TIDAK sampai sebulan lagi, pilihan raya umum (PRU) Turki yang ke-24 akan menyaksikan lebih 56 juta rakyatnya keluar mengundi. Sebanyak 550 kerusi parlimen menjadi taruhan 31 parti politik dari pelbagai spektrum.
Sejak 2007, PRU Turki diadakan setiap empat tahun berbanding sebelumnya yang memperuntukkan tempoh lima tahun bagi satu penggal. Secara arithmetiknya, 276 kerusi parlimen membolehkan pembentukan kerajaan baru; 330 kerusi membolehkan usul mengadakan referendum untuk menukar perlembagaan baru; atau 376 kerusi melayakkan kerajaan menukar perlembagaan tanpa referendum. Sejauh manakah persaingan merebut kerusi tersebut?
Kekal atau berganti?
Mengimbas pilihan raya Turki pada 2011, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dengan 327 kerusi mewakili sebanyak 49.83 peratus mengungguli keputusan pilihan raya tersebut. Tempat kedua, Parti Republikan Rakyat (CHP) menguasai 135 kerusi mewakili 25.98 peratus jumlah undian.
Tempat ketiga, Parti Gerakan Nasionalis (MHP) mendapat 53 kerusi mewakili 13 peratus jumlah undian. Berdasarkan fakta ini, AKP, parti yang pernah dipimpin Recep Tayyip Erdogan (kini Presiden Turki) mendapat sokongan majoriti suara rakyat Turki. Bagi pengamal politik antarabangsa, persoalan hangat kini adalah siapakah pilihan hati rakyat Turki?
Mampukah AKP mempertahankan kerajaan buat penggal yang keempat, di bawah pimpinan barunya Ahmet Davutoglu (kini Perdana Menteri Turki)? Paling penting dalam usaha integrasi Eropah tersebut adalah apabila empayar Uthmaniyah diterima dalam Concert of Europe melalui Perjanjian Paris pada 1856.
Kemalisme yang menggantikan khilafah Uthmaniyah menubuhkan Republik Turki pada 1923 dengan dasar pandang ke barat sepenuhnya, sekali gus menafikan identiti Turki sama ada kepunyaan Arab atau Asia. Pada 1963, Turki menandatangani Perjanjian Ankara yang mengikat hubungan ekonomi Turki-Eropah diikuti pada 1987 menyaksikan Turki memohon secara rasmi sebagai anggota penuh Kesatuan Eropah (EU).
Turki diiktiraf dengan status calon pada 1999 dalam Sidang kemuncak Helsinski, 12 tahun selepas permohonan rasmi. Mutakhir, perkembangan paling signifikan dalam proses integrasi Turki-EU adalah pada 2005 apabila EU membuka rundingan kemasukan (accession negotiation) kepada Turki yang mensyaratkan kriteria ketat dalam acquis communautaire (himpunan peraturan dan syarat kemasukan ke dalam komuniti Eropah) sebelum diluluskan sebagai anggota penuh.
Antara syarat kemasukan tersebut adalah pengislahan dalam bidang politik domestik (domestic reform), layanan terhadap minoriti, hak asasi manusia, nilai politik, ekonomi, kedaulatan undang-undang (rule of law), kebebasan bersuara, kebebasan media dan sebagainya.
Berdasarkan laporan EU 2014 yang diterbitkan Suruhanjaya Eropah, Turki di bawah pimpinan AKP mencatatkan beberapa perkembangan sebagai memenuhi tuntutan acquis communautaire tersebut antaranya dalam proses pendemokrasian dan politik domestik, transformasi ekonomi serta peranan proaktif dalam arena politik antarabangsa.
Komitmen untuk menuruti kemahuan dalam acquis communautaire tersebut, dibuktikan melalui penubuhan Kementerian Hal Ehwal EU pada tahun 2011 dan pengisytiharan 2014 sebagai Tahun Kesatuan Eropah lantas Erdogan mengadakan kunjungan ke Brussels untuk bertemu Presiden Majlis Kesatuan, Suruhanjaya EU dan Parlimen EU.
Dalam aspek politik dan hak asasi, parlimen Turki meluluskan usaha menyelesaikan isu puak Kurdish melalui meningkatkan perpaduan sosial, membanteras terorisme, mengintegrasi mereka yang meninggalkan Parti Buruh Kurdistan dan menjamin tiada hukuman yang akan dikenakan terhadap pihak dalam proses penyelesaian tersebut.
Dalam pengislahan perlembagaan (constitutional reform), satu jawatankuasa yang dibentuk kerajaan Turki bagi mewujudkan perlembagaan baru Turki, namun terpaksa dibatalkan kerana tidak cukup konsensus. Keputusan membatalkan tersebut mengundang reaksi dari masyarakat umum dan golongan usahawan agar meneruskan usaha membentuk perlembagaan baru.
EU menuntut agar perlembagaan baru tersebut diteruskan kerana ia menjamin pengislahan dalam pendemokrasian, tata kelola kerajaan, pemisahan bidang kuasa, semak imbang, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang dan layanan terhadap minoriti.
Berkaitan pilihan raya, kritikan EU ditujukan kepada Erdogan kerana ada dakwaan mengatakan jawatannya sebagai perdana menteri 'melorong' beliau sebagai presiden dan media berat sebelah yang 'menguntungkan' Erdogan berbanding calon lain dalam proses pilihan raya presiden pada Ogos 2014.
EU menuntut Turki memperbaiki aspek kewangan kempen, laporan penuh dan saksi yang lebih telus dan bertanggungjawab dalam kerangka perundangan, agar wujud pilihan raya yang demokratik. Pilihan raya perbandaran pada Mac 2014 dilihat teratur tetapi wujud kelemahan dalam proses mengaudit sumber kewangan, aset dan perbelanjaan kempen calon yang bertanding.
Banteras rasuah
Di parlimen Turki, beberapa kes dakwaan rasuah dalam kalangan ahli parlimen dan bekas ahli parlimen dilaporkan. Namun, proses penyiasatan didapati lemah menyebabkan beberapa ahli parlimen protes dan meletak jawatan. EU melahirkan kebimbangan serius terhadap strategi anti rasuah nasional yang diharapkan bersifat adil, tiada diskriminasi dan telus.
Justeru, kehendak politik yang tinggi dan penglibatan masyarakat madani diperlukan bagi memastikan usaha pembanterasan rasuah dijalankan secara efektif. Selain itu, berlaku insiden protes terhadap keputusan Turki menutup Dershanes, sekolah persediaan swasta untuk kemasukan ke IPT dan lebih mengejutkan apabila sembilan ahli AKP meletak jawatan sebagai ahli parlimen termasuk bekas pemain bola sepak profesional Turki, Hakan Syukur.
Dari segi dasar luar serantau dan tanggungjawab antarabangsa, laporan EU menyifatkan hubungan luar Turki dengan negara serantau di Balkan termasuk Eropah positif. Namun, terdapat isu yang sedang dirungkai terutamanya hubungan Turki dengan Cyprus dan isu sempadan Greece. Pendekatan proaktif dan multi-dimensi yang dipraktiskan daripada kajian ilmiah Davutoglu, Strategic Depth dijadikan kerangka dan dasar luar Turki.
Menurut Davutoglu, sebagai sebuah negara paksi central state, peranan Turki besar sebagai kuasa pengimbang dan agen penyelesaian konflik dengan jirannya melalui pembiakkan "kuasa lunak"nya. Bantuan kemanusiaan kepada Syria dan Gaza membuktikan pengaruh Turki tersebut selain hubungan diplomatik dengan Iraq, Iran, Afghanistan dan Timur Tengah yang lain.
Peranan Turki juga wujud dalam sekutu pertahanan, Nato dan sokongan terhadap memerangi terorisme dan anti-percambahan bahan nuklear. Menempelak kerajaan haram Mesir yang menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas Presiden Mesir Dr Morsi dan 100 yang lain, Davutoglu menghimpunkan jutaan rakyat sebagai tanda protes.
Terbaru, Davutoglu mengerahkan kapal Turki untuk menyelamatkan pelarian Muslim dari Rohingya di perairan Thailand dan Malaysia. Mempertimbangkan semua fakta yang dibentangkan dan komitmen untuk memenuhi tuntutan acquis tersebut, imaginasi menjadi negara Eropah oleh majoriti rakyat Turki menjadi satu faktor penarik yang penting dan kuat mempengaruhi atmosfera politik Turki menjelang pilihan raya 7 Jun ini.
Perdebatan isu kepentingan rakyat dan negara sering kali dikaitkan dengan proses integrasi Eropah kerana ia menjadi mekanisme yang dapat menaikkan imej dan keupayaan Turki setanding Eropah, yang dipandang maju, makmur dan demokratik.
Sebagai pemegang kuasa, laluan AKP sebagai parti demokratik-konservatif untuk terus berkuasa tidaklah terlalu mudah.
AKP berdepan persaingan sengit parti politik dengan pelbagai kritikan. Antaranya dakwaan AKP mengamalkan media berat sebelah dan menggunakan saluran TV kerajaan untuk kempen pilihan raya dengan menafikan hak bersiaran kepada parti lain untuk berkempen.
Terdapat suara keras mengaitkan Erdogan sebagai diktator baru Turki kerana larangan menggunakan Twitter dan pelbagai kontroversi lain.
Dalam masa yang sama, persaingan kuasa bukan sahaja datang dari parti politik tetapi juga kawan lama AKP iaitu gerakan Gulen dalam kes parallel stucture. Terbaru, mantan timbalan ketua polis Istanbul, Hamza Tosun disiasat atas tuduhan terlibat dalam penggulingan kerajaan Turki pimpinan Erdogan.
Dalam kedinamikan politik Turki ini, mampukah manifesto 'Kontrak Turki Baru 2023' Davutoglu diterima rakyat Turki?

0 Komentar untuk " Siapa pilihan hati rakyat Turki? "