Beban hutang di usia emas - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Beban hutang di usia emas

TAN (bukan nama sebenar) berusia 65 tahun. Pada usia ini, dia sepatutnya sudah boleh berehat dan menikmati kehidupan yang gembira bermain bersama cucu-cucunya di usia emas ini.

Tetapi disebabkan kesilapan dalam membuat perancangan dengan kegagalan menjelaskan baki hutang kad kredit sebanyak RM50,000.00, dia terpaksa menghadapi tekanan bagi menjelaskan baki hutang yang tertunggak.

Dia sentiasa dihubungi oleh agen pemungut hutang yang dilantik bank bagi menjelaskannya.

Tan mengakui penggunaan kad kreditnya sejak awal namun tidak pernah membayarnya hinggalah ia tertunggak pada jumlah yang agak tinggi.

Pelbagai usaha dilakukan termasuk meminta bantuan daripada anak-anaknya. Namun, usahanya tidak berjaya kerana pendapatan anak-anaknya hanya cukup-cukup makan dan mempunyai tanggungan dan komitmen masing-masing.

Tan tidak berputus asa. Baginya, dia perlu mencari jalan untuk melangsaikan semua hutang-hutangnya.

Namun, Tan bernasib baik kerana anak-anak tidak mengabaikannya dan menyediakan tempat tinggal dan makan, minumnya.

Tan ditawarkan kerja oleh sahabat baiknya. Walaupun gajinya tidak besar mana, tetapi ia cukup untuknya membayar segala hutangnya kepada bank.

Dalam pada itu, wang gajinya itulah yang digunakan untuk membayar hutang.  Nasibnya terus baik apabila dapat membayar pada jumlah yang kecil setelah mendapat khidmat nasihat daripada AKPK.

Dia amat menghargai bantuan yang diberikan AKPK dengan meringankan beban hutangnya dan mengelakkan diambil tindakan undang-undang bank.

Tan mengakui sepatutnya datang lebih awal lagi. Sementara itu, Ketua Cawangan AKPK Terengganu menasihatkan agar sesiapa yang mempunyai masalah serupa supaya menghubungi pihak AKPK secepat mungkin untuk bantuan.

AKPK turut mengingatkan agar orang ramai mengamalkan perancangan kewangan untuk kesejahteraan kehidupan di usia emas nanti, seperti pesanan orang-orang tua “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”.

0 Komentar untuk " Beban hutang di usia emas "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ