ISLAM bukan agama yang dibina atas asas dogma (khayali) seperti pandangan sesetengah pihak. Islam terbina dengan sistem aqidah yang mantap dan cara hidup yang jelas.
Faktor nakliah (wahyu) dan faktor akliah sentiasa menjadi asas tasawur yang membentuk pandangan hidup yang kukuh dan teguh.
Justeru, kekuatan Islam ditunjangi oleh kekuatan ilmu. Ilmu dalam Islam tidak saja bersifat akliah (pemikiran, pemerhatian, empiris, uji kaji dan rasional) tetapi dipandu oleh wahyu. Kehidupan ini sendiri tidak saja berdepan dengan hal-hal yang nyata dan membolehkan akal melakukan rasionaliti tetapi dipedoman oleh wahyu memandu manusia memahami hal-hal yang ghaib. Integrasi naqliah dan aqliah sangat penting dalam membangun ilmu dan pemikiran.
Ilmu dalam tradisi Islam terkandung nilai. Ilmu dalam tradisi sekular bebas nilai. Al-Quran terkandung maklumat yang benar dan ia memberi manfaat. Kebenaran dari al-Quran menjadi ukur tara mengenai percakapan, perbuatan dan amalan. Nilai benar dan bermanfaat memberi kesejahteraan kepada manusia.
Bercakap jujur umpamanya dikaitkan dengan faktor ihsan bahawa meski kita tidak melihat ALLAH, keyakinan tetap ada bahawa ALLAH melihat kita (hadis). Ia menjadikan seseorang itu berpegang kepada nilai jujur lantaran ALLAH tahu walaupun orang lain tidak tahu.
Keterikatan dengan ALLAH menjadikan manusia terkawal dan terpedoman.
Antara kekuatan tamadun Islam pada masa lalu ialah terjadinya kesepaduan ilmu yang menyebabkan pertunjuk al-Quran memandu pemikiran dan pengkajian (tadabbur). Dalam al-Quran terhadap banyak ayat yang mempedoman petunjuk saintifik dan menyebabkan tradisi sains Islam tidak bercanggah dengannya.
Maklumat al-Quran mengenai kejaninan (embriologi) adalah tepat dan mengagumkan. Maklumat al-Quran mengenai dunia astronomi dan kajian kosmologi ternyata hebat sekali. Ilmu al-Quran terhubung tidak saja kepada hal-hal tekstual seperti tafsir tetapi merujuk kepada kontekstualiti ialah alam itu sendiri.
Selama lebih 700 tahun kehebatan tamadun Islam ditandai dengan tradisi ululalbab (mereka yang mengetahui) dan mampu melahirkan tokoh-tokoh ilmuwan seperti Ib Sina, Az Zahrawi, Ib Haytem, Ar Razi, al Khuwariszmi, Imam Al Ghazali, Ibn Suyuti, Ibn Khaldun dan ramai lagi. Mereka menghasilkan kitab-kitab ilmu yang besar dalam kepakarannya dan menjadi faktor penting berlakunya pencerahan di Barat atau Eropah.
Malang sekali hari ini umat Islam menjadi umat pengguna kepada kekuatan ilmu Barat selepas ilmu Islam mengalami proses deIslamisasi atau liberal-sekular dan menuntut supaya berlaku proses Islamisasi yang meletakkan semula tasawur Islami dalam tubuh ilmu itu.
Umat Islam sering nostalgik (mengenang-ngenang) mengenai pencapaian silam. Ia tidak memberi kesan yang bermakna. Umat Islam perlu reflektif terhadap pencapaian silam dengan meneliti sejarah dan strategi bagaimana sesuatu tamadun terbangun dan bagaimana ia relevan pada masa kini.
Ulama silam mempunyai jiwa tadabbur yang tinggi dan berjaya menyantuni faktor naqliah dan faktor akliah dan menyebabkan ilmu terbina dalam tasawur yang Qurani dan Islami. Hari ini ilmu sekular dikagumi sebagai memiliki tanda aras maju dan moden sedangkan ilmu itu sifatnya mekanistik dan tidak memiliki roh.
Ilmu tanpa roh ia tidak boleh membentuk watak dan pola-pola perlakuan. Tradisi Islam selamanya memberi perhatian kepada akhlak manusia. Ilmu tanpa asas nilai tidak akan membentuk akhlak manusia. Upaya kognitif yang tidak menyantuni akal-budi menyebabkan manusia kontang dengan sumber akhlak.
Hari ini wujud resam pasca modenisme di Barat sebagai falsafah baru untuk maju. Lalu rasionaliti dianggap mampu meneroka kebenaran mutlak. Agama semakin terpinggir. Etika global dan universal yang diperkenalkan tanpa roh keagamaan. Lalu faham humanisme yang diperkenalkan sifatnya duniawi semata.
Bila umat Islam cuba memberi dimensi integratif dalam pembangunan ia menghasilkan Islamophobina iaitu faham kegentaran kepada Islam dan Islam dilabel sebagai pelampau, ekstrem dan teroris supaya wujud keengganan orang-orang Barat menerima Islam.
Malangnya gambaran konflik yang sedang berlaku dalam kalangan negara-negara orang Islam kini memperlihatkan kecenderungan itu. Ia berakibat kepimpinan Islam di segenap peringkat tidak lagi merujuk khazanah ilmu dan tamadun yang mengamalkan tradisi perbezaan, kaedah maslahah yang membina wehdah umat, pendekatan awlawiyyat yang sifatnya menyantuni.
* Prof Dr Sidek Baba pensyarah di Insted, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

0 Komentar untuk " Islam ditunjangi kekuatan ilmu "