Syarul Ridzwan Minta Tidak Dikaitkan Dengan Mia Ahmad - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Syarul Ridzwan Minta Tidak Dikaitkan Dengan Mia Ahmad

PETALING JAYA: Pelakon Syarul Ridzwan menegaskan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan aktres Mia Ahmad seperti yang dikatakan dalam sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu.

Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 26, berkata, hubungan yang dijalinkan antaranya dengan Mia tidak lebih daripada sahabat dan rakan sekerja di lokasi penggambaran.

"Itu semua gosip dan saya tidak memberi sebarang kenyataan pun tentang perkara itu. Saya dan Mia hanyalah rakan kerja yang menggalas tanggungjawab dan tugas sebagai pelakon.

"Itu sahaja yang boleh saya katakan. Kami sahabat, sama seperti saya bersahabat dengan orang lain," katanya yang dihubungi mStar Online  di sini pada Isnin.

Menerusi ruangan pojok di akhbar mingguan Ahad lalu, Syarul dan Mia dikatakan bercinta apabila mereka sering memuat naik foto di laman Instagram masing-masing.

Malah kedua-dua mereka turut dilihat bermesra-mesraan ketika mengikuti sebuah rombongan ke Melaka baru-baru ini.

Syarul dan Mia mula mendapat perhatian ramai selepas lakonan mereka menerusi drama Hati Perempuan di slot Akasia TV3 mendapat sambutan hangat.

Sementara itu, Syarul berkata, dia berharap isu tersebut tidak timbul lagi memandangkan dia kurang gemar apabila berbicara mengenai hal peribadi kepada umum.

"Biarlah nama saya dikenali kerana kerja bukan cerita-cerita peribadi.

"Apa-apapun saya bersukur selepas tiga tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, baru sekarang orang kenal saya. Alhamdulillah," ujarnya.

Sementara itu, Syarul mengakui dia seorang pelakon yang suka memilih skrip sebelum menerima sesebuah tawaran lakonan.

Dia berbuat demikian bagi menjaga kualiti lakonan yang dibawakannya.

"Alhamdulillah, tawaran lakonan tidak putus dan ia memerlukan saya memilih skrip dan watak yang terbaik bagi menjaga kualiti lakonan saya," tuturnya.

0 Komentar untuk " Syarul Ridzwan Minta Tidak Dikaitkan Dengan Mia Ahmad "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ