Sokong tubuh lembaga padi, beras - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Sokong tubuh lembaga padi, beras

MAJLIS Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyatakan sokongan mereka terhadap cadangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk menubuhkan lembaga khusus kawal selia industri padi dan beras negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nizam Mahshar berkata, peranan lembaga tersebut juga bertindak sebagai agensi yang menjaga hal ehwal dan kepentingan pesawah atau petani seperti Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN) yang diwujudkan pada 1971.

"MTEM bersama Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM) menyambut baik cadangan MOA kerana ia dilihat sebagai solusi terbaik dalam menangani masalah berkaitan dengan industri ini.

"Setelah Padiberas Nasional Berhad (Bernas) diswastakan dan LPN dibubarkan, jumlah kilang Melayu telah berkurangan dari 196 ke 23 buah sahaja," katanya.

Mohd Nizam berkata, kebimbangan terhadap perkara itu semakin meruncing apabila skim upah mengisar (SUK) yang diwujudkan LPN untuk kilang bumiputera dihapuskan dan hanya sebuah sahaja beroperasi di Perlis.

Menurutnya, pengilang Melayu kini menguasai 13 peratus sahaja dari 2.3 juta tan metrik daripada hasil padi negara setiap tahun.

"Pada awalnya, perbincangan dua hala ini hanya berkisar mengenai masalah-masalah yang dihadapi pengilang Melayu seperti monopoli, lambakan padi dan penyeludupan.

"Namun setelah mengkaji dengan lebih mendalam, kami mendapati bahawa terdapat banyak masalah mempunyai kait rapat dengan setiap rantaian dalam industri ini," katanya.

Bermula dengan kerjasama itu, MTEM telah melakukan kajian secara terperinci bagi menangani masalah ini dan menghasilkan satu laporan daripada perbincangan Meja Bulat Industri Padi dan Beras Negara yang diadakan pada April lalu.

Katanya, seramai 72 orang peserta menyertai mesyuarat itu termasuk ahli akademik, wakil agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pemain industri dalam menentukan hala tuju industri itu.

"Terdapat beberapa masalah yang perlu ditangani seperti penindasan terhadap petani, kawalan longgar terhadap aktiviti peraih, monopoli atau diskriminasi Bernas terhadap kilang Melayu, kemasukan beras import melebihi keperluan negara sama ada secara sah mahupun penyeludupan terancang dan tanggungjawab sosial yang tidak dilaksanakan.

"Lembaga khusus seperti LPN ini diharapkan dapat membela nasib petani, pesawah dan pengilang beras Melayu yang dipinggir sejak sekian lama," katanya.

Dia berharap perkara utama yang perlu diteliti oleh lembaga itu adalah dari aspek pengurusan padi secara menyeluruh dan bebas rasuah.

Related Post

  • Sokong tubuh lembaga padi, beras MAJLIS Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyatakan sokongan mereka terhadap cadangan Kementerian Pertanian dan Industri…
  • Jangan jual negara PADA awal Jun lalu, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) bersama Bantah TPPA memulakan kempen 'Jangan Jual Negara' u…
  • Pendapatan masih rendah MAJLIS Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menggesa kerajaan untuk melakukan perubahan dan mengkaji semula pendapatan kaum…
0 Komentar untuk " Sokong tubuh lembaga padi, beras "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ