FENOMENA kepalsuan menggemparkan masyarakat di Indonesia sejak dua bulan kebelakangan ini apabila satu demi satu kes pemalsuan dilaporkan oleh media-media tempatan.
Berita-berita mengenai doktor palsu, ubat palsu, beras palsu, wang palsu, ijazah palsu dan sijil nikah palsu itu membongkar pemalsuan, yang dilakukan oleh pihak tidak bertangungjawab untuk mengaut keuntungan, menipu rakyat dan mencari kesenangan hidup dengan cara mudah.
Modus operandi kegiatan 'palsu' berkenaan kadang-kala tidak masuk akal, tetapi masyarakat meyakininya tanpa ragu-ragu.
DOKTOR KECANTIKAN PALSU
Dalam hal penampilan diri, setiap orang ingin kelihatan cantik. Ratusan wanita dan lelaki di sekitar Jakarta, yang mahukan penampilan menawan, terpedaya dan menghidap pelbagai penyakit dipercayai akibat mendapatkan rawatan kecantikan daripada seorang 'doktor' palsu.
Keinginan untuk kelihatan cantik mengatasi logik akal kerana pelanggan masih percaya dengan doktor palsu walaupun hanya beroperasi dalam tandas awam. Doktor palsu itu dikatakan telah menjalankan kegiatannya selama tiga tahun dan mempunyai ramai pelanggan, yang sanggup membayar sehingga Rp6 juta atau kira-kira RM2,000 untuk sekali rawatan.
Kegiatan 'doktor' wanita itu terbongkar apabila beberapa pelanggannya membuat laporan polis setelah mengalami kesakitan pada bahagian muka, penyakit hepatitis dan buah pinggang dipercayai akibat rawatan kecantikan itu.
Polis menahan 'doktor kecantikan' berusia 34 tahun itu dalam sebuah tandas awam di Plaza Semanggi di sini ketika dia sedang memberi perkhidmatan rawatan kecantikan kepada pelanggannya.
Dalam perkembangan lain, seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Frans Agung Mula Putra didakwa menggunakan elaran 'doktor' palsu kerana beliau sebenarnya tidak mempunyai kelulusan Kedoktoran Falsafah.
Perkara itu didedahkan oleh seorang petugas parti Hanura di DPR, Denti Noviany Sari di Mahkamah Kehormatan Dewan DPR setelah beliau dipecat oleh Frans tanpa alasan.
Beliau mendakwa Frans pernah emintanya untuk membuatkan kad nama yang mempunyai gelaran doktor dan hasil siasatannya dengan pihak Universitas Satyagama mendapati Frans belum lulus pengajian.
UBAT PALSU
Fenomena penjualan ubat palsu turut meresahkan masyarakat Indonesia. Laporan media-media tempatan mendedahkan terdapat ubat palsu dijual di kedai-kedai runcit dan kedai ubat tidak berdaftar, di samping penjualan ubat menerusi Internet.
Ubat palsu ini dikatakan meniru pembungkusan ubat asli dan pengguna boleh tertipu jika tidak memerhati ubat berkenaan dengan teliti.
Menurut Badan Pengawasan Ubat dan Makanan (BPOM) Republik Indonesia, pengedaran ubat palsu meningkat sejak kebelakangan ini dan data menunjukkan kawasan atau wilayah yang paling banyak berlaku pengedaran ubat palsu itu ialah di pulau Jawa khususnya di Jakarta, Tangerang, Jawa Tengah, Jawa Timur dan Yogyakarta.
Penjualan pelbagai jenis ubat berleluasa sehingga di kawasan-kawasan tertentu di kota Jakarta, kita boleh melihat orang membeli ubat-ubat itu tanpa berasa bimbang dengan kesan dan akibatnya.
BUKU NIKAH PALSU
Bermula dengan kegiatan bernikah "online" iaitu perkhidmatan mencari pasangan hidup secara rahsia di Indonesia, kini terdapat perkhidmatan pengeluaran buku nikah atau sijil nikah palsu bagi membolehkan individu yang tidak mendaftar perkahwinan mereka di pejabat-pejabat agama memiliki buku nikah.
Kementerian Agama di Kota Pekanbaru, Riau, yang menerima banyak aduan mengenainya, mendapati buku nikah palsu boleh diperoleh dengan mudah di wilayah itu.
"Laporan buku nikah palsu ini diperoleh setelah ada warga yang menikah di Kecamatan Tenayan Raya, Pekanbaru, tetapi nikah palsu mereka tidak bersesuaian dengan alamat yang tertera pada Kartu Tanda Penduduk (KTP) setempat," kata jurucakap kementerian itu.
Katanya buku nikah palsu itu menyerupai buku nikah asli tetapi ia boleh dikesan kerana tidak mempunyai nombor siri dan nombor pendaftaran.
Kes sindiket buku nikah palsu ini masih dalam siasatan polis.
BERAS PALSU
Berita mengenai beras palsu, yang diperbuat daripada adunan plastik dan ubi, juga menggemparkan masyarakat Indonesia dan dikatakan dijual di daerah Bekasi dekat sini.
Seorang penduduk, Dewi Septini mendakwa membelinya dengan harga Rp8,000 per liter di Pasar Mutiara Gading Timur, Mustikajaya dan mendapati beras yang dimasak menjadi kembang dan liat.
Dewi berkata setelah dimakan anaknya mengadu sakit perut, lantas dia membuat laporan polis dan beras plastik itu dihantar ke makmal untuk ujian.
Kerajaan melalui Ketua Polis Negara Jeneral Badrodin Haiti, dipetik sebagai berkata hasil pemeriksaan sampel beras yang dicurigai mengandungi unsur plastik itu negatif.
Bagaimanapun, kenyataan itu berbeza dengan laporan oleh Ketua Bahagian Pengujian Laboratorium Sucofindo, Adisam NZ yang mendakwa hasil uji dua sampel
yang diberikan oleh Jabatan Perdagangan di Bekasi mendapati ia mempunyai unsur polivinil klorida, yang lazimnya terdapat di dalam produk plastik seperti kabel dan paip pralon (PVC).
Isu beras palsu atau beras plastik itu akhirnya lenyap begitu sahaja selepas mendapat perhatian berminggu-minggu oleh media tempatan terutamanya siaran berita televisyen.
WANG, IJAZAH PALSU
Fenomena kepalsuan turut melanda Bandung, sebuah kota yang sangat sibuk dengan ribuan pengunjung datang bersiar-siar dan membeli-belah terutama di musim
percutian dan hujung minggu.
Baru-baru ini, polis daerah Bandung berjaya memberkas empat anggota sindiket pengedaran wang palsu yang sudah beroperasi selama empat bulan menipu peniaga di wilayah itu. Polis menyita ratusan keping wang palsu dalam bentuk Rupiah dan Dolar Amerika.
Modus operandi mereka ialah melakukan pembelian barang dengan wang palsu bernilai Rp50 ribu dan mendapat pertukaran baki dengan wang asli.
Kemuncak kepada berita-berita mengenai pelbagai kepalsuan ini ialah sindiket pengeluaran dan penjualan sijil dan ijazah palsu dari universiti tempatan dan luar negara.
Isu ijazah palsu ini hangat dibincangkan dan polis telah menahan beberapa anggota sindiket pengeluaran ijazah palsu berkenaan.
Bahkan terdapat beberapa beberapa nama individu terkenal termasuk ahli politik dan penjawat awam dikaitkan kononnya memiliki ijazah palsu dan memperdaya kerajaan mengenai kelayakan akademik mereka.
Sindiket ijazah palsu ini mula terbongkar apabila tinjauan media mendapati terdapat institusi pengajian tinggi tidak mempunyai kampus dan mengendalikan kuliah sebaliknya hanya beroperasi dalam satu pejabat di rumah kedai.
Indonesia mempunyai 4,264 institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang berdaftar dan dipercayai ratusan institusi pengajian tidak berdaftar turut beroperasi dan menawarkan ijazah dari luar negara. - Bernama

0 Komentar untuk " Fenomena kepalsuan menyelubungi Indonesia "