KINI muncul semula Ramadan, bulan yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang dinanti-nanti oleh jutaan umat Islam di seluruh dunia.
Seperti biasa, menjelang bulan puasa, maka timbullah juga macam-macam azam dan resolusi baharu dalam kalangan kita.
Ada yang pasang azam mahu mula bertudung, ada yang mahu jaga makanan supaya sihat dan jadi langsing.
Ramai yang tanam cita-cita untuk khatam al-Quran sepanjang Ramadan sama ada secara bertadarus atau sendiri-sendiri dan ramai pula yang mahu perbanyakkan solat sunat, sedekah serta lain-lain amal soleh.
Tidak kurang yang berazam akan menjaga pertuturan, pendengaran, penglihatan dan hati supaya amalan sepanjang Ramadan kali ini jadi lebih afdal daripada amalan pada Ramadan di tahun-tahun sebelumnya.
Apakah semua yang dicita-citakan itu boleh kekal menjadi amalan atau tamat sebaik sahaja Syawal menjelma adalah suatu perkara lain. Wallahualam.
Seperti ramai orang lain, kawan baik saya, Osman, juga memasang azam.
Yang utama, dia berazam mahu berhenti merokok dan memperbanyakkan sumbangan kebajikan.
Osman seorang pengusaha kedai makanan yang bermula sebagai seorang pekerja gerai lebih 10 tahun lalu, tapi kini menjadi pengusaha, mengendalikan sederet tiga kedai makan yang menarik ramai pelanggan setiap hari.
Kuatnya kemahuan Osman untuk mencapai apa yang diazamkan itu hingga dia pergi ke Makkah, dan berdoa sungguh-sungguh di depan Kaabah.
Dulu Osman memang kuat merokok. Dia hisap tidak kurang daripada 40 batang setiap hari. Mula merokok masa remaja, dia terus menjadi perokok tegar hinggalah berumur hampir 40 tahun.
Sudah banyak kali, disebabkan batuk-batuk, di samping teguran isteri, dia berazam mahu berhenti merokok, tetapi semangatnya lemah. Boleh bertahan sebulan dua sahaja. Lepas itu kembali dengan tabiatnya.
Tetapi apabila dia pergi ke Makkah baru-baru ini, dia melutut di depan Kaabah, menangis dan menyatakan azamnya.
“Abang tahu, sejak itu bau rokok pun saya tak boleh tahan, apa lagi nak hisap,” katanya.
Hasrat Osman untuk membelanjakan wang untuk kerja amal dan kebajikan juga sudah dapat ditunaikan secara beristiqamah, apa lagi dengan perniagaannya yang bertambah baik dari semasa ke semasa.
Mula-mula dia kerja dengan orang, buat roti canai dan minuman. Tetapi setelah dapat simpan duit, dia kongsi dengan seorang rakan, usahakan kedai makan yang mereka sewa. Dalam tempoh lebih kurang 10 tahun, dia sudah mampu sewa tiga unit kedai.
“Hari ini alhamdulillah, saya ada lapan pekerja dan bayar gaji dan elaun antara RM25,000 dan RM28,000 sebulan.
Osman tidak memberitahu niatnya kepada pekerjanya, tetapi dia dan rakan kongsinya sudah buat keputusan dan sudah buka tabung untuk membiayai kos naik haji bagi seorang pekerjanya setiap tahun.
Untuk sumbangannya kepada masyarakat di kampung, Osman sudah tempah giliran dalam senarai untuk membiayai kos berbuka puasa dan juadah selepas tarawih di kampungnya.
Dibandingkan dengan majikan yang lebih mewah, sumbangannya dari segi perbelanjaan tidaklah sebanyak mana, tetapi yang penting semangat Osman tinggi dan hatinya mulia serta ikhlas.
Sempena Ramadan al-mubarak ini, saya ingin berkongsi beberapa teka-teki yang diberikan oleh Imam Al-Ghazali kepada murid-murid beliau, yang ada kaitan dengan amalan baik dan kematian.
Pada suatu hari, Imam Al-Ghazali mengumpulkan murid-muridnya lalu beliau bertanya: “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Maka macam-macam jawapan yang diterimanya - orang tua, guru, teman dan kaum kerabat.
Kata Imam Al-Ghazali: “Ya semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah mati. Sebab itu janji ALLAH bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Imam Al-Ghazali bertanya lagi: “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”
Murid-muridnya menjawab: "Kapas, angin, debu dan daun-daun".
“Semua jawapan kamu itu pun benar”, kata Imam Al-Ghazali.
“Tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah sikap setengah umat yang mudah sekali meninggalkan solat.
“Hanya kerana pekerjaan kita atau urusan dunia, kita sanggup tinggalkan solat”.
Selamat berpuasa.

0 Komentar untuk " Berdoa penuhi azam depan Kaabah "