SENARIO harga barang tidak sama antara pasar raya, pasar raya mini, kedai serbaneka dan kedai runcit mungkin disebabkan konsep penjualan yang beroperasi selama 24 jam berbanding premis lain. Sebagai pengguna, sudah pasti anda tahu beza antara jenis premis perniagaan ini.
Antara contoh kedai-kedai serbaneka adalah 7-Eleven, Kedai Mesra dan juga KK Mart. Kedai-kedai ini bukan sahaja beroperasi lebih 8 jam, malah mempunyai cawangan yang banyak pada satu-satu kawasan.
Pasar raya mini pula adalah seperti 99 Speed Mart,MyMydin dan TKS Mini Mart. Manakala antara pasar raya popular pula adalah Mydin, Giant, Tesco dan Econsave.
Menjadi tanda tanya apakah faktor kedai serbaneka meletakkan harga lebih tinggi berbanding kedai lain biarpun terdapat aduan mengenai perkara ini.
Adakah ia disebabkan operasinya selama 24 jam, sedangkan terdapat kedai turut menjalankan tempoh perniagaan yang sama, tetapi harga tetap murah.
Atau alasan beroperasi 365 hari setahun menjadikan kedai serbaneka ini mengambil kesempatan untuk menaikkan harga disebabkan cukai barang dan perkhidmatan (GST)?.
Menerusi laporan sebuah portal, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal berkata peningkatan harga barang berlaku bukan disebabkan GST sebaliknya ada sesetengah peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga sebelum pelaksanaan GST pada kadar enam peratus mulai 1 April lalu.
Kesan daripada itu, harga yang dikenakan dua kali ganda lebih mahal dilihat memberi bebanan kepada pengguna terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Kadang kala, pengguna tertipu kerana kedai serbaneka tidak mempamerkan harga produk menyebabkan mereka tidak menyedari harga barangan itu lebih mahal daripada biasa.

0 Komentar untuk " Pengguna berhak memilih "