"KITA tidak dibenarkan masuk ke Gaza, Palestin sejak perang Ramadan tahun lalu," demikian luahan Perunding Aman Palestin Dr Zainur Rashid Zainuddin, 49, ketika berbicara perihal umat Islam Palestin yang kini kian dihimpit oleh Israel walaupun tibanya musim Ramadan.
Zainur berkata, lazimnya dia dan rakan-rakan sukarelawan yang lain akan ke Gaza tiga hingga empat kali setahun termasuk di bulan puasa, namun berbeza pada tahun ini.
"Ini kali pertama kami dihalang untuk tempoh yang sangat lama...setakat ini apa yang lebih menyedihkan puluhan ribu masih tidak memiliki rumah sejak dibom Israel Ramadan tahun lepas.
"Sementara itu ...untuk mendapatkan bekalan elektrik pula sangat meruncing disebabkan sekatan bekalan petrol ke Gaza, umumnya bekalan elektrik terpaksa digilirkan secara purata dapat enam jam bekalan elektrik sahaja sehari.
"Begitu juga kekurangan bahan asasi seperti makanan dan ubat-ubatan...Namun melalui penceritaan 'orang di sana' mereka tetap istiqamah untuk terus berpuasa walaupun dalam kesusahan, masjid tetap juga penuh," ujarnya kepada Sinar Online.
Zainur yang juga telah beberapa kali ke Gaza sebelum ini menzahirkan kegusaran akan nasib rakyat Palestin kini, yang dalam perkiraannya menempuh saat paling sukar sejak sembilan tahun lalu.
"Ramadan kali ini adalah Ramadan paling teruk dalam tempoh sembilan tahun sejak kepungan Israel ke atas Gaza bermula 2006.
"Mereka benar-benar berada dalam keadaan tertekan, semoga ALLAH sentiasa bersama perjuang-pejuangnya di Palestin," ujarnya.
Dalam pada itu, Zainur berkata beliau berharap umat Islam di Malaysia mencontohi sifat baik rakyat Palestin yang dilihat tetap utuh mengamalkan ajaran Islam walaupun berdepan dengan pelbagai rintangan terutamanya ketika berdepan dengan Israel yang saban hari masih tidak berpuas hati untuk menghancurkan Palestin.
"Kalau boleh kita ambilah semangat mereka," katanya.

0 Komentar untuk " Kita sudah tidak dapat masuk Gaza "