ekonomi dan politik abad ke-21 yang gold-standard. Amat menyedihkan apabila negara paling maju di dunia tidak peka dengan permasalahan dunia abad ke-21 yang parah mengalami kelaparan, kemiskinan, ketidaksamaan, ketidakstabilan sistem kewangan, krisis over-financialization, perubahan iklim, krisis geopolitik dan peperangan.
Malah TPP dan perjanjian yang seumpamanya akan lebih menambah buruk lagi masalah-masalah ini.
Banyak pengajaran boleh dipelajari dari krisis kewangan 2008. Mengikut UNCTAD, strategi yang digunapakai sebelum krisis tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi.
Strategi yang berpaksikan eksport dan sektor kewangan (financialisation dan spekulasi) sudah lapuk. Satu strategi yang seimbang diperlukan. Peranan gaji dan upah perlu diberi perhatian sepertimana juga peranan sektor awam.
TPP sebaliknya menekankan pendekatan usang dan membinasakan demi kepentingan negara-negara maju terutamanya kepentingan syarikat gergasi multinasional.
Keperluan dalam TPP untuk tarif eksport dihapuskan akan membawa kita kembali ke era pra-perang dunia di mana peranan ekstrasi dan eksport sumber semula jadi mentah digalakkan.
Sektor perkhidmatan dan kewangan di bebaskan dari kawalan akan menyebabkan lambakan modal hit and run melanda industri real economy tempatan yang perit dibina.
Mengapa Malaysia cenderung dengan pendekatan-pendekatan yang lapuk dan membinasakan ini? Pendekatan ini jelas akan membawa Malaysia ke arah menjadi sebuah failed state.

0 Komentar untuk " ETP, TPP: Strategi ekonomi kuno akan membinasa "