AL-QURAN memberi pedoman, “Jin dan manusia dijadikan untuk beribadah kepada-Nya – wama khalaqtul jinni walins illa liyaqbudun”. Maksud kehambaan adalah amat mulia kerana jiwa hamba yang tinggi memiliki kualiti taat, patuh, akur dan tunduk. Ciri-ciri kualiti ini menjadi pancang ikatan dengan Khaliq (ALLAH). Inilah sifat ubudiyyah yang dituntut sebagai orang beriman dan bertakwa.
Pancang ini tidak saja sekadar aqaid atau ikatan dengan ALLAH dari sudut kepercayaan dan keyakinan, tetapi terlihat pada amal. Pola dan gelagat diri manusia sentiasa ditautkan dengan ALLAH dan ia menghasilkan “rasa keTuhanan” (God-Conciousness) yang tinggi dan menghasilkan sifat ihsan untuk mempedoman pola-pola perlakuan supaya ia tidak menyimpang.
Konsep taat kepada titah-perintah ALLAH adalah sesuatu yang paling utama. Untuk menjadi umat terbaik (khayra ummah) Surah al Imran:110, mempedoman supaya kita memiliki watak “melakukan kebaikan (maaruf), mencegah kemungkaran dan beriman kepada ALLAH. Watak ini penting sebagai asas ubudiah yang tinggi supaya kehidupan manusia terarah dan terpedoman.
Sifat patuh adalah sesuatu yang fitrah sebagai ciptaan ALLAH. Alam ini dan seluruh isinya sentiasa patuh kepada sunnatullah baik kosmos (bintang-bintang, galaksi dan cekerawala) dan menyebabkan ketertiban, keseimbangan serta keteraturan terjadi. Manusia yang patuh kepada tuntutan al-Quran dan As Sunnah mereka tidak menyimpang dari jalan ALLAH (jalan siratul mustaqeen).
Keakuran kepada kebenaran yang menjadi milik ALLAH dan terpancar dari al-Quran dan As Sunnah menjadi sari pati amal dan terkandung hikmah yang amat besar bagi yang memiliki jiwa ulul albab (manusia yang mengetahui).
Kehebatan ciptaan ALLAH terhadap alam dan segala isinya adalah bukti jelas yang menuntut keakuran yang tinggi bahawa semuanya dicipta oleh ALLAH dan ALLAHlah mengurus semuanya. Keingkaran terhadap kebenaran ini menyebabkan manusia kesasaran dan cuba mencari makna kehidupan berasaskan akal yang terbatas dan rasional yang tidak mendalam.
Ketundukan terhadap suruhan dan cegahan daripada ALLAH membangunkan jiwa rukuk dan sujud supaya manusia memiliki kualiti ibadulullah dan ibadur rahman. Kualiti ini sangat penting untuk mengekalkan manusia dalam keadaan fitrah dan mampu berperanan sebagai khalifah.
Al-Quran memberi peranan kepada manusia sebagai, “inni ja’ilun filardhi khalifah” lantaran manusia itu berakal dan membolehkannya berfikir, memiliki hati membolehkannya mempunyai jiwa dan membuat pertimbangan, menyebabkan manusia memiliki daya untuk melakukan amal.
Sekiranya akal, hati dan daya dipedoman oleh ALLAH bakal lahir rasa taabudi yang tinggi untuk melakukan peranan sebagai khalifahnya kerana tanpa khalifah manusia tidak memiliki sumber kepimpinan dan pengurusan untuk dijadikan teladan dan sumber ikutan.
Asas ubudiyyah ini bila dihayati bakal mencerminkan watak soleh dan solehah pada diri untuk melakukan dakwah sebagai amanah, tarbiyyah sebagai tanggungjawab, islah dalam merentasi zaman dan tajdid dalam mengisi cabaran.
Tanpa asas ini kepincangan watak dan gelagat manusia akan terjadi, ikatannya dengan Khaliq akan menjadi longgar, perlanggaran terhadap yang makruf mudah berlaku dan tekad menegakkan kemungkaran menjadi subur.
Asas ubudiah yang diperkukuh oleh pancang aqidah, disuburkan dengan amalan ibadah, dipedoman oleh batas syariah menyebabkan akhlak karimah terjelma. Asas inilah yang seharusnya dimiliki supaya rasa kehambaan terjadi, peranan kekhalifahan berlaku.
Manifestasi ubudiyyah tidak berlaku dalam hubungan sehala. Hubungan menegak (hablumminallah) dan hubungan merentas (hablumminannas) terjalin erat sehingga sandaran kepada ALLAH menjadi kuat dan darinya pemikiran, pertimbangan diri sentiasa merujuk kepada pertimbangan ALLAH.
Ia bakal melahirkan sifat taqarrub ilallah atau kehampiran diri kepada ALLAH dan menyebabkan pertimbangan terhadap ALLAH menjadi satu-satunya pedoman terpenting sehingga setiap percakapan, pemikiran, perlakuan dilakukan semata-mata kerana-Nya (ikhlas).
Landasan ini menjadi terlalu penting kepada manusia kerana sebagai hamba dan khalifah kualiti diri menjadi prasyarat. Diri yang memiliki rasa ubudiyyah yang tinggi, integrasi ilmu (nakliah+akliah) yang baik, mempunyai keterampilan yang bermanfaat sifatnya menyumbang dalam pembentukan watak dan rijal supaya mereka memiliki kemampuan untuk berperanan kepada umat manusia.
Landasan ini kalau dapat disuburkan bagi menghasilkan insan yang memiliki sifat taat budi yang tinggi kepada ALLAH dan menginsafi tentang betapa pedihnya balasan ALLAH jika kezaliman dilakukan.
* Prof Dr Sidek Baba ialah pensyarah di Insted, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

0 Komentar untuk " Ubudiyyah, ikatan dengan Khaliq "