IDEA 'kesederhanaan' yang dipelopori Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mendapat satu lagi dukungan antarabangsa apabila Sidang Kemuncak Asean 27 April lalu meluluskan Deklarasi Langkawi tentang Gerakan Kesederhanaan Global (Deklarasi Langkawi).
Matlamatnya ialah mempromosi kesederhanaan sebagai nilai dan pendekatan Asean dalam menegakkan keamanan, keselamatan dan pembangunan peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.
Hakikat bahawa kesederhanaan didakapi Asean adalah perkembangan positif. Namun, inilah juga masanya untuk memastikan ia benar-benar difahami dan tidak disalah tafsir.
Dalam ucapan-ucapannya, Najib merujuk istilah wasatiyyah, yang berasal daripada ayat al-Quran, “ummatan wasatan” (al Baqarah: 143). Wasatiyyah bermakna keseimbangan yang adil atau kesederhanaan.
Ia rapat dengan keadilan dan sering digunakan sebagai maksud jalan pertengahan dan pilihan terbaik. Lawannya ialah tataruf, iaitu ekstrem, keganasan dan keterkurangan / keterlebihan.
Perlu diwujudkan keseimbangan yang adil dalam setiap spektrum kehidupan, contohnya antara: spiritual dan fizikal, bentuk dan isi, individu dan komuniti, tradisi dan aspirasi, sejarah dan realiti baru, undang-undang/keamanan dan kebebasan/hak asasi, kerajaan dan rakyat, pendapatan tinggi dan orang miskin, pembangunan negara dan pilihan individu, nasional dan serantau/antarabangsa.
Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk meneruskan dan memperbaiki program-program sedia ada serta merancang beberapa program baru.
Program-program akan dijalankan secara inklusif dan partisipatori, bukannya hanya dengan kerajaan (kelemahan Asean selama ini), iaitu memastikan semua pihak terhakupaya dan diwakili dalam perundingan-perundingan tentang keseluruhan program dalam semangat Asean yang berpusatkan rakyat.
Sebahagian program akan memfokus pada pembuatan dasar, manakala sebahagian lagi untuk pendidikan khalayak. Kami merancang mengadakan Diskusi Meja Bulat (DMB) atau format-format lain di semua negara Asean.
Diskusi-diskusi tersebut perlu mengandungi dua komponen. Komponen pertama ialah mempromosi kesederhanaan. Ini boleh dilakukan menerusi perbincangan tentang kesederhanaan daripada perspektif pelbagai agama, forum tentang kesederhanaan, dialog antara agama dan perkongsian tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama oleh penganut-penganut agama-agama yang berlainan.
Komponen kedua ialah tentang memerangi ekstremisme dan keganasan. Antara tajuk yang wajar dibincangkan ialah: jenis-jenis ekstremisme dan keganasan, faktor-faktor asas, diplomasi preventif, inisiatif holistik nasional-serantau-antarabangsa, instrumen mengelak konflik, penyelesaian konflik, kebajikan pasca-konflik, dan sebagainya.
Sebagai rujukan, kita akan berkongsi dua dokumen penting: A Common Word (membawa penganut Islam dan Kristian bekerjasama berasaskan ajaran agama-agama tersebut) dan Amman Message (penerangan Islam yang sebenar di antara pelbagai mazhab). Walaupun ia menyentuh dua agama sahaja, tetapi, ia memadai sebagai permulaan, iaitu sambil menambah baikinya lagi.
Manakala dari segi kebebasan beragama, kami akan mengongsi dua laporan: “Kebebasan Beragama dan Berkepercayaan di Asia Tenggara” oleh Kumpulan Kerja Hak Asasi (HRWG) dan Gabungan NGO Indonesia untuk Advokasi Hak Asasi Antarabangsa dan “Mempertahankan Keimanan: Satu Kajian tentang Kebebasan Pemikiran, Keyakinan dan Agama di Asean” oleh Pusat Sumber Hak Asasi, Universiti Indonesia.
Kemuncak program GMMF tahun ini ialah Persidangan Antarabangsa Gerakan Kesederhanaan Global Kedua (ICGMM II) di Kuala Lumpur, pada Oktober. Kami juga membantu Perdana Menteri dalam usahanya melunaskan salah satu kandungan Deklarasi Langkawi, iaitu pengisytiharan Tahun Kesederhanaan PBB, pada 2016 atau 2017.
GMMF akan menerbitkan beberapa buah buku, jurnal dan buku panduan bagaimana menganjurkan aktiviti-aktiviti berasaskan kesederhanaan; melancarkan program Pelawat Muda Asean; meningkatkan jaringan media serantau; dan meneruskan Agenda Rakyat Asean dengan belia dan CSO.
Tetapi, ujian utamanya ialah sejauh manakah kerajaan-kerajaan Asean akan benar-benar melaksanakan undang-undang, dasar-dasar dan program-program yang berasaskan nilai dan pendekatan kesederhanaan.
*Datuk Saifuddin Abdullah ialah CEO GMMF. Beliau aktif di Twitter: @saifuddinabd.

0 Komentar untuk " Melaksana Deklarasi Langkawi "